Salam Semua....
pB sampai di rumah Op jam 830 pagi tadi.
Setibanya pB disana , kelihatan sekujur tubuh dibaluti kain putih
berada di kawasan ruang tamu.
Dikelilingi ibu , kakak dan juga saudara mara yang menyayanginya.
Jenazah Muaz Iffat telah pun siap dimandikan dan dikapan.
Kelihatan siibu mengesat air mata yang kadang kala mengalir.
Begitu juga dengan keadaan si kakak .
Kakak yang kehilangan adiknya diwaktu dia memerlukan kasih sayang
seorang adik.
Tabahkan hatimu , wahai anakku.....
pB sebak melihat mereka berdua.
pB kalah dengan keadaan sekeliling pB.
Akhirnya pB turut menangis.
Walaupun pB bukannya saudara rapat mereka berdua,
tetapi pB adalahh juga seorang ibu.
pB faham akan perasaan kehilangan itu.
Op kelihatan tenang.
Mukanya kelihatan cerah.
Tiada lagi kelihatan kekusutan di wajah nya.
Rasanya beliau telah redha dan bersedia menghadapi
kehilangan ini.
Pukul 900 pagi , jenazah dibawa ke surau berdekatan rumah.
Berderet deret kereta mengiringi jenazah.
Begitu ramai sahabat , saudara mara dan juga rakan kerja yang
menemani Op dan Ina .......
Ramai yang sayang pada Muaz Iffat.
Selesai sembahyang jenazah , kami ke Tanah Perkuburan Kg Perepat , Kapar.
Disanalah , Muaz Iffat disemadikan ....
Segala urusan berjalan dengan begitu mudah dan lancar.
Kawasan jenazah bersemadi begitu sejuk dan nyaman.
Kuburnya dilindungi dari cahaya matahari.
Alhamdulillah .....
pB yakin Muaz Iffat sedang berbahagia di sisi Allah Yang Maha Esa.
Dikelilingi para para malaikat .....
Ina dan Op ,
tabahkan lah hati mu berdua.
semoga ikatan kasih sayang antara kamu berdua mampu mengubat
kesedihan yang sedang bersarang di hati kamu.
kerinduan pada arwah tidah mungkin dapat kamu berdua hilangkan
dalam sekelip mata.
namun , percayalah , insyaallah kerinduan itu akan sampai kepada
Muaz Iffat.
kenangan tidak akan hilang.
kerinduan tidak akan pupus.
namun doa dari kamu berdua akan mengubati semuanya.
percayalah yg pergi itu tidak akan hilang kemana2..
hanya menanti di satu tempat yg ditetapkan Pencipta untuk bertemu kembali semula bersama keluarga dan yang di sayangi di alam sana

Adik Muaz dalam kenangan
23 comments:
semoga roh adik ifat dicucuri rahmat olehNya...
semua family adik ifat menerima dugaan ini dengan redha..
pB,
Sampaikan takziah untuk family OP dan Ina..
Usahlah bimbang, Muaz akan menolong Op dan Ina di sana nanti.. Amin
Sudah ketentuannya..
Al-fatihah.. Tuhan lebih sayangkan dia..
moga keluarga Muaz tabah..
ACHIK
Ya Achik.
Allah lebih menyayangi dia ...
Insyaallah.
Kak pB kenal oP dan Ina tu ...
Mereka memang ibubapa yang tabah dan kuat semangat.
CATZ_MAFIA
Insyaallah , bila oP masuk kerja nanti minggu depan , pB akan sampaikan salam Catz.
RISANUR
Seluruh keluarga Iffat redha dengan pemergiannya ....
Takziah buat Op dan keluarga.
Sukar untuk menerima kehilangan, tidak semudah menerima pemberian.
Tapi percayalah, ada banyak kebaikan dari apa yang berlaku.
Ini adalah first visit saya di blog PB ni. Biasanya saya sentiasa berada di blog www.bonsaikita.blogspot.com
Saya mewakili semua ahli Persatuan Seni Bonsai Negeri Kelantan dan Malaysia Bonsai & Suiseki Society ingin menyampaikan ucapan takziah kpd OP sekeluarga. Semangat OP mesti sentiasa membara dlm menempuh sisa2 hidup di dunia yg cukup mencabar sekarang ini.
salam pb,
takziah kepada keluarga iffat,semoga tabah dan redha dgn pemergiannya.
takziah buat Ina dan Op...
memang rasa kesedihan itu...maklang juga seorang ibu...moga mereka tabah!
Al Fatihah untuk Almarhum adik Muaz. Semoga Tuhan memberi ketabahan kepada ibu bapa dan keluarganya.
pB dah baca entry ckLah "Min;Zulhelmy mu telah pergi?" ckLah post masa pb bercuti...sebuah kejadian tragis yang mencalar jiwa ibu..
semoga rohnya dicucuri rahmat..amin
al-fatihah... moga kedua ibubapanya sentiasa tabah..
semoga Muaz Iffat tenang di sana..
al fatihah..
al-fatihah- semoga dia tenang dia sana...
salam...alfatihah buat keluarga mereka.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga dia berbahagia di sana.
Bukan mudah menerima kehilangan org yg kita sayangi tapi ini sudah ketentuanNya.
Takziah dari akak...semoga Ina dan Op menghadapinya dengan tenang...dan tabah menghadapi dugaan Allah yang maha besar itu...
Kami semua bersedih atas pemergian adik Muaz...tapi ALLAH lebih menyayanginya...
takziah utk sahabat kak Pb sekeluarga...
sesungguh ujian begini teramat berat bagi kita yg bergelar ibubapa...
namun sekurang2nyer...mama n papa Muaz boleh berbahagia..kerana anak lelaki yg mereka cintai ini..sudah berada di syurga....berbahagia di sana....Muaz tidak perlu melihat the ugly side of the world...muaz bersih..dan suci..
Al-Fatihah untuk adik Muaz...
semoga penderitaan dan kesakitan adik berakhir bila berada di sana
untuk keluarga muaz, redhakan lah kerana arwah pasti menunggu di sana. :)
Come on guyz....cheer up! Life goes on. OP, terjemahkan perasaan OP dlm luahan seni B.O.N.S.A.I. Really, it makes us joy in our own world.
UNTUK SEMUA
Terima kasih diatas kata kata sokongan dan semangat kwn-kwn...
Post a Comment