Salam
Terimakasih pada semua komen komen yang ada pada entry sebelum nie. Actually tak ada lar down sgt , sebab pB pun dah dapat agak apa keputusannya. Reseki , Allah yang bagi. Allah yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya. Kan ? Kan ? Kan ...
So , mood hari ni , dah baik , walaupun cuaca kat luar sana tu mendung dari pagi tadi lagi. Dugaan jugak tu. Yelah , bila mendung , suasana pun sejuk jer. Bila dah sejuk sejuk ni , asyik nak tidor jer. He he he ...... Lepas sahur , sedap jer tarik selimut
Semalam , kat Masjid As Salam tu , ada tazkirah perdana. Penceramah nya ialah Ustaz Abdullah Al-Iraqi.
Memang best. Meremang bulu roma masa dia bercerita tentang rayuan simati apabila dimasukkan kedalam keranda dan dibawa ke kubur untuk dikebumikan. Harapnya kita semua ni , bila mati nanti , dosa dosa kita telah dihapuskan oleh Allah ...
Dia juga dok bercerita bagaimana kita ni , sibuk dok mengejar perkara yang sunat. Bila bulan Ramadhan , semua sibuk memenuhkan masjid untuk melakukan solat terawih. Tapi , solat wajib yang lima tu , tak ada pulak , kita ni dok berkejar kejar nak penuhkan masjid ataupun surau. Solat berjemaah , ramai ramai.
Betul jugak kan apa yang dia bagitahu tu. Kalau iman kita ni cantik , mesti kita , tiap kali solat wajib , mesti ke masjid tak kiralah bulan Ramadhan atau pun tidak.
Patutnya terutama kaum lelaki ni , bila masuk waktu zohor , tu pergilah berjemaah. Kalau tak masjid , kat surau surau di pejabat pun jadiklah. Ini tidak , asyik dok buat taik mata jer......
Dia yang mengimamkan solat terawih semalam. Dia buat lapan jer. Dan ayat ayat yang dia baca , tak lah panjang mana pun. Terawih empat rakaat , then tazkirah. Lepas tu , sambung lagi empat rakaat then tazkirah bahagian kedua.
Lepas solat witir , tazkirah bahagian terakhir .... Part ni sedih sangat. Dia bercerita tentang pengalamannya semasa dipenjarakan. Dia telah dipenjarakan selama setahun dua bulan. Di mana?? Itu pB tak pasti . Tapi bukan lah di Malaysia. Tapi kalau tak silap Tanah Arab. Dia bercerita bagaimana mereka di situ hanya berbuka dengan sebiji tamar. Tamar diberi sebanyak tiga biji seorang. Satu untuk berbuka. Satu untuk bersahur dan satu lagi disimpan untuk dinikmati di pagi raya.
Semasa di pagi raya , mereka diberi masa solat raya selama 15 minit sahaja. Mereka lambat keluar sebab dok bersalam salaman. Disebabkan oleh sedikit kelewatan itu , mereka telah dibedil. Seramai 60 orang telah mati syahid pagi tu.
pB dok surf mencari info's tentang Ustaz Abdullah ni , tapi tak jumpa. Kepada sesiapa yang mengetahui sejarah perjuangan Ustaz ni , pB harap tinggalkan sedikit komen. Dapat lah kita berkongsi maklumat .......
16 comments:
Memang sedih mendengar pengalaman orang dipenjarakan....apatahlagi kalau dia dipenjara bukan kerana bersalah.....sebaliknya 'kebijakasanaan' peguamcara yang memapar hujah ...dan kekalahan peguambela yang gagal membela....
wallahualam...
takpe lah kak, bukan rezeki kita. Insyaallah, nanti ada yang lain. (sabit ngan entry sebelum)
Betul kata KV. Hidup mesti diteruskan. Dan hidup kita bukan setakat kerjaya aje
opps komen ini dari aku lah - YB
malas nak keluar dari emel kompeni yg aku tengah tengok ni. Ramai betul yg apply kerja kerani yg kami iklankan tu.
solat teraweh, nama pun untuk rehat2... xperlu surah yg panjang2 sebb para jemaah dibelakang bukannya sumer kita tahu tahap kesihatan masing2... itu terbaekkkk!!!
aduh..kena bedil sbb lambat?sedihnya
Memang pB 'nampak' happy hari ini.
kat tempat zino tazkirah selepas ishak..lepas tu baru tarawih..
ustaz abdullah iraqi ko abdullah fathani..??
Bila amalan sunat mendapat pahala wajib. Itu sebab menjadi rebutan. Tapi masalahnya, yang wajib pula ditinggalkan. Alahai ... ajaran Islam sudah terbalik
Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)
dah baik le tu.
ramai orang berpuasa tetapi tak menunaikan solat yang lima. sayangnya!!!
salam.. mmg rasa kagum kan ngan semangat ustaz tu, msti bnyak dah pengalaman yg dia tempuh, kalo ada info nanti blehlah kongsi skali :D
Kerajaan arab bedil banduan yang lambat keluar pi solat? zalimnya..
Banyak sangat kekurangan dlm hidup kita ... kita rasa hidup kita susah, org lain jauh lebih susah drp kita.
pasal apa ni?
Post a Comment