02 November, 2009

721


Hari khamis lepas , Pb dan aBear bercuti. Depavali kan jatuh pada hari sabtu jadiknya tempat kita orang bekerja , bagilah CUTI GANTI. CUTI GANTI ni kena ambil dalam masa sebulan. Tahun ni Depavalee jatuh pada 17hb Oktober (hari SABTU) , jadi sebelum 17hb November kita kena ambil. Kalau tak ambil , cuti tu lenyap macam tu jer, HANGUS !!!!!


Pada malam sebelum cuti , pB dah bagitahu pada aBear yang pB nak cuba nasi lemak yang femes kat Kay El. Nasi Lemak TangLin. aBear punyalah tak mau sebab katanya dia pernah dapat email yang dok cerita tempat tu kotor dan tauke nyer Cha Ya Nun Alif.

pB punyalah tak puas hati , terus sms dengan bro Zino.
Bro Zino ni kan kira macam Datuk Bandar KL.


Antara sms balasan dari Bro

-> Nasi lemak tu melayu tp ada juga kedai cina situ.
-> Tempat tu jadi tumpuan cuba datang hari sabtu atau minggu ... ramai orang 90% melayu
-> Alasan tak nak pergi la kot he he he
-> Cuba layari website nasilemaktanglin.com utk menguatkan hujah ..


pB bgtau aBear , kita ke sana dulu , kalau tempat tu macam tempat yang dia dpt email , kita cancel dan makan kat tempat lain jer. Sib baik , hujah diterima.


Pagi tu merayau rayau lah kita orang. Jumpa Jalan Cendarawasih , then dia bawak pB ke Balai Polis Bukit Aman. Memanglah kat depan tu ada gerai makan , tapi itu bukanlah tempat nasi lemak Tanglin dijual. Sib baik. Pusing punya pusing , jumpa jugaklah gerai tu. Betul betul depan Poliklinik Tanglin.


Teringin nak makan ikan bakar ,
tapi tak masak pun lagi.
Awal sangat .....



Beratur dulu sebelum dapat makan.




Nak kata sedap sangat , tak lah jugak. Rasanya sedap lagi nasi lemak kat Restoran Gembira. Tapi oklah kan , sebab akhirnya dapat juga rasa Nasi Lemak Tanglin nie.

Lepas makan , kami ke One Utama. Dah lama tak ke sana. Sejak One Utama tu disambung sambung , memang tak pernah sampai pun.

Tak ada tujuan langsung pun sebenarnya , just nak habiskan masa bersama-sama. Masuk kedai , keluar kedai. Tak ada pun yang berkenan. Kalau berkenan , mahal la pulak. Nak tekan tekan siaBear , kesian pulak. Tengah tengah "pokai" ni. Dia ada gak cakap , belilah , kira hadiah harijadi , tapi tak sampai hati. Hu hu hu.

Biasanya kalau kitaorang lepak lepak , kita orang akan tengok wayang. Tapi sekarang ni , macam tak ada cerita yang best pun , so , tak lah masuk panggung.

Bila dah lenguh berjalan , perut pun lapar. Mula mula ingat nak makan kat The Chilli's tapi jumpa Seoul Garden. Dah lama tak makan ala ala steamboat nie. So, apa lagi ....


























So far so good makan kat Seoul Garden nie. Cuma bagi kita berdua , macam rugi sikit. Sebab kita orang bukanlah ada tangki yang besar. Makan sikit pun dah kenyang. Macam macam lauk pauk yang boleh dipilih. Daging , ayam. Kalau seafood pulak ada udang , ikan , sotong dan juga kepah. Perlbagai perisa yang mereka guna untuk bahan perapan. Ada tomyam , black papper , cili dan juga teriyaki.

Kalau tak nak yang heavy , salad sayur dan juga salad buah-buahan disediakan. Desert pula ada puding 2~3 jenis , ais krim pun ada. Kalau tak silap 6 jenis perasa ais krim. Kalau tak nak ais krim , kita boleh buat sendiri ABC atau Cendol. Air minuman pun ada 8 jenis. Pilih jer.

Pendek kata macam macam ada lah ..... Kalau nak kesini , sila pastikan perut anda kosong. Kalau tak rugiiiiiiiii . Nak berulang alik 100 kali ke food station tu , tak ada saper yang nak marah atau larang pun.

Lepas makan , jom kita balik. Masa kat One Utama tu , pB cuma beli roti jer kat Bahome Jaya Jusco. Apa daaaaaaa , itu jer yang beli. Buat rugi masa jer.

So , itulah yang pB buat masa cutii ganti hari tu .....


Note tambahan:

Semalam , for the first time , pB masak nasi beryani. Seumur hidup tak pernah pun buat , asyik reti makan yang dah siap jer. Senang gituk sebab guna perencah segera Nasi Beriani Gham keluaran Adami. Memang best. hi hi hi. Puji diri sendiri tuuuuuu ....

19 comments:

aNIe said...

PB...akak dan Kak Sya dah berpakat nak ke Seoul Garden...tapi tak tau lagi bila masa yang sesuai...nampak mcm sedap je tu...

Nasi lemak Tanglin...macam mengidam plak...heheh...ni kita treat harijadi lah ye...?

kakcikseroja said...

Hmmmmmm.. baru teringat, dah agak lama juga kakcik tak gi makan tengahari kat Ikan Bakar Tanglin tu... nasi lemak tu, tak de la best mana pun (eceh.. kondem la pulak..)..dan mcm2 versi/cerita dok ada ttg NLT tu.. wallahhuaklam..

Achu Tra said...

wah3x...honeymoon kak kito nih...bakpo to ajok ambo hok tangki besa nih..buleh tulong dedeh..he..he

KAMATO said...

tak sedap nasi lemak tu pun tak pa, yg penting hajat tercapai dan dapat jln bedua2an

Yunus Badawi said...

Romantiknya jln berdua aje.

Dah makan nasi lemak mmg rugi pergi ke Seoul Garden sbb perut masih kenyang. Tapi takpelah asalkan bahagia berdua.

pB said...


YB

Bukan selalu pun.

Makan nasi lemak pukul 930 pagi. Makan Steamboat jam 12 tengah hari.

Jeles gak asyik tengok YB jer bahagia.

Webmaster@Echam said...

pB,
Seronok kan sesekali honeymoon ni. Bukan selalu pun..

pB said...


BRO K
Betul tu. Lepas ni nak ajak dia gie makan Nasi Lemak AntaraBangsa pulak.






ACHU TRA
Nok ajok lagu mano , demo tok bui pun no tepong.






KAKCIKSEROJA
Actually, memang tak berapa sedap pun. Tapi tak tau kenapa begitu terkenal.






KAK ANIE

Nak join sama boleh???

pB said...


ECHAM
Lagi best , kalau malam tu tak yah balik umah. Bermalam kat mana mana hotel kat KL. he he he

Che Ma said...

bestkan dating... nasi lemak tanglin dulu yg bawah pokok sedappp bila dah pindah dah