03 September, 2009

674



Semalam , Pak Man Laksam buat entry pasal telur bungkus. Sedap jugak tu , lawan pulak dengan tomyam ayam atau pun tomyam campur. Tiba tiba , tekak terasa nak makan menu begitu.




Balik kerja singgah jab kat kedai ikan , beli serai , bunga kobis dan sedikit cendawan. Cari juga sos sotong , sebab ada sahabat kat pejabat ni bagitau , kalau nak masak tomyam tapi tak mau guna tomyam paste , boleh diganti dengan sos sotong. No luck my frennn. Kat kedai tu , tak ada dijual sos sotong nie.




Solat asar , then terus masuk dapur. Actually pB jarang masak main dish kalau hari hari kerja ni. Biasanya pB tolong Tok Ma tanak nasi , goreng ayam , goreng ikan. Kerja sampingan gitu.




Rebus air , masukkan serai , tomato masak , daun limau purut , perah limau nipis. Bukak peti cari tomyam paste. Habis pB selongkar peti sejuk tu. Tapi tak ada. Parahhhhh .... Sib baik tak masukkan ayam lagi.




Kebetulan masa tu , aBear keluar ambil tayar basikal Nurin yang dihantar ke kedai basikal. Terus call dan minta dia singgah ke pasaraya berdekatan rumah tu.




"Bear , nanti beli perecoh tomyam tu , pah tu carik sekali daging cincang"


"Nati , sapa kedai , aBear call semula" kata dia.




Tak sampai 10 minit , memang dia call




"Mana nak cari perencah tomyam tu"


"Abear g tempat sejuk beku tu. Ada tu ada rak. Biasa dia letak kat situ lah. Cari yang tudung biru , ada gambar pompuan dan tulisan siam. Daging cincang tu ada dalam peti sejuk beku tu"




"Mana ada ... tak jumpa pun. Yang jumpa dalam tin besar, macam tin milo tu, tin kaler putih"




"Kalau tak der , aBear beli yang bentuk kiub jelah. Pergi tempat letak gula , kat situ ada rak. Kat rak tu ada kiub ayam , kiub bilis dan kiub tomyam. Kiub tomyam tu kaler merah kotaknya"




"Oklah , nanti abear cari".

Nak kena guide macam tu sekali. Kalau tidak , memang tak akan jumpa nyer. Sib baik ingat kat mana peniaga tu letak barang - barang.


Sementara tunggu dia balik , pB siapkan bahan bahan untuk buat telus bungkus tu. Simple jer. Tak campur karot pun.




Bila dia balik , pB lihat Nurin dok heret plastik beg. Sian anak dara pB , kena dera dek bapak dia. Sekali , bila pB keluarkan barang dia yang beli , gelak sakannn. Sib baik tak batal poso pB.




Nak tengok tak perencah tomyam yang aBear beli semalam




Tin ni lebih besar dari tin susu cair. 2 tahun tak habis nie .......

21 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

memang yang ni sokmo ko kak pb guno? ada saiz kecik la deh?tok royak dek pun nak saiz kecik :)

MOKCIK AZWA said...

hahaha...ada pulak jual perencah tomyam ni kat kedai tu ek..(halal ker jenama tu PB?, len kali bleh beli...)

adik ipar mokcik masak tomyam tak guna pun perencah2 tu, dia guna tomato n air limau jer utk jadikan supnya masam..ada pulak orang kata guna air kelapa utk kuahnya..baru sedap...betoi ka..

Achu Tra said...

pB..hok nih ambo panggil perenchoh mokcik sbb ado gamba mokcik siam tuh...air nyicoh dio pong sedap jugok...brand mokcik ado HALAL Thailand...kalu ikut expert dlm bdg HALAL ni gak...HALAL Thailand ni memang HALAL sbb demo sano dio buak HALAL Lab utk check...wallahu'alam!

risanur said...

tu dia mmg betul boleh wat stok...jgn tak masak kak pB...kena abis kan jugak la...

