22 June, 2009

607

Pagi tadi , mmg mood nak g kerja merundum. Bersiap pun punyalah ambik masa. Lepak lepak dengan Nurin dulu , jam 8 lebih baru keluar rumah. Dalam hati tu , memang ingat nak singgah minum ker apa dulu. Biar sampai pejabat , lebih dari pukul 9 pagi.

Tapi , tular , tak sampai hati lar pulak. Rasa macam bersalah jer. Last last jam 845 pagi dah masuk ofis. Ramailah punya manusia dalam pejabat pagi tadi. Ada budak budak dari mana entah m nak praktikal kat tempat pB nie. pB ... buat tak tau jer....

Masuk pejabat , punch (merah lar kad hari ni) dan terus duduk tempat sendiri dan buat hal sendiri. Check kerja , masih belum ada report kerosakan. Called satu akak yang kerja kat department lain. Mengadu nasib kat dia. Mata dah merah dah dok tahan air mata. Wa memang masih bersedihhhhhhhhhhhhh ....

Then , tak lama kemudian , dapat call dari klinik gigi kerajaan. Temujanji yang sepatutnya esok , dipercepatkan ke hari ni. Bergegas pB cari aBear , sebab biasanya dia pun ada gak urusan dengan klinik gigi tu.

Sign borang keluar pejabat , dan terus kami berdua ke Pandamaran. Janjinya jam 1100 pagi. Minum tidak , makan pun tidak , sebab nak cepat. Risau pulak sekiranya tersangkut kat mana mana (kawasan Klang tengah dok upgrade jalanraya).

Sempat grab roti coklat dan air mineral jer kat Petrol Pam . Itu pun makan tak habis. Dalam kepala , dok teringin nak makan roti boom kat restoran gembira tu. Tapi , tau ajalah , aBear ni , bukannya dia suka nak singgah singgah kalau dah dlm keadaan kelamkabut nie.

Sampai klinik jam 1045 pagi , daftar diri dan tunggu.

Tunggu

Tunggu lagi

Tunggu dan tunggu lagi

hiingga si aBear pun dah tak sanggup nak tunngggu. Last last dia tunggu pB dari dalam kereta jer. Mengantuk , alasannya. Nak tidur sebab malam ni dia kena bertugas lagi di Astro.

Menunggulah pB kat situ sorang sorang.

Tunggu

Tunggu lagi

Tunggu dan tunggu lagi ......

Jam 12OO tengah hari , nama pB dipanggil

"Kak , boleh tak akak pergi makan dulu , sebab doktor tak sudah lagi dengan patient nie"

Adoiiiiiiiii

"Jam 1230 nanti , rasanya doktor akan selesai dengan patient nie.


Ok , fine ....

Ajak aBear gie cari makan. Yelah , perut pun dah masuk angin nie. aBear pulak terpaksa cari CIMB Bank sebab ada kes urgent. Kena cari kat mana CIMB Bank tu dulu , sebab pB pun bukan fasih benor dengan kawasan Pandamaran nie.

Bila urusan selesai , tengok macam tak sempat jer nak gie makan. Dah masam masam muka dah pulak pB dengan aBear. Yelah , orang tengah lapar , biasalahkan. Terus pB suruh dia patah balik semula ke klinik tu.

Ingat kan bila masuk klinik tu , sampai ler giliran pB. Wa caka luuuu , wa kena tunggu lagiiiiii.
Jam 1 tengah hari , baru boleh jumpa doktor.

Hmmmm ........
Treatment pB tu , sebenarnya nak pasang crown kat gigi geraham yang buat root canal hari tu, jer. Hari ni , dah pasang temporary crown, buat dari plastik jer. 3 hb Julai ni , baru betul betul akan dapat crown yang bertahta berlian tu ....

Kah kah kah


Imagine tu , tunggu dari jam 1030 pagi hingga ke jam 1 tengah hari. Berapa jam tu ?????
Apa apa pun , berbaloi , sebab Dr tu bagi pB cuti sakit hari ni....

21 comments:

Yunus Badawi said...

Nasib dapat cuti sakit. Kalau kat opis pun bukan boleh kerja sbb pB sakit - sakit hati.

