10 November, 2008

438

On the way balik dari kerja petang jumaat lepas ,
tiba tiba mai satu idea.
Idea nak p tengok oo7.

Teruih talifon adik ipar.
Tanya dia , dia ada nak p mana mana ka malam tu?
Sebabnya , pB nak p hantar kak lang dan Nurin tiduq ghumah depa tu.

So far so good.
Kak lang n Nurin nak tiduq kat sana.
Adik ipaq pun , nak mai ambik depa dua tu.
Tiket pun dah suruh aBear p carik.
Dan dapat pulak tu .
Tayangan jam 10 malam.

Tapi ,
tulah kan ...

Kita ni rancang jer , boleh.
Tapi yang nak tentukan benda tu jadik ke tidak
ialah Allah Yang Maha Kuasa.

Balik Tok Ma dari masjid, dia dgn Kakak ke klinik.
Dua tiga hari dah , Tok Ma dok ngadu sakit dada.
Sakit kat ulu hati.
Dan dok asyik sendawa.


Doktor kat klinik tu , macam tak mau ambik mudah
suruh Tok Ma pie Hospital malam tu jugak.
Dia takut ada kena mengena dengan jantung.

Tak kan lah pB nak P tengok wayang , dah bila
Tok Ma dalam keadaan gitu.

Memang lar Tok Ma habaq ,
p lar dulu tengok , bila balik nanti baru kita p.

Kalau di buat nyer apa apa , masa pB dok tengok oo7 ,
tak kan menyesal seumur hidup.
Bukannya ada banyak mak .....


Makanya , terus ke Hospital Serdang .
Dari rumah tu nak ke Hospital , adalar 30 minit punya perjalanan.



Biasalah kalau pergi Hospital Kerajaan ni , kalau tak tiga jam tak sah.
Jenuh menunggu kat waiting area.
Mula mula masuk jumpa staff nurse.
Dia ambik ECG Tok Ma.

Then , dia suruh pie tunggu depan bilik rawatan.
Tang tunggu kat depan bilik tu , yang bercinta tu.
Lenguh , sakit badan badan menanti.


Jam 1230 tgh malam , baru dapat jumpa Dr.
Dia tanya tu,
dia tanya nie.

Last last, dia punya kesimpulan ,
Tok Ma kena gastrik.
Larrrrrrrrrrrrrrrrrr......

Balik tak balik pukul 130pagi , baru sampai umah.
Lewat tu sebab tersalah jalan.
Kena U Turn kat Bangi baru buleh pusing ke Puchong.

Hmmmm ......


Tentang tiket dan tayangan tu

cuba teka


A) aBEAR DPT JUAL TIKET DAN IKUT KITA ORANG KE HOSPITAL.

B) aBEAR TAK DPT JUAL TIKET TU , TAPI DIA TAK TENGOK.

C) aBEAR TAK DPT JUAL TIKET TU DAN DIA TENGOK SORANG SORANG.

D) aBEAR TAK JUAL PUN TIKET TU DAN IKUT KITA ORANG KE HOSPITAL.



Teka jangan tak teka........




Keadaan Tok Ma sekarang , dah beransur pulih.
Kita orang rasa bukan gastrik pun
sebab bila diusul usul dengan adik ipar yang memang pesakit gastrik
lain lak simptom simptom yang dialami oleh Tok Ma nie.
(makan ubat yang dibagi oleh hospital tu , tak menjadi pun)

Last last , semalam Tok Ma makan ubat angin.
Lega lar sikit sakit tu.
Dah boleh jalan dan dah boleh tunduk.

Petang tadi , pB nak bawak dia g SMC.
Tapi dia tak mau.
Dia nak mengurut.

Last last pB bawak ler jumpa Che Ros yang selalu dok urut pB tu.
Kalau ikut kata Che Ros tu , memang angin jer masalah.
Hmmm mmmmm


Selesai ler cerita hujung minggu pB.



