01 June, 2009

589

Salam ......

Seorang kawan bercerita pada pB . Isterinya tension dengan jadual kerjanya. Kerja kawan pB ni memerlukan dia "standby" di waktu malam mahupun di waktu hujung minggu.
Kadang kadang , apabila berlaku kerosakan , maka kawan pB itu terpaksalah bergegas ke tempat tersebut tanpa mengira masa dan waktu. Keadaan itu , menyebabkan isterinya merajuk dan mudah naik angin. Kawan pB tu merasa sedih kerana dia merasakan isterinya tidak memahami pekerjaannya.

Actually situasi pB dengan isteri kawan pB tu tak jauh beza mana pun. aBear sekarang ni memang sentiasa sibuk . Hari biasa , sibuk dengan kerja harian. Manakala hujung minggu pula , sibuk dengan kerja kerja pendawaian dan elektrikal. Seperti semalam dan kelmarin , keluarnya pagi dan baliknya bila dah malam. Minggu lepas pula , dua hari dia berkhemah di PutraJaya.

Tapi , bagi pB itu bukanlah satu masalah besar pun . Kalau aBear tiada dirumah , pB masih lagi boleh keluar jalan jalan dengan anak anak pB. Kenapa perlu nak menyusahkan suami kalau boleh berdidikari kan?

Semalam , kami geng lady ke SACC. Si Kak Lang sibuk nak beli kasut sukan. Si Kak Ngah pula , buka sekolah ni nak kena tukar uniform. Dia dilantik menjadi Pengawas Perpustakaan. Tok Ma pun sibuk nak cari stokin untuk dipakai semasa solat.

Kat SACC tu , kami singgah kat kedai ni. Memang rambang mata . Kalau orang yang baru nak pindah rumah , dan masih belum ada idea bagaimana nak menghias rumah anda , silalah ke sini



















Yang ini , impian pB.
Teringin sangat nak ada macam nie.
Tapi , tak tau nak letak mana dah .....






Tengoklah , semuanya cantik cantik. English Style gitu. Tengah ada sales pulak tu. Sediakan duit sahaja. Kebanyakkan kedai di SACC MALL sedang mengadakan jualan.

Keluar dari SACC MALL , perut dah berbunyi bunyi. Si Kak Ngah pun dah masam dah mukanya. Anak anak yang lain pun , diam jer. Tanda lapor lah tu. Kami ke Seksyen 19 . Menikmati masakan cina di Restoran Muslim. Memang sedappppp. Berbaloi dengan harga yang dikenakan.




Minuman yang diorder.
Kopi O Ais tu memang mengancam ....

Telur goreng kegemaran Nurin.
Ini jer pun yang dia makan.

Ayam Masak Thai.
Menu ni kira menu kesukaan si Kakak.
Dan juga menu faveret orang yang datang ke restoran ini.

Ini pula Daging Masak Masam Manis.
Daging tu dicelup tepung , sebelum digoreng...
Sedap bebbbbb ...




pB ada gak order Sup Sea Food. Tapi tak ingat nak ambil gambornya. Yang paling brutal tu , selesai makan , masih ada lagi ayam dan daginh yang tak habis dimakan. pB minta waiteress tu tapaukan. Termasuklah kuah sup yang hanya tinggal sup.

Dan untuk makan malam , pB just masak semula semua yang tak habis itu. Dan tambah lauk pauk kedalam nya. Senang gituuuu. aBear balik , makan. Siap puji lagi... He he he





20 comments:

AZANI said...

pB;tu kira ok,eloklah suami sibuk bekerja.macam kes saya, maknye naik risau pasal saya tersangatlah banyak masa lapang...he he he.

kad0k. said...

kak pb..rasanya kalau bwk wife kat sacc mall tu..mcm mana la reaksi dia ekk? hahahahaha

KV said...

hehe.. abear puji tu!!

Mas said...

Orang yang husband selalu otstesen je yg memahami apa yg wife tu rasa. Anyway kita serupa lah. Sedapnya makanan tu....nampak menyelerakan. Dah lama tak p SACC MALL sejak pindah dari Kelana Jaya dulu.

cikgu_math said...

sebanarnya atas kebijakan isteri... CM menggunakan masa ketiadaannya dirumah untuk membaca novel.. dan kini selepas 3 tahun dia betul-betul tiada, novel masih menjadi satu cara untuk memenuhi ruang masa.

Rohaniah said...

kade2 suami tak dok dumoh tu kito buleh concentrate more on anak2...atau pun utk quality time diri sendiri hehehehe

yuka said...

pB- biarla suami sibuk bekerja dari sibuk dengan benda2 lain, kan?

Mummy Rizq said...

Pb.. penama kedai kat seksyen 19 tu? nampak menyelerakan..!

mother of two said...

kan...pb kan... sy pun suka gi jenjalan sesorang.. lebih2 lagi time nak shopping...:)

pB said...

M.O.2

Hi hi betul tu. Tak dok lar nok sakit hati , kalu hok tukae temae tu asyik dok ajok kelik.

pB said...

M.RKedai tu namanya Restoran Mukmim. Kepunyaan Cina Muslim. Makanan mmg sedap. Harga pun berpatutan. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 mlm. Belakang D Palma Hotel jer.

pB said...

YUKA

Betul tu Yuka. Kang kalau sibuk dengan perempuan lain , lagi parahhhhh

pB said...

KAK WEAR

Betul tu , Kak Wear.
Kalu dio tak dok , tok masok pun tak por. Kito pakak makae maggie. Budok budok lagi suko.

pB said...

CIKGU MATH

Buku tu jarang jarang pB baca. Mostly dok melangut depan tibi jer..... Sungguh membuang masa betulllll

pB said...

MAS

Hubby pB tak ada nie. Ke Muar seminggu. Bila dah dpt suami yang kerjanya macam ni , nak tak nak memang kita kena pandai berdikari. Sekarang anak dah besar , tak lah rasa berat sangat. Masa anak anak kecik , letihhhhh

pB said...

KV

Kak pB tokok tamboh jah tuuu

pB said...

KADOK

Cubalah bawak. baru tahu ..... Tapi kena pergi lepas Kadok sihat larrrr.

pB said...

AZANI

Tak der kerja tak semestinya bermakna tak ada duit yang masukkkkkk

umeboshi said...

k.pb...
lama tak jejak umah ni.hihihi.. eh, sedap nye p mkn kat sec 19? restoran apa tu? nanti ume nak paksa hubby belanja mkn kat situ. macam sedap je!!! err..my hubby pun selalu takde kat umah. kalo time anak2 mood OK, ume tak kisah sgt pun. tapi, kalo si kecik tu dah mula ngamuk2, ume pun jadik tension gak!!

PINATBATE said...

Salam pB..
okey..nanti balik kg nak try singgah seksyen 19..nampak sedap masakan dia..
Dulu saya duduk situ..5 tahun sblm pindah sini..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...