20 August, 2009

657

Alhamdulillah , semalam , selepas meluahkan rasa yang membara di dalam jiwa raga , pB dapat mengerjakan semua semua ayam itu dengan hati yang tenang.

Alhamdulillah juga sebab anak anak dara tu faham baca jiwa mama dia nie, so semalam pB telah mendapat kerja sama yang sepenuhnya dari anak anak dara tu.

Pakaian dijemur oleh kakak.
Ruang tamu dan dapur , di sapu bersih oleh si Arifah.
Si Aqilah pula , membersih meja makan dan kawasan yang sewaktu dengan nya.
Manakala si Nurin , sibuk meneman pB semasa pB dok bersih ayam ayam tu.

Selesai mencuci ayam , kena juga keluar rumah. Kali ni kerja membuang sampah yang berisi dengan benda alah ayam tu. Tak kan nak buang kat tong sampah depan umah , mau berbau lar. Sebab lori sampah bukannya datang kutip hari hari. pB terpaksa membuang semua tu di tong sampah besar yang terletak di kawasan rumah flat berhampiran rumah pB tu.

Then , terus ke pasaraya berdekatan sebabnya roti pulak habis bekalan. Roti ni adalah makanan wajib yang perlu ada kat umah nie. Memang tak pernah putus. Keluar dari pasaraya , masuk farmasi . Belikan topeng muka untuk anak anak . 5 keping lima rial. Wahhhh !!!!!!

Sampai umah , tok ma balik dari masjid. Terus keluarkan beras nasi dagang. Kira punya kira , timbang punya timbang , so decide lah nak buat 3 kilo setengah beras. Proses membasuh beras pulak beroperasi.

Tido tak tido pB semalam , nearly to one o ' clock ....

Itu cerita semalam.

Cerita hari ni pulak .....

Masa memandu , cari cari smart tag , tak ada. Sib baik masa tu belum lagi masuk highway. Patah balik semula ke rumah. Smart tag dok dalam kereta Unta. Yelah , semalam kan bawak Unta.

Sampai pejabat , ada training internally. Ada makan makan . Nasi lemak ayam goreng. Dalam dok dengar ceramah tu , adik call ....

Anak sepupu pB yang warded kat Ampang Puteri kelmarinnya , dikhabarkan tengah tenat.

Masa tu dah pukul 12 lebih. Isi borang keluar pejabat , terus tuju ke Ampang. Dalam perjalanan , warning minyak kereta dok menyala nyala. Minta di isi. Then , bila nak masuk highway kesas , kad tounh n go pulak tak jumpa. Tercicir kat mana lah ( baru teringat yang pagi tadi , laluan smart tag jem , so pB guna laluan Tunai ). Lupa nak letak semula kad touch n go ke dalam smart tag tu....

Hmmmm ....
Berhenti dua tiga toll , sebab nak beli kad yang lain. Tak ada.
Last last , pB berhenti kat Petronas Awan Besar tu , isi minyak , dan nasib baik kat situ ada kaunter jualan kad.

Settle satu hal.

Bergerak tak sampai 1 km , ada road block lar pulakkkkkkkk. Polis buat operasi tahan kereta yang speeding. Sib baik , pB memandu di dlm kelajuan yang ditetapkan. Tapi , masa tu , kepala lutut memang dah ketaq (pB ada sejarah ditahan polis kerana memandu laju).

Sampai Ampang Puteri , pB lihat nenek kepada anak sepupu pB pun dah ada. Begitu juga dengan mak mak sedara anak sepupu pB nie.

Anak sepupu ni dah koma dah. Mula mula demam biasa. Then semalam , tiba tiba muntah berdarah. Dikatakan dia muntah dua mangkuk darah. Terus rush ke Ampang Puteri dan terus dimasukkan kedalam Intensif Care.

Hari ni , tekanan darah dah mula drop. Tapi , alhamdulillah , masa pB sampai , tekanan darah tu dah naik semula. Aliran darah pun dikatakan tidak berapa elok. Buah pinggang pun doktor suspect dah mula rosak ....

Suspected H1N1. Dan tadi petang , dada belah kirinya ditebuh untuk mengeluarkan air yang dikatakan bertakung di dalam paru parunya.

pB ada di situ dari jam 130 tengah hari , sampai jam 4 petang. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka.

N now , pB dah berada di rumah. Nasi dagang still kat atas dapur. Dan malam ni , ada beberapa kawan Tok Ma nak datang menjamu selera ......


pB harap kawan kawan dapatlah mendoakan agar anak sepupu dapat sembuh seperti sediakala dan agar sepupu pB dan isterinya akan tabah menghadapi dugaan ini...

5 comments:

adanz said...

pasrah dan redha dengansegala ketentuanNya... kita hanya mampu berdoa

Zareda Norman said...

PB

Semoga si kecil mendapat keberkatan dan kesejahteraan dalam lindungan rahmat Allah SWT jua.. InsyaAllah

Kak Nora said...

Wah, Pb sentiasa buzy ye, running here and there. Mujur ada anak-anak turut membantu. Kepada sepupu Pb harap bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah. Selamat menjalani ibadah puasa Pb.

maiyah said...

salam.. masa saya kemalangan dulu pun kene tebuk kat paru2 nak kuar kan darah dan air bertakung

Bapak said...

Salam,

Semoga anak sepupu Kak pB dilindungi Allah & keluarga pB tabah menerima dugaan ini..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...