Ooo b4 lupa
untuk jawapan bagi entry lepas


Tho Tong tu Hong Kong.

Tahniah kepada Kak Sya kerana menjadi peserta pertama yang betul menjawab ......
Sorry akak sebab tak ada hadiah

20 comments:

zino said...

abear pegi tengok dengan awek lain hehe... lari......

lupakanje said...

acik rasa kan...abear gi sepital sparuh...tgk wayang separuh...pehtu separuh dia jual...heheh..jawapan tk de dalam list..

aNIe said...

Hahahah...zino ni...buat orang gelak je tau...maunya risau PB dibuatnya...

Alhamdulillah TokMa dah okay...

Akak jawab 'D'

Ungku Nor said...

akak jawab,

'TIADA SATU PUN YANG DI ATAS'

hehehe

~akuni~ said...

Jawapan betul dapat hadiah ke PB?

Semoga tok ma sihat segera.

Intan Rosnitta said...

Intan jawab B & D. Boleh ke bg 2 jawapan? Lgpun x ada arahan suruh jawab satu je...

Hahaha :P

Harap2 Tok Ma sihat2 je.

sya said...

La sian.. tak pe nanti leh tenguk lain kali tak kemana pun 007 tu.. tak pun beli aje DVD tak de copyright tu dpt tgk selalu.

Pasal teka tu tak nak lah jawab.. sebab nanti tak de hadiah lagik

Neeza Shahril said...

jawapan Ja ialah A! betul dok?? hehee...

sian Tok Ma.. angin kena kata gastrik.. tapi mungkin ada kaitan dok kak pb...

Mak Su said...

cerita Tok Ma, mmg dah agak dah, kalau mcm tu simptomnye, mesti ada kena-mengena ngan perut. esp bila dah meningkat umur, perut selalu jadi punca.

tiket, pilih D

Ummibatrisya said...

salam,

ummi jawab D... :)

pB said...

UMMI
Tunggu jawapan nya dalam entry selepas ini ...




MAK SU
Tular ...
Kita ni pun dah mula kena jaga pemakanan dan kesihatan


Jawapan...
Tunggu entry lepas nie

pB said...

ADIK JA
Sokmo dio dok bising kalau cucu tok makae, takut perut masuk angin.

Skali keno kor dia ....

Alhamdulillah , lepag ngurut ni napok ok doh sikit




KAK SYA
Dengar cerita, adik bagitahu tak berapa nak menjadi cerita yang terbaru ni.

Boring sikit.


Kalau ada yg jawab betul , insyaallah pB bagi hadiah .....

pB said...

INTAN
Duo sekali jawapae.

Hi hi , kalau dalae exam , saloh doh tu


Kita tunggu entry terbaru untuk mengetahui jawapae nyor.




AHNI
Insyaallah , ada.


Thx.

pB said...

KAK UNGKU
Jawapannya ada diantara jawapan jawapan yang tersebut.

Pilih sahaja.




KAK LADY
Anda pasti dengan jawapan anda ???

Kita tunggu entry ke 439 nanti

pB said...

ACIK
Lagi dasyat jawapan Acik.




BRO ZINO
Awek mana tu ??

Awek yang Bro kenalkan, tak per.
pB tak kesahhh

Alex Lacey said...

sungguh PB...ado ore kat ofis ni kato cerito tu tok mengancam mano pun, tengok dvd padae doh heheheh...

k.we pilih jawapae A hehehehe

Abang Long said...

Salam pb. Minat baca novel tak ? Kalau minat tolong kirimkan mesej ke alamat - safmi_80@yahoo.com ada berita baik. Perlukan jawapan segera. TERIMA KASIH.

pB said...

KAK WEAR
Tapi hero tu mengancammmmmm

pB said...

ABG LONG
Sudah dihantirin email ...

Abang Long said...

Emel sudah dibalas. Mohon pengesahan.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...