10 September, 2009

683





Dah masuk hari ke 20 dah kita berpuasa. Mana yang cukup lagi 20 , syukur sangat sangatlah kan. Mana yang dah ronggak tu , nak buat macam mana. Dah sifat azali orang perempuan. Yang mana hari ni , baru nak cuti , alahaiiii , sayang tull kan. Sebab malam ni malam ke 21. Malam ganjil tu .....



Duit raya dah tukar ker ?? pB dah , semalam. Sib baik ada sahabat yang kerja kat T*Point. So , boleh ler mintak tolong dia. Tiap tiap tahun , kalau raya jer , mesti cari sahabat sorang nie.



Banyak ker tukar ?? Tak banyak mana pun. Kena jimat cermat. Lepas raya ni , lagi banyak duit nak guna. Lepas raya puasa , raya haji. Lepas raya haji , dah nak masuk musim bukak sekolah pulak. Kena sediakan persiapan anak anak pula.


Menaip bab duit raya nie , siapa lah yang sebenarnya yang mencetuskan idea nie ??? Kalau raya puasa tak bagi duit raya , tak boleh ker ???


Budak budak sekarang pandai demand. Tu yang tak tahan tu. Paling koman sekarang , mesti bagi dua ringgit. Kalau bagi seringgit , budak budak tu cap kita 'kedekut'. Haru haru. Itu bagi seringgit , kalau bagi "SAMAH" , agak agak apa lar depa tu akan cakap ....


Kalau anak sedara , dapatlah yang merah. Kalau sepupu tu , dapat lar yang hijau. Rasanya tak ada dah sepupu yang sekolah , so save lah duit hijau tu. Kalau anak anak kawan , dapat lah dua rial. Tengok pulak , berapa lapis keakraban kita berkawan... Kalau akrab , lebih ler dari dua rial.

Kadang kadang duit raya ni , boleh jugak mendatangkan ketidakpuasaan dalam hati , yang sebenarnya.


Katakanlah , kita bagi anak kawan kita , dua rial. Tiba tiba , bila balik umah , anak kita bukak sampul yang kawan kita bagi , budak budak tu dapat 3 rial , atau lebih. Mesti rasa one kinddddd jer dalam hati , kan ....


Rasa masa tu , kalau boleh lah nak ambik semula sampul yang kita bagi kat depa tu. Dan tambah duit raya ....


pB jer ker yang rasa macam tu ?? You orang tak rasa bersalah ker ??????


13 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

budak2 tak leh pegang duit banyak2..

Webmaster@Echam said...

Pb,
Bui bapo pon tok kisoh janji ikhlas. Bakpo rase gitu??? Pb kelik bilo?? Sayo kelik jumaat petae. Malae tu mesti jem teruk.

Zareda Norman said...

Pb

zar tak terfikir pun hal ni.. ehheh bagi seikhlas hati jer dan semampu yg boleh.

Tapi selalunya Ika memang dapat lebih sebab dia sorang aje anak zar so selalu dia dapat special..:)

zino said...

agaknya zino la yg paling kedekut nak bagi RM kot.. benda ni dah di jadikan adat... (walaupun masa zino kecik2 dulu pun mengharapkan dapat duit hehe)

so anak2 sedara dah tau dah pakngah dia ni jarang bagi angpau.. kadang tu duit yg zino tukar tu bertahan 3 kali raya..haha..

so jangan ikut kaedah zino kalau rasa tak selesa hehe

maiyah said...

salam.. tak kira bg berapa pun.. hehe sy nak yg warna ungu tuh :D

shafarina said...

sebab itu siang2 set stended tinggi dah

huhu

Hanisumayyah said...

Yang sedihnya part bagi duit kat orang anak ramai...tiba tang anak saya sorang jer, kira tak berbaloi ler...dapat pulak anak saya jenis tak ambik port sangat kalau orang datang..dok leka main kat luar jer...sudahnya orang datang pun tak perasan dia dan tak bagi kat anak kita...sebab dah bercampur dengan anak2 kakak semua...sedeyyy...

chekgu BaniHassim said...

budak2 skg ni pandai komen...

tak bg kang baru tau...
haha

erm, saya baru tahun ke-2 nk bagi duit2 raye nih...
tahun ni mcm lebih sket rezeki...
lebih la kut dorg dpt...
rezeki utk mereka...

maiyah said...

sudi bik kad kat blog sy makasih

manlaksam said...

Pak man bagi sama banyak semua. Tak kira anak siapa.
Tak tahu lah apa mereka kata.

endiem said...

nak bagi pitih ikutlah kemampuan.. kalau bagi 50 sen pun ok gak, tapi kalau boleh bagilah yang unggu tu.

mother of two said...

tak kiralah... janji $$$$$... bak mai warna apa2 pun takper... syiling tak mau:)

xiiinam said...

Ada rezeki...beri dengan ikhlas...
Kalau kurang mampu....berilah semampunya....




Anak sedara belah ckLah ada 39. Belah suami laaaaagi ramai...siap dengan 5 cucu saudara lagi...aduih!

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...