Jalan raya yang masih lagi lenggang.
Bandar Kuala Krai
Angsa dah masuk kandang.
Yang hijau tu lah , air KATARI
Oklah dulu. Got to go. Nak sambung jahit manik kat lengan baju kurung Kakak dan Tok Ma. Tak pernah pernah ada pengalaman nie... Bedal ajaaaaaaaa.
Kali ni , semua perancangan balik kampung kacau bilau. Semuanya tak ikut plan. Plan asal , balik Khamis petang. Then tukar ke Khamis pagi. Last last , pagi rabu dah keluar dari Negeri Selangor. Bukan sebab nak beraya sakan atau tak sabar balik ke kampung , tapi sebab tak mau sangkut dalam jem yang tersangat sangat teruknya. Setakat ni , alhamdulillah , tak pernah lah kami sekeluarga sangkut dalam perjalanan yang makan masa selama 10 hingga 12 jam tu.
Alhamdulillah , perjalanan dari Puchong ke KB dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Pemurah. Kami keluar rumah jam 5 pagi , berhenti solat subuh di Petronas Karak dan sampai di rumah mertua tepat tepat jam 12 tengah hari. Ibu mertua pB pun terkejut sebab tak sangka kita orang balik begitu awal.
Petang semalam , sempatlah membeli juadah kuih muih di perkarangan Stadium Sultan Mohamed IV. Rambang biji mata. Rasanya semua kuih muih nak dibeli. Akok , jala emas , buah tanjung , tepung tukir. Air minuman tak yah cakap ler. Macam macam warna . Last last pB beli jugak Air Ketari. Air apa tu , entah lah. Tapi memang sedappppp .... aBear beli air kelapa dan untuk anak anak , air soya. Yang syok nyer masa beli agar agar ros , Kak Lang terkejut sakan , sebab kat sini , agar agar harganya 20 sen sekeping. Masa beli kat Shah Alam , 50 sen sekeping. Jauh bezanya kan ....
Berbuka simple sahaja. Tiada ayam percik atau nasi kerabu. Cuma daging masak kicap jer dan bawak masak merah. Kat Stadium jumpa percik perut ayam. Wahhh dah lama tak makan tu. Mesti beli . 5 cucuk , harganya baru seringgit.
Petang ni , nak ke Stadium lagi. Mesti ramai , mesti pack dengan perantau perantau. Kebanyakkan perantau dah sampai pagi tadi. Kat bandar KB pun , dah banyak kereta plat luar , pB tengok pagi tadi. Insyaallah , malam ni , nak g cari Colek kat Kampung Cherang ...
Ooo lupa , anak anak ada yang tak sihat. Batuk tak berhenti henti. Mudah-mudahan by raya time , semuanya kembali sihat ...
Yang hijau tu lah , air KATARI
Oklah dulu. Got to go. Nak sambung jahit manik kat lengan baju kurung Kakak dan Tok Ma. Tak pernah pernah ada pengalaman nie... Bedal ajaaaaaaaa.
13 comments:
air katari tu air buah kedondong kan..
Syok Pb dah sampai kampung, kami esok baru berangkat
Raya sakanlah kiranya tu. Awal anak2 pB cuti sekolah hehehe
selamat pB sampai alhamdulillah...salam aidilfitri maaf zahir bathin.
salam:)
dah sampai kampung, tahun nie beraya sakan nampak?
sedap nampak air hijau tuuuuuuuu
Kena try Murtabak Raja jugok. Kat pasat ramadhan pun ada. Air Halia jalan Yaakubiah tu best gak.
Dah sampai kampung... haha seronoknya. Saya belum tau lagi bertolak bila........
Selamat hari raya Aidilfitri.
Dgn salor tak jauh mana kampung saya tu... saya di Tok Uban tapi dekat dengan Kubang Cnenok.
Alhamdulillah dah selamat sampai pB sekeluarga...
cm ada meeting pagi Jumaat lps meeting baru boleh kelik.... hubby pun dah buat muka sbb dia dah cuti 17/9 dan nak balik berpuasa dgn abang dia yg akan beraya di Kuching.... nasib baik hubby sanggup tunggu kalau tidak ada yg kena tinggal dan terpaksa terbang (wpun sebenarnya best gak balik terbang tak letihhhhh)
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin....
cm
elok cepat gerak, elakkan jem, takler frust sgt nanti :)
maaf zahir dan batin
selamat hari raya pB dan dr jauh akak pohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa semasa kita berkenalan.
seronoknya boleh balik kampung, banyak pengalaman yg tak bisa dilupakan....minal aidin walfaizin.
salam.. seronok nyer balik kg.. meriah ler gitu.. selamat hari raya
alhamdulillah..
selamat hari raya..
ps: Kg Cherang tu dah dekat dengan rumah Kak Zan tu..
jemputlah kerumah raya ke 4.
1st raya kak zan kat jerteh tahun ni!!!
selamat balik kampong.... dan selamat hari raya...
Post a Comment