14 September, 2009

687


Nak nak dekat balik raya ni , timbul masalah lar pulak.


Bukan masalah tak jadi balik , sebab memang akan balik. Rasanya tak pernah la pulak pB n the geng beraya di negeri selain dari negeri Kelantan DarulNaim. Masa bujang dulu pun , hari mula mula puasa dah terpacak depan kaunter bas transnasional beli tiket bas.


Kalau ikut plan asal , kita orang nak balik hari Khamis petang. Dalam pukul 3 petang , nak bertolak. Kira nya tunggu Kak Lang habis sekolah lah kan. Untuk si kakak dan si kak ngah , pB dah bagi cuti awal @ monteng sekolah.


Dah bagitau pun pada adik pB sebab tahun lepas kita orang konvoi balik bersama. Seronok sikit, lagi pun kalau terjadi apa apa dalam perjalanan pulang , tu ada yang boleh tolong. So , adik ipa pB pun apply lah cuti sekerat hari.


Then ,


pB dok fikir dah alang alang ponteng sekolah , baik ponteng terus. Tak yah lah nak sorang sekolah , dua orang ponteng. So , pB decide kita balik pagi Khamis. aBear orait aja. Tiada bantahan.


Plan baru ni , adik pB tak leh nak ikut sebab dia still ada kerja pada pagi Khamis tu , walaupun isteri dia boleh ambik cuti the whole day tu.


Ok , fine , no hal. Balik asing asing.


Kebetulan pulak , malam khamis ni , malam ganjil . Malam 27 Ramadhan. pB dok niat nak lah ber'Qiamulail' kat Masjid As-Salam. Biasanya qiamulail ni , start jam 330 pagi dan akan berakhir bila selesai solat subuh.


So , why not kita bertolak selepas subuh.. Insyaallah , akan selamat sampai sebelum waktu berbuka. Rasanya kalau setakat nak gie beli kuih muih kat Jalan Raja Dewa tu pun sempat lagi.


So , pB pun bagitahu lah my plan to my dearest hubby .....


Kat sinilah , berlakunyer konflik .......


aBear tak berapa setuju dengan plan pB nie.
Dia bagitahu kalau nak bertolak hari Khamis , dia nak bertolak pagi pagi. Kalau boleh jam 5 pagi , dah keluar rumah. Alasan yang dia bagi , dia tak mau sangkut kat MRR2. Tau tau jer lah , lebuh raya tu , memang pack kalau hari kerja. Lebih lebih lagi dekat area Pandan Indah tu. Boleh ambil masa kira kira 2 jam jugak tu untuk sampai ke Gombak dari Puchong .
Sesiapa yang kenal aBear ni , memang tau perangai dia. Dia memang 4bia dengan kesesakan jalan raya. Kalau boleh dia nak ELAK sangat sangat.


Hmmm .....


Kalau tak bertolak pagi , then , kita orang akan ikut plan asal. Bertolak selepas zohor. pB lak rasa macam rugi jer.... Dah alang alang boleh berbuka kat kampung , last last berbuka dalam kereta.

Kalau bertolak mengikut apa yang pB plan , insyaallah Qiamulail dapat , berbuka di kampung pun dapat dan insyaallah dapat juga berterawih pada malam 28 Ramadhan tu (kalau tak letih lar,kan).


Apa pendapat anda semua ?? Ada ker cara lain untuk selesaikan dilemma ini ??????

8 comments:

ibundo said...

pB main osom je dengan abear tu. Sapa menang ikut plan dia hik..hik..

rumah kuning said...

bincang le elok2. hehehe
kat kb lonih jemm berat mcm kl jugak.

Hanisham Ab Halim said...

Pb,
Bawo bincae molek dgn abear tu.. I'allah ada jalan penyelesaian nnt...

Achu Tra said...

pB..bakpo ikut MRR..masuk NKVE tubik Jalan Duta..masuk DUKE..tubik DUKE terus juppo KARAK Hway..ambo sekak ado DUKE nih.. tok ssakut mano2 doh..TRA la deh insyaallah lancar perjalanae...gn lupo berdoa!!

Sha said...

salam;)
seronoknya nak balik....
mana gi pun tetap jamm sbb semuanak balik kg. Apa2 berhati-hati semasa mamandu.

Eliss said...

buat solat istikharah jer la :)

attyfir said...

takpo..gosok lagi abear tu..
selamat hari raya& maaf zahir & batin.

Irfa said...

emmmmmmm..no komen tp org lelaki selalu x suka plan last minute atau tukar2 plan..xkisahlah asal buleh balik kg

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...