23 March, 2009

543

Setiap dari kita tidak akan terlepas dari dugaan.
Dengan dugaan yang kita terima , kita dapat menguji sejauh mana
keimanan dan kesabaran kita.

Ada diantara kita , diuji dengan kewangan.
Ada yang diuji , dengan karenah anak anak.
Ada juga yang diuji , dengan kesihatan .

Semua itu adalah asam garam sebuah kehidupan.
Kehidupan yang tidak kekal ini.


Masihkah kawan-kawan ingat pada CERITA MUAZ IFFAT .
Seorang anak kecil yang mengidap penyakit kanser darah.
Cerita yang pB ceritakan pada awal tahun lepas.

Anak kepada seorang kawan rapat pB di pejabat ini.
Buah hati kepada seorang ibu yang bernama Ina.
Pengarang jantung kepada seorang ayah yang bernama Op.

Cerita sedih mereka berulang kembali.
Penyakit yang menjadi penghalang kepada kebahagian Muaz datang lagi menyerang
tubuh kecil sianak itu.

Kalau dahulu , Muaz kerap demam , sentiasa berhadapan dengan gusi berdarah ,
namun kali ini , ujian yang datang semakin mendalam.

Sabtu lepas, Muaz telah disahkan mengalami pendarahan darah dibahagian otak.
Ianya bermula dengan kesakitan dibahagian kepala dan dituruti dengan muntah darah.

Sekarang ini , Muaz berada di Hospital Universiti PJ .

pB dan rakan pejabat , telah pun melawat anak kecil ini , pagi tadi.

Keadaan / Suasana di dalam bilik rawatan sungguh menghibakan.
Beberapa kali air mata kami mengalir apabila melihat penderitaan yang terpaksa
Muaz hadapi.

Ya Allah , pB pohon padaMu Ya Allah , Engkau kurangkanlah kesakitannya.
Engkau tabahkanlah hati kedua ibubapa Muaz.
Engkau kuatkanlah semangat si anak kecil ini...

Kepada kedua sahabat pB yang pB sayangi dan sanjungi ini ,

Bersabarlah , wahai sahabat ku.
Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul.

Bersabarlah.
Sesungguhnya setiap dugaan ini , dibalas dengan pahala yang amat banyak di dunia yang kekal nanti.
Bersabarlah ...

Kepada semua , kawan kawan yang menbaca entri ini , pB mohon
sedekahlah Al Fatihah kepada sianak kecil ini , semuga jiwanya tenang dan kesakitan yang dihadapi berkurang ....

pB merayu ....

16 comments:

yushida03 said...

salam.

semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan.

amin..

azian said...

InsyaAllah pB, hiba rasanya mendengar cerita sebegitu. Dugaan Allah s.w.t kepada setiap insan tak sama kan.

Anonymous said...

Hanya doa yang dapat ku lafazkan pada adik Muaz semoga dihilangkan kesakitan dan penderitaannya dan kepada kedua ibubapa semoga tabah menghadapi dugaan ini...amin. -IP-

TokNabe said...

Mana yang sihat hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada mereka yang dalam penderitaan. Itulah hubungan baik antara kita sesama islam.

semoga anak itu dalam lindungan Allah dan terpelihara dari penderitaan selanjutnya. Untuk ibu bapanya.... moga2 bersabar dengan dugaan ini.

zino said...

semuga mereka dan keluarga tabah dengan dugaan yg di hadapi .. sungguh simpati..

KV said...

melihat anak kecil menanggung derita (tak kira anak siap) pasti jiwa meronta, air mata mengalir, tertumpahnya simpati. Apatah lagi ibu bapa yang menanggung ujian. Harap kedua nya tabah. Insyaallah ada janji NYA.

Mak Su said...

al-fatihah

manlaksam said...

Pak Man doakan semoga anak ini akan cepat sembuh. Harap kedua ibubapanya tabah menghadapi dugaan Allah ini.

HappyIrfa said...

salam kakpb..
smoga tabah hati ke dua ibubapa muaz dgn dugaan dr Allah.
semua org diuji dgn mcm2 cara.
saya setuju statement tu

Alex Lacey said...

mudah-mudahan Muaz dpt sembuh seperti sediakala....ibu dan ayah dia kena kuat hati tu....hmmm

Yunus Badawi said...

Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Saya berdoa agar Muaz diberi kekuatan utk melalui hari2 mendatang.
Kita berdoa agar Allah tidak memberi dugaan yg tak larat kita menghadapinya.

Zareda Norman said...

Doa zar agar Allah SWT permudahkan segala kesulitan anak kecil ini dan ibubapanya...

banyakkan doa dan redha dengan setiap ujian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

shafarina said...

al fatihah, semoga sihat kembali seperti sediakala dan tidak lagi merisaukan ibu dan ayah

semoga adik kecil sabar

semoga emaknya dan ayahnya kuat menghadapi dugaan ni

Neeza Shahril said...

Semoga Ina dan Op tabah hadapi dugaan Allah ini..
Insyaallah, Allah tahu apa yang terbaik untuk mereka kak Da..
kita sama2 doakan mereka ya..

risanur said...

semoga adik muaz dan family nye tabah menghadapi segala dugaan dr Allah...

Ummibatrisya said...

semoga keluarga muaz tabah menghadapi ujian dari Allah ini

ujian datang dalam bentuk yang macam-macam, semoga kita tabah menghadapi setiap ujian yang di berikan Allah :(

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...