Pagi tadi , alhamdulillah , kami berLIMA dapat menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid As Salam. Ramai jugak yang datang memenuhi ruang masjid.
Balik dari masjid , salin pakaian , dan terus ke klinik.
Nurin tak berapa sihat , bangun pagi tadi , matanya merah dan bertahi. Menurut doktor , sakit mata baru nak jadi. Kena cepat cepat makan ubat , kalau tidak takut melarat.
Dari klinik , pB singgah ke pasar segar Pak lang.
Masa sampai tu , lori yang membawa semua barangan baru touch down. Menunggu jugaklah sebelum dapat mencari semua barangan basah yang diperlukan. Kebiasaannya pB akan beli untuk bekalan seminggu.
Hajat di hati nak buat lala masak lemak. Tapi kata pekerja kat situ , hari ni TIADA lala. Harga kos Lala terlalu mahal , hinggakan dia rasa tak berbaloi kalau dia jual pada hari ini. RM 8.00 sekilo kalau di beli di Pasar Borong Selangor. Ayam hari ini sekilo RM5.50 , semalam cuma RM5.20
Disebabkan tiadanya Oh Lala, menu utama tu terpaksa lah ditukar . Dari Lala masal lemak ke Asam pedas ikan merah. Sebagai tambahan , pB nak buat ikan keli goreng cili , dan ayam masak lemon. Tak lupa goreng tauge dan dicampur dengan udang. Kalau tak cukup lagi , kita tambah telur gorenggggg.
Adik pB nak mai berbuka kat rumah. Sebab tu lah menu tu ada sayur. Kalau tidak , jangan harap nak ada masakan sayuran semasa berbuka. Memang budak budak kat umah ni tak makan vegetables.
Itu lah perancangannya dan harap semuanya akan berjalan dengan lancar.
aBear masa pB balik dari pasar , dia dok bersiap siap nak keluar. Ada yang minta bantuan pasang lampu dan kipas .
Kepada yang nak keluar shopping , ingat , biarlah kalah membeli , tapi menang memakai. Jangan membazir. Kena simpan simpan duit zaman zaman ekonomi tak berapa stabil ni. Tapi , kalau yang banyak duit tu , no hal lah kan ......
Happy Shoopping dan Selamat Berbuka Puasa .....
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
29 August, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
1 comment:
wah...sedap je dengar nama lauk pauk tue...lalallalla
Post a Comment