26 October, 2009

714

Sabtu yang lepas , pB bersama aBear beserta adik dan isterinya meronda ronda , menjelajah bandar Muar (MUO). Anak anak kami tinggalkan dirumah bersama dengan TokMa.

Tujuan kami berempat ke bandOr MuO tu bukanlah sekadar makan angin tapi ada Udang diSebalik Mee Hoon. Kami kesana kerana mencari rumah UNTUK DisEwA.

Yup ....
Mencari rumah ....

Adik ipar pB , insyaallah tahun depan kat bekerja di Klinik Pergigian Jalan Meriam.
Belakang Ibusawat Telekom jer , klinik tu.



Ini signboard yang jumpa lepas keluar dari Highway PLUS.

Ini lak permandangan dari jambatan menuju ke BandOr MuO.


Mula mula kita orang ke Bandar Maharani. Tengok rumah kat situ. Cantik cantik sebab kawasan tu kawasan perumahan yang baru, dekat sangat dengan Ikan Bakar Sabak Awor.

Bye the time , selesai tengok umah tu , perut dah mintak diisi. Kalau dah datang MuO , mestilah cuba masakan asam pedas. Kebetulan aBear dah biasa out station di Muo , so dia tahulah kedai mana yang sodap.

Makanya , kami berempat makan lah di Jalan Jonid. Memang sodap asam pedas kat situ. Kat situ jugak , pB jumpa kedai yang jual perencah Mee Bandung .





Tengok tu , macam macam ikan yang ada.
Kepala ikan merah , mabong , siakap.
Memang beratur.

Tak pernah makan nie.
Tengok pun tak pernah.
Saper yang tahu, ini apa benda.

Ambiklah jugak satu bungkus.
Sebab nak cuba.
Ikan tenggiri yang dibungkus dengan daun ubi kayu dan daun apa entah ,
diletak rempah rempah dan dikukus.
Macam pais ikan pun yer jugak.

Tu dia...
Licin tinggal kuah jer.
4 orang makan , kena RM50.
Mahal ker?
Murah ker?

Janji dengan ajen rumah jam 2 petang.
Sempat solat di Masjid Sultan Ismail. Cantik masjid nie.

















Ini pulak kat Taman Tanjung Emas.
Cantik ...



Pusing pusing cari rumah , Sg Abong kita orang pergi , Tmn Kelantan Muor pun kita orang masuk. Tapi , orang Muor ni rasanya sayang umah kot. Langsung tak jumpa pun sign board kata umah untuk disewa. Yang ajen bawak tu pulak , kebanyakkannya area kawasan Cina. Adik pB kalau boleh tak mahu lah dok dalam kawasan yang tak ada surau , masjid nie.


Satu yang pB perhatikan , kat Muar ni area tV memang tinggi.
Kalau tak tinggi , macam mana nak dapat siaran tV dari Singapura dan Indonesia.








sempat lagi singgah kat kedai jual perencak Mee Bandung , Mee Rebus , Soto.
Inilah perencah yang femes a mos tu ...
Cap ADAMI.


Dalam perjalan pulang , kami singgah pekena mee bandung di
hadapan Sekolah Menengah Sains Muar.



First time makan , kerang dan kupang bakar berempah.
Sedap wa cakap luuuuuuu.
Memang berbaloi baloi ...





Dah habis , baru ingat nak ambik gambar ...

Perjalanan yang menyeronokkan walaupun letih. Rumah masih belum dapat dicari.So , pada sesiapa yang berasal dari Muar , tolong lah pB ..
Tolong rekemenkan pada pB kalau ada ada sedara mara yang punyai rumah untuk disewa di kawasan bandar Muo tu ....

pleaseeeeeeeeeeee !!!!!!!!!!!!!

13 comments:

kakcikseroja said...

ok la tuuuuuuu... 4 orang makan RM50 je... berbaloi...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tak penah sampai muo...
dan tadak rumah utk disewa :)

~0~ said...

wah...sonoknya...tp suke pic signboard tue...seb bek xsuke mancing...heheheh

pB said...


~O~
pB dan aBear pun tak suka memancing...pB pun suka gak signboard tu...





ELIS

Buleh gie tu. Bukae jauh pun.





KAKCIKSEROJA
Memang makan di Muar tak mahal, sebenarnya, Mee Bandung sepinggan baru tiga rial setengah

ima said...

Kami ni tiap2 bulan pergi muar...tak jumpa pulak kedai makan asam pedas tu, ni nak kena cari nih...

Rohaniah said...

jauh jugok tu jalan2 tu...

Sha said...

salam:)
Jauh perjlnan. Jumpa rumah sewa tak? Dlm n3 asyik gi makan aje. jalan-jalan cari makan nie.

Rashid said...

wahh bukan main jalan jalan cari makan tu.. tentu rasa puas je bila balik kat umah. terus zzzz.. hehe

umie@kakyong said...

pb... cakap pasal muo ni... teringat kat mee bandung muo.. perghhh... kalau pb nak sewa rumah boleh umie tolong saudara umie carikan... kot2 la dia boleh tolong...

mum2h said...

salam kak, saya nie SR akak..

Yang ikan tenggiri berbungkus tu nama dia botok-botok

manlaksam said...

Harap-harap ada lah orang yang nak bagi sewa rumah tu.....

ummu masyita said...

Salam,
uwaa,rindunya Bandar Muo ku.harap2 dah jumpa lah erk rumah sewa tuh.Ya setuju dengan mum2h,nama ikan yang dibungkus tu daun tu,Botok-botok.

ummu masyita said...

Salam,
uwaa,rindunya Bandar Muo ku.harap2 dah jumpa lah erk rumah sewa tuh.Ya setuju dengan mum2h,nama ikan yang dibungkus tu daun tu,Botok-botok.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...