31 August, 2009

670






Pagi tadi , masa dok sibuk sibuk kat dapur , tiba tiba aBear datang tegur

"banyak pahala sebab siapkan makanan untuk sahur n berbuka"


Senyum dipamirkan di wajah tapi dalam hati , sedih dan sayu jer .....

Hmmm mmmmm

Dirumah , bersusah payah mencari pahala dan keredhaan. Malam hari ke masjid berterawih.

Tapi bila berada di pejabat , banyak perkara yang 'LARO' yang dilakukan,

Antara perkara Laro yang berlaku , mendengar lagu lagu di radio , menonton astro , berbual perkara perkara kosong , kdg kala terpaksa berbohong kepada pelanggan ....

Rasanya pahala yang diperolehi itu terpaksa ditolak untuk menampung dosa yang dibuat.


Ya Allah , Engkau terimalah puasa ku ini .... Aku berusaha untuk menjadi hambaMu yang baik tapi aku hanya manusia biasa ... Yang banyak melakukan kesilapan dan dosa-dosa ....

11 comments:

oPiE said...

Salam pB N3 ni macam ramai yang akan terkena dan terasa,

Neeza Shahril said...

setuju sangat tu..
bimbae jugok kalu pahala hok kito wak kughae nok tampong doso tu..

lupekanje said...

Dik sebab itulah kekadang kita di uji...utk menghapus dosa yang kita lakukan sama ada scara sedar mahupun tidak.

Dan atas kesedaran itu juga, perlunya kita perbanyakkan amal ibadah...agar mampu menyelamatkan kita di Sana kelak.

Zareda Norman said...

Di pejabat zar tak de astro, dan zar memang duduk diam diam dalam opis tutup pintu, kat opis pun banyak web comminication dah kena block.. syukur, tak deler ralik sangat mentenet di pejabat .. tapi tabiat dengar muzik tu tetap tak hilang.. sabar ajelah..

Yunus Badawi said...

Pelanggan manalah yg kena tipu tu? huhuhu

Maiyah said...

salam.. tipu sunat takpe kot :D

zino said...

kenapa perlu tipu.. semalam pun sorang marah zino kerana berterus terang kata permohonan di TOLAK.. jawab direct tanda berlindung..

ckLah @xiiinam said...

Semoga amalan kita semakin murni di bulan barokah ini. Amin.

DrSam said...

semoga diberikan petunjuk dan jalan untuk mengelakkan daripada perkara yang melaghokan.

p/s: saya pun dibulan ramadhan ni memang kira bertapa betul. Jumpa kawan pun mengelak takut terrrrgosip-gosipan :)

adanz said...

bagusla sekurang2nya kita sedar apa yg kita dah buat... kan. sama2 la kita memohon maghfirat...

WRA said...

kita manusia yg bukan ummi dan tak dijamin tak buat dosa....cuma kena pastikan kita balancekan dengan pahala pulak....mudah2an pahala kita timbangannya lebih....insyaAllah...amiin

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...