Malam ni bawak bertenang. Lupakan apa bos pB kata. Rezeki kita bukan di tangan bos dan bukan di tangan sesiapa kecuali di tangan Allah. Semoga pB kembali bersemangat mengharungi hari2 mendatang.

Yunus Badawi said...

Aku first lah tadi.

Yes!

pB said...


YB
Memang sakit hati, YB. Nak tengok muka boss kecik pun rasa macam tak mau jer....

he he he ...

Dpt mc pun tak gie mana mana. Terus balik umah.

INSYAALLAH, pB pun harap semangat pB kembali semula esok lusa.

cm said...

CM dapat rasa apa yg pB rasa... CM pernah alaminya... bukan dgn big boss.jawatannya cuma atas siit drp CM..
Huhu..rasa mcm nak tukar sekolah time tu jugak!

aza ni said...

saya nak kata buat dono pun tak boleh, sebab,pastinya sekarang ni pB sedih,hanya saya doakan semoga pB mendapat ganjaran yang lebih baik.

KAMATO said...

Saya juga tengah buat treatment utk buat crowm kat klinik kajang, tapi kat situ biasanya temujanji tepat, kalau lewat pun setengah jam je, yg best nya doktor mintak maaf kalau dia lewat

Tepi Sungai Batu said...

Kuat kan semangat!!!.

ibundo said...

aduyai.... bab bab menunggu ni lah yang slalu buat kita tension nih. dan sakit hati..

Eliss said...

restoran gembira? huhuhu..suka makan sate kat situ..tu kedai arwah sepupu hubby ku :D
jangan sedih2..ceria2 selalu!

Sally said...

pB..semoga cepat2 lepasi fasa stress n sakit hati ni..jgn buang karan lama2 disebabkan bos yg berat ebelah tu ya..asalkan pB, abear pB dan anak2 happy, itu yg lebih penting..kan..

pB said...


CIKGU SALLY
pB pun tak nak lama lama punyai rasa negatif nie. Menyesakkan dada dan kepala jer. Tapi hari hari kena mengadap bos , tu malas tuuuu.

Insyaallah , kita semua mahu happy

pB said...


E.L.I.S.S.M.E
Gembira yang kat Seksyen 3 tu , ker ?? pB tak pernah lagi cuba satay kat situ. pB suka makan roti canai dan nasi lemak.





KAK PAH
Nak yang murah , kenalah byk byk sabar. Kalau kat swasta , mau lima enam ratus kalau pasang crowning tu. Kat klinik kerajaa, cuma seratus lima puluh.

pB said...


POK MAE
Terima kasih Pok Mae. Insyaallah , sari duo lagi , back to normal ....






BRO KAMATO
Kat Pandamaran ni , tak pernah nak tepat janjinya. Paling paling cepat pun , 30 minit selepas waktu yang ditetapkan.

Bila pula temujanji Bro ??





RANTONG

Nanti , pB ke sana

pB said...


AZANI
Mmg tak dpt nak buat don'no jer sebab dok terbayang bayang komen bos tu.

Kalau ada reseki pB , insyaallah tak kemana pun benda benda tu semua.

Tks sebab selalu bagi semangat pada pB.

pB said...


KAK ZAE
Pernoh keno jugok kor?? Nok tukar skoloh?? Skoloh mana hok Kak Zae nok gie?? Ahmad Mahir , moleh jugok tuuu

Anonymous said...

So hari ni dah ok ke belum...

attyfir said...

doctor dah rasa bersalah ar tu

pB said...


ATTY'S
Doktor tu lagi kesian , dari pagi tak makan apa apa. Terus kerjaaaa hingga habis patient.

MC tu , memang tiap kali pergi , mesti dapat.





ANON
Dah ok dah sikit. 50/50

Anonymous said...

50/50....aduhhhh..

bila nak 100 tu..

best leee dapat mc..

Ummi said...

ubat menunggu lama, mc....

yahoo, boleh balik rumah rehat... :)

jangan sedih2, happy aje, kalau ada rezeki, adalah, kalau tiada, ada yang lebih baik lagi :)

Nik Maisarah said...

for sure lepas ni boleh sebut huruf "S" dengan lancar dan jelas - :)

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...