08 May, 2009

573

Semalam , dalam perjalanan pulang dari pejabat , tiba tiba teringat pesanan Nurin


"mama , nanti balik mama beli Mentos kat Nuwin , nyer"


Nak gie PPMJ atau nak ke OTK . Kalau ke OTK , masa nak bayar tu , boleh lar guna kredit kad aBear. Tapi teringat yang malam sebelum tu , dia dah memborong barang dapur. Kesian la pulak. Tak kan nak PAU dia lagi. So , pB pun terus memandu ke PPMJ. Kat pasaraya PPMJ ni , semua belian perlu dibayar dengan cash money.


Sebelum masuk ke PPMJ , sempat pB buat pesanan pada akak yang menjual apam balik.

"akak , dua apam balik yang besar tu , yer. Nanti keluar dari PPMJ , saya ambil" kata pB.
"baiklah" jawab akak yang menjual tu.

Masuk jer pasaraya tu , ambil bakul , teruslah meronda dari satu baris ke baris yang lain. Biasalah kan , dari nak beli satu barang boleh jadi ke 10 barang ...

Kicap masin , sos mee goreng , Sofy , Ribena , Aiskrim Batang , GLO , plastik bag dan juga Mestos. Daripada sebatang Mentos , jadi macam macam pulak.

Bawak bakul dan terus beratur ditempat cashier tu. Dan si cashier tu mulalah scan dari satu barang ke satu barang yang lain. Kebetulan pula semalam , pB tak bawak handbag. pB sumbat everthing dalam begpack.
Mula lah mengeledah begpack tu mencari purse. Dari satu compartment ke satu compartment yang lain.


"Dik , kejab nyer , akak tak jumpa purse akak, larrrr"

Dok terfikir fikir kat mana lar pB cicirkan purse tu. Terus teringat yang pagi tadi masa balik dari minum , pB letak purse tu diatas meja kecil yang ada kat bawah meja pB tu. Kuang kuang kuang.


Nasib baiklah , apabila pB call , boss pB tak balik lagi. Terus minta dia simpankan ......

"Dik , simpan balik lar nyer semua barang tu. Cfm purse akak , ada kat pejabat".

Adik cashier tu senyum jer ... Pabila lalu depan gerai jual apam balik tu , pB cepat cepat jalan. Tak singgah pun kat gerai tu ..... Rasa bersalah pun ada . Patutnya pB jumpa akak tu dan minta dibatalkan pesanan tu. Tapi entah larrrr .....



Apa benda yang pB fikir pun tak tahu lah sampai benda yang penting macam tu pun boleh lupa. Nasib baik tak ada sekatan jalan raya ke apa ke benda masa perjalanan pulang tadi. Kebetulan pulak , masa kat highway tu , pB punyalar memecut. 120km/jam .......

20 comments:

achik said...

adeh, jenuh gak kalau jadi camtu.. saya kalau gi kedai mmg check siap2 bawak wallet ke tak.. pastu siap tgk duit cukup ke tak.. ;p

Anonymous said...

Pernah satu kali tu, biasalah kalu dah gi kat hypermart, mula2 nak beli satu dua barang jer tapi last2 bila nak bayar dah jadik satu troli, wallet tak check
pun cukup ke tak?, bila nak bayar...baru terkial2 so terpaksa ler letakkan balik barang2 yang dirasakan tidak perlu...casher tersenyum cam perli jer...!
Biar betul lu pecut 120km/j, gua last pecut 140km/j itupun highway plus ke utara Tepen 4/5 tahun dulu...larni paling kuatpun 110km/j ikut had laju yang ditetapkan...bukan apa...gua dah fobia speeding ni...! -IP-

KAMATO said...

mesti kakak apam tu kata pb lupa

catz_mafia said...

pB,
Kesian plak dengan kakak jual apam tu...

HappyIrfa said...

siye ko kak tu.mesti tertunggu2 manalah org yg order apam x datang2 nih.kalau kakpb gi royak ko dia tertinggal beg duit mesti dia kata bayar lain kali.agak2 lepas ni malu x nak gi beli apam ngan akak tu lagi?

Yunus Badawi said...

apasal tak roger saya semalam sbb saya ada kat Shah Alam. Boleh saya pinjamkan duit kpd pB dan jadi along private sapu ngeh 3x

cikgu_math said...

kih..kih..kih...
CM pun pernah kena
masa tu..., ada lunch kat hotel, CM tukar handbag, terlupa nak masukkan purse. turun drp lunch, terus masuk supermarket..shopping sakan...bila nak bayar....huh! malu !!!

xiiinam said...

...meh sini makan apam kat rumah ckLah...
Jiran sebelah hantar apam beras tadi...semua kaler ada...

abanglong said...

abanglong pernah kena..citer kreditkad. dekat sifud di kelang sana. bawak kastemer. 40 orang sumer.
time hulur kad...
maaf cik,ari ni kad offline !
.
.
pucat weh !!!!

AZANI said...

sekadar nak tinggalkan jejak bukti kehadiran.

wife selalu kata nasib baik yang "itu" tu melekat, kalau tak, itupun boleh terlupa letak kat mana.

Kak Elle said...

nasib baik ingat pB tertinggal kat mana kan?

Zareda Norman said...

PB

apa tandanya tu yer...??

zar plak selalu tertinggal kunci opis kat rumah..

PB, zar tag PB kat blog zar.. sila jawab yer

kakpah said...

adui.. camne leh lupa. mbazir masa je kan? Kesian kat akak apam balik tu tapi mesti ada orang lain beli punya..

TokNabe said...

kalau orang lelaki dompetnya selalu dok dlm kocek... kebarangkalian utk tertinggal tu kecik. Tp orang perempuan.. duitnya letak dlm dompet, dompetnya pula letak dalam beg tangan, beg tangan pula letak bawah meja.... nasib tak baik, tertinggal.

Tak apalah kira buat pengalaman.....

Uncle Lee said...

Hi PB, kalu senang datang pke pondok saya. Might have something that might interest you.

Ha ha, ada memory problems?
I keep sticky memo pads all over, in my pocket a small note pad and pen, as my memory pun da rosak, ha ha. Lee.

zino said...

bahya tu nasib baik tokei supermarket tu tak tahan kena kerja kat situ tiga jam sebelum boleh balik hehe..

luna said...

sib baik tinggal kat opis. cuak je sy ingatkan kak pb tertinggal kat kedai makan ke kat rak supermarket ke.

tp kene lebih berhati2 la pasni ye kak PB. bkn smua hari kita akan bnasib baik..

ni pesanan utk sy jugak ni.

atty's said...

selamat hari ibu..

eiyda said...

Salam pB..
Terima kasih ziarah blog eiyda. Lajunya pecut keta..nasib baik takde sekatan jalan nak kena tunjuk lesen..hehehe..
Selamat Hari Ibu pB :)

KV said...

dulu ada tak akak citer yg tertinggal beg duit jgk masa nak membayar? Ke sapa ek?

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...