Semalam cuti.
Bawak Tok Ma ke HUKM.
Tok Ma ada temujanji dengan Pakar Mata.
Apa nasib tak tau lar semalam.
Jam 830 pagi , pB dah ada kat sana.
Patutnya jam 930 pagi , Tok Ma punya temujanji.
Temujanji ni bukan kat klinik biasa.
Ini kat Tingkat 7 , HUKM.
Kira klinik pakar, yang bayarannya macam Hospital Swasta punya rate.
Tunggu punya tunggu , jam 1100 pagi , batang hidung PROF tak nampak nampak.
Pesakit lain dah memang gelisah dah.
Nurin tak yah cakap le.
Asyik merenget nak balik.
Akhirnya , penganti PROF yang datang.
Jumpa Tok Ma tak sampai 10 minit.
Ubat pun tak ada.
Kena enam puluh ringgit.
Tok Ma cakap 'tobat lepas ni tak nak dtg dah'
Selesai HUKM , terus ke PPUM.
Afiqah , anak yang sulung ada kat situ.
Ada temujanji dengan doktor gigi.
Nak buat 'gigi besi' , kira repair gigi lar ni.
Semalam , proses x ray untuk buat acuan.
Balik umah , dah pukul 1 tengah hari.
Masak nasi , goreng telur.
Habis jugak seperiuk nasi walaupun lauk simple giler.
Lepas zohor , terus ke Puchong Utama.
Buat urusan kad pengenalan si kakak.
Ingat kan percuma , tapi kena bayar 11 ringgit.
Dah besar anak mama nie ....
Last month , jadik anak dara ..
This month , buat IC.
Balik dari situ, terus landing.
Bangun bangun jam 600 ptg...
Pagi ni pulak, sempat makan roti sardin kat Restoran Gembira.
Kira the best nescafee O kat sini ler ...
Esok , pB cuti lagi.
Lusa , ada hari besar bagi pB ...
Doakan pB berjaya , yer .............
26 comments:
Semoga berjaya dengan cemerlang on D-DAY nanti..!
Semoga berjaya.. InsyaAllah..
nasi lemak kat situ sedap....(Rest Gembira)
Hari besar apa tu yek?
Best of luck kak pb.. semoga berjaya dengan cemerlang deh :)
hari besar apakah itu?
anyway.. semoga berjaya menghadapinya..
NEEZA
Terimas kasisss ...
Dock tengah gedebarrrrr
dak duk dak duk
AHNI
Nanti jumpa , pB citer
ABE Mc B
Sambal dia maniss ...
ZAR
Terima kasih.
Doa doa lah yerrr
ISKANDAR
D DAY finally is HERE ...
Ayooooorrr
Macam nak ambik exam paper AlGORITHM ...
UMI
pB ader exam ...
kak OO doakan Da sukses dalam exam nanti walaupun kak OO tok tahu exam ggapo la tu :)
loh..kak pb ada exam? exam naik pangkat? heheh.. anyway, semoga berjaya ek.take care! ps:restoran gembira tu kat mana..?
Kena bayar ke buat IC.... Macam tak logik plak....
Hummm, apa yang hari besar nih kak... bagilah hint sket2....
AZHAR
Mana ada benda percuma ..
Nak masuk jamban pun kena bayar , tau
Hi hi
Kalau lulus, isnin kak pB bagitau
KAK OO
Timokaseh deh kak Wani
UME
Exam nak carik duit lebih sikit
Nanti satu hari kak pB belanja Ume makan nasik lemak kat situ.
Kalau dpt ajak McBudu lagi cantekkkk
eh! tukar kaler? dah besar dah kakak ya... eehhmmmmm
hari apa tu? good luck ler ya
hoh...tuka template lagi hehehehe...
good luck!!!buat betul-betul...
sonok ar cutiii
pb,
Good luck :)
restoren gumbira? yg sedih2 tak sesuai masuk restoren tu.. hehe
aper2 pong gud luck utk kak pb...oloh la mama nie...kakak dah jadi anak dara satu mesia tahu...hihihi...gitu la kalu ado anok tido deh kak pb..kena prepare bendo2 gini...dop?
salam,
kak..good luck!
camner, dah settle ke masalah tuisyen n ngaji anak akak tu?
Teman doa kan akak berjaya.
sukses selalu bah...
Salam utk PB. It's been a while since the last time I was here. Now I am back in the circle.
PB,
Sangat bz...da settle ker pasal klass anak2?
Restoran gembira?
:D
exam apa ek kak? semoga berjaya... :D
dah tukar cat rumah ek... :D
SASTRI
Exam untuk kak pB cari duit lebih sikit.
BP
A ah ...
Tahu ker?
CENDAWANINTIN
Masih dok tergantung.
Kelas tushen kat usj tu , tok ma tak berapa setuju kalau diberhentikan.
ABE GAB
Salam
Welcome back....
It is good to hear from u again
E-JARD
Terima kasih , dik.
IKIN
yang boleh diberi tahu , perbelanjaan bulanan makin bertambah ....
huk huk huk
JANNA
Perkara penting tu ....
Kalu kaum india , demo tu siap buat jamuan lagi tau.
BRO Z
Yang sedih , bila masuk , terus gembira
AKMAL
Terima kasih
KAK WEAR
Hik hik , buat maso serabut lar tu
L.C
Memamg sonok tapi yang tak besh , cuti tahunan makin kurengggg
MAK SU
Dok tunggu turn yang no dua tu pulak ...
Post a Comment