07 October, 2008

414

Salam ...


pB dah masuk kerja hari ni ...

Sebelum buat n3 ttg raya , pB nak simpan semua ucapan raya yg dpt dari member member thru Sms ....

Dah nak kena delete, sebab dah tak der space dah dalam memory card hP tu



1) NEEZA

Anak keling curik ketupat
Kena kejar terlompat lompat
Nak pos kad raya dah tak sempat
Sms ajelah yang paling cepat.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

(Nor Raneeza , Shahril , Sophea , Sobhan dan Shahmey)


2) PKB NURIANI

Jika kesilapan semalam belum terampun,"MAAFKANLAH"
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati,"LUPAKANLAH"
Jika kesilapan esok mendatang,janganlah di bawa ke akhirat.


3) AHNI

Saya pun nak ucap Slmt Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Semoga selamat , sihat dan gembira di hari raya ini


4) UMMIE GOMBAK

Setitik embun di atas daun,
Jatuh ke bumi laksana hujan,
Dosa bertimbun mohon diampun,
Terdetik khilaf mohon diampun.

Salam Aidilfitri ... maaf zahir batin.
(umie @ kak yong n family)


5) PKB ROSENIZA

Boom .... Boom bunyi mercun,
Begitu jua takbir bergema,
Sungguh syahdu terusik kalbu,
Sempena Hari yang mulia ni ,
Ampun dan maaf dipinta
Andai ada salah dan silap,
Termakan , terminum.

Jangan lupa kami di Labuan ini
(Nik Hasri , Roseniza , Nik Mohd Firdaus , Nik Nurul Zahratul'Ain)


6) KAK SYA

Ramadhan berlalu Syawal menjelma,
Jari disusun maaf dipinta,
Dimana ada terkasar bahasa,
Atau pekerti kurang sempurna,
Atau hati dibuai hina,
Kemaafan di pinta pencuci dosa,
Diberkati Allah Yang Maha Esa,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
(Kak Sya , Aiman , Anis , Amiza n Arif


7) IRFA

Jauh mana jarak kita,
Lama mana tak berjumpa,
Kita tetap pandang bulan yang sama.

Selamat Menyambut Aidilfitri 1429H
Maaf Zahir Batin

Ikhlas dari Irfa , Nirwan , Aina dan Irfan



8) KAK LADY

Lisan kadang kadang tak terjaga
Janji kadang kadang tak tertunai
Hati kadang kadang berprasangka
Sikap kadang kadang menyakitkan


Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf zahir batin

Dari : Kak Anie sekeluarga


9) MAMARISYA

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga ibadat Allah berkati.

Salam Aidilfitri
Dari : Nonie , Amir , Nurin Batrisyia n Nayli Adriana


10) FIZZY

Wish U a joyous eid celebration this coming Syawal.
Ampun n maaf 4 all my wrong doings.
EID MUBARAK n Take Care


11) PKB SYED HARUN

Pusuk pauh delima batu
Anak sembilang didlm dulang
Pohon maaf salah dan sikapku
Sama ada yang terlepas , semasa dan akan datang

Salam AidilFitri
Maaf Zahir Batin


12) PKB IRFAN

Pelita di pasang penaik seri,
Ramadhan akan berganti Aidilfitri,
Hari raya sudah pasti,
Mesej pendek pengganti diri,
Tanda persahabatan kekal di hati,
Sepuluh jejari disusun kini
Semoga lebur dosa dihati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


13) MOHD

Jika langkah membekas lara,
Jika kata merangkai dusta,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikan rasa,

KEMAAFAN DIPINTA,
MAAF ZAHIR BATIN

14) AI COMEL

Sempena Syawal yang mulia,
jutaan maaf dipohon,
ada tutur menghiris hati ,
ada perbuatan menyinggung rasa
dan segala khilaf yang ada
termakan terminum minta dihalalkan.

Salam Aidilfitri dari Ai dan Hasmadi sekeluarga


15) MASBUSAN

Katak pisang naik lori,
Katak puru menari nari,
Hanya sms dapat diberi,
Tanda ingatan di aidilfitri


16) SASTRI

Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir,
Hati silap menduga

Mohon maaf atas segalanya
Salam Aidilfitri dari Sastri n Family


Posting raya , esok jelah pB karang.
Lagipun gambar raya dok dalam kamera lagi.

Petang ni ada temujanji dengan doktor gigi.
Kat Klinik Pergigian Pandamaran , Pelabuhan Klang

Nak kena g buat root cannel

Sakit ker

14 comments:

~adeQ~ said...

kak, thanks bagi kad raya..baru sampai semalam....selamat hari raya dan maaf zahir batin...datang ler beraya ke rumah...

Yunus Badawi said...

pB,
Ada antara SMS yg you dapat tu macam biasa saya nampak . . . tapi di mana ya? Ini mesti kes forward morward.

Anonymous said...

PB, sy punya x de pantun ar...

Sakit ke tak sakit nanti beritau kat kita orang ya...

Pak Zawi said...

pb,
Terima kasihlah kerana singgah di rumah Pak Awi Raya baru ni. Minta maaf la tak ada ketupat daun palas untuk pb sekeluarga.

WRA said...

best beraya? Musti la kan?
Root canal tu member k.we ado buak doh...dio kato tok sakit sebab keno bius heheheh....lepah tu habih ubak bius, makae ubak tahae sakik...kiro ok lah....

zino said...

banyak dapat "kad" raya tu hehe.. lepas ni kita TT pulak..

Ungku Nor said...

pernah sms raye yg akak cipta sendri dan antar kat orang, ada org lain foward balik kat akak..hehehe
rasa macam kenal jer ayat tu ;p

MOKCIK AZWA said...

Selamat hari raya maaf zahir batin PB...thanks for the kad raya. Semoga silahturahim kita akan berkekalan hendaknya, insyaAllah.

Irfa said...

salam kakpb..
slmt kembali bekerja

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yushida03 said...

saya dapat sms best pada 02hb 10... "selamat hari raya kedua" ;)

kad0k. said...

rajin nye la pb dok tulis satu2 sms-es tu..selamat hari raya aidilfitri..:)

Sya said...

Rajin sungguh pB tulis satu persatu ek.. kak sya kalau tulis 2 hari punya posting kot

shafarina said...

saye hantar emel je, tak tau nombor tipon akak huhu

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...