29 May, 2009

588

Salam


Sesungguhnya Allah amat menyayangi hambaNya.
Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya untuk melakukan perubahan.
Kadang kadang , peluang untuk berubah itu diberi dalam pelbagai cara.

Ada yang diuji dengan kematian insan yang tersayang.
Ada yang diuji dengan cara kehilangan harta benda.
Ada yand diuji dengan jiran tetangga yang tidak pernah mahu aman dengan kita.
Ada yang diuji dengan godaan - godaan yang tidak sepatutnyan dilayan.

Apabila kita sedar akan peringatan itu , maka ambillah kesempatan itu untuk berubah.

Berubah menjadi

Anak yang solehah
Isteri yang setia
Suami yang bertanggungjawab
Majikan yang adil kepada semua pekerjanya
Pekerja yang amanah .....

Peringatan yang pB terima untuk berubah .....




Semalam , pB tersentak dari lamunan yang mengkhayalkan ...
Terlalu banyak yang pB perlu berubah untuk menjadi tetamu Allah .....

Terfikir begitu banyak dosa dosa yang telah pB lakukan ....
Terfikir adakah semua dosa dosa itu dapat pB lenyapkan ...

Sempatkah pB bertaubat .... ???

Tawaran yang pB terima terpaksa pB tolak ....
Terlalu banyak perkara yang pB fikirkan .....

21 comments:

~0~ said...

Pintu taubat sentiasa terbuka...
Tawaran tue pun sangat menarik pB. Renungkan

ez said...

salam..
akak tahniah utk tawaran tu..bkn senang nak dpt kan..
Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang..

PINATBATE said...

pB..
bila dapat surat tu?

tasikmerah said...

nak tolak ke kak...?



.

cikMilah said...

Salam Dik, kalau dah begitu, tentu ada sebab dan hikmahnya. Sama nasib kita .. mana tau kan, mungkin kita di himpunkan dalam satu jemaah tahun 2010! Doa-doakan ya...

shafarina said...

kenapa ditolak? :)

AZANI said...

Seru dah sampai,bertamulah disana.
kita pun dah lama tanam cita cita nak ke sana,belum lagi kesampaian.

cikgu panji said...

tak sabar rasanya utk menjadi tetamuNya.

hazmi mat zain said...

Salam...

Bekalkan persediaan, banyak hikmahnya.

zino said...

kenapa di tolak.. ramai yg berharap utk cepat dapat kesana.. tapi masih belum kesampaian.. Allah telah mempermudahkan nya..

KV said...

mebi blom rezeki akak ke sana. Insyaallah, akan sampai seruan. Doa kan kv jugak.

Nong said...

InsyaAllah, akan dipermudahkan untuk kesana nanti. Kalau dah bersedia jangan tunggu lama-lama ye...

Anonymous said...

Alhamdulillah... semoga dipermudahkan untuk pb ke sana... Insya Allah.

cm

eiyda said...

Salam PB..
Bertuah PB dapat terima tawaran tu..bukan mudah nak dapat sbb ramai org mesia yg kena queue bbrp thn baru dpt pegi..terimalah..Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang..

Anonymous said...

Jika kita renung kebelakang sememangnya insan bernama manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan dan kemungkaran sesama manusia lebih2 lagi kpd NYA namun DIA maha mengetahui dan maha pengampun terhadap kita insan yang kerdil lagi daif. Semoga pB juga kita semua diberi petunjuk dan kekuatan diri untuk membuat sesuatu keputusan yg terbaik untuk kita walau apapun jika telah ditakdirkan kita ke tanah suci maka tiada siapa yg dapat menghalangnya kerana kita merancang dan Allah swt penentu segala2nya, insyaallah..-insan yg lemah-

oren said...

kalo nk pk2 lagik, mmglah byk benda kena korbankan..tp pikir 1 jek..mgkn inilah peluang utk perbaiki diri..lgpun, elok p time sihat..sok2 kut dh tak larat nk jalan, takde org nak tgk kan anak2, lagi payah rasanya...

saya suggest, akak terima jek :)

semoga urusan hak2 yang akan ditinggalkan nanti, dipermudahkan...

muadzlife said...

mmg perlu byk persediaan, sbb peluang Allah bagi cuma sekali... naik haji bukan perkara yg main2 kerana ia pelengkap rukun islam....

sediakan kan lah diri pB sebaiknya..semoga segalanya dipermudahkan untukmu..amin

luna said...

kenapa tolak kak..ya Allah menangis sy sbb sy ni teringin la sgt2...2-3 menjak ni mmg dok terbayang kaabah je pdhl belum dijemput...dan x mampu pula..

akak, Mekah bkn utk org2 yg x berdosa saja kak...tp ia utk tetamuNya yang dijemput mengikut pertimbanganNya yang hanya Dia yang tahu...


terima lah kak.....impian jutaan manusia tu.....

Anonymous said...

maybe puan perlu bc buku travelog haji karya saudara prof kamil. hati akn membuak-buak utk ke sana.

ini ada jemputan ALLAH. hnya mereka yg bertuah saja yg berpeluang. ada org mampu, tp, terpaksa tggu tempoh yg lama utk pegi. fikirkanlah.

Anonymous said...

Salam,

Jangan sesekali ditolak tapi minta penangguhan, InsyaAllah tahun depan mungkin ditawarkan semula...AMIN...

AyKay said...

alhamdulillah bertuahnya pB dapat tawaran sebegini. saya menunggu sebegitu lama untuk diberi peluang yang sama, sampai kena naik turun pejabat officer, minta recomen n itu ini.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...