DrSam said...

memang nampak macam ori perencah tu. Harap-harap rasanya pun ori juga :)

Salam second trimester of Ramadhan (Almaghfirullah)

Webmaster@Echam said...

Hohohooho.. sampa gitu sekali dok guide abear... Doh mace kedai sendiri demo buat....

Sha said...

salam:)
ada jual camtu ya, tak pernah lak tgk. klu mcmtu, hari2 pB boleh buat tomyam.

zino said...

boleh le buat kenduri tomyam hehe

maiyah said...

:D

kakpah said...

uk aloh.. lenkali pB gi keda sendiri. Susoh sughoh oghe jate kik..kik..

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam pb,

Lama tak masuk sini...dan pb pun, jange gi umah Auntie....sejak posa Auntie tak u-date pun blog tu....tak sempat, banyak keje gitu.

Ha!...ha!..agaknyalah...orang lelaki ni(para suami) lebih kurang sama je, baik hak tua..(macam Cik Din Auntie) mau pun yang hak muda sikit macam aBear pb tuh...kalau nak beli apa-apa memang kita kena betul-betul bagi guide, kalau tidak hancus!lain kita maksudkan, lain yang dia faham...sabo je lah!....;-)

manlaksam said...

pB,
Boleh buka gerai tom yam nih....

Kujie said...

abg kak jie bukan je kena guide mcm tu..nak cari gula dlm rumah pun nk kena ckp...dlm kabinet atas belah kiri tepi pintu, rak no 2..hujung seklai sebelah milo...hakhka

sesi kutuk laki bulan posa pula..opppsss!!!

letak lengkuas byk2 pun ok gak tu

Kujie said...

tak pernah nengok lah perencah tomyam mcm gitu....

~0~ said...

wahh...akak memang expert la bab kedai tue..power bagi guide..ahaks

ma saya pun guna tin tue jugak wat tom yam..heheheh

Uncle Lee said...

Hi PB, love your lively conversation here.
I'm wondering what is 'telor bungkus'?
You keep well and have fun, Lee.

Kak Nora said...

Boleh buka warung tomyam kalau gitu.

AbbotCottage said...

miaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahahahahahahha, gelak bagai nak rak ni pB. Aduyaiiiii cara menceritakan tu pun dah start nak gelak dah. Agak dah benda jadik lain, tapi tetap sepertimana atas permintaan la. Adesssss, nasib poser, ko tak maunya berdekah-dekah berguling-guling gelak tak abis sampai nenangis. pB, pssttt bleh ah bebungkus kekecik pos kat kengkawan sket pas nih pes tom yam tu. Ske baca artikel pB, bersahaja dan tak jemu nak baca.

Gitu ler klo kaum bapa disuruh beli barang, kena guide bebetol. Ko tak, miaaaaaaaaaaaakakakakakka....adesss sakit perut gelak.

pB said...


A.C

Poso mana boleh gelak sakan. Nanti kuruih pahala poso. pB tak mau subahat ...
Hi hi hi ...

Memang kena guide , kalau tidak , balik tangan kosong ...

Suka ...
Tks ...
pB seronok kalau ada yang suka baca entry pB nie ..
N3 yang selalunya merapu meraban.






KAK NORA

Teringin sangat nak bukak restoran bila pencen nanti.
Tapi tak mau jual tomyam. pB nak jual nasi kerabu.





TELUR BUNGKUS
Uncle ,

telur bungkus tu telur dadar tapi ada inti. Biasanya daging ataupun ayam.

Omputih cakap apa yer ????

Fariena said...

salam kenai pB, mana beli perencah ni yer? Pb duk area mana? jenuh dah cari brand mak cik nie. x jumpa2...tolong yer...

NIK (bukan nama sebenar) said...

siss! cuba baca blog ni

http://sisianteerashid.blogspot.my/2010/08/perencah-tomyam-non-halal-ada-kulit.html

muka makcik dlm gambo tu sama. maksudnya dari kilang sama la kan? Saya pun nak beli yang jenis tin ni tapi takut nak beli sebab xfaham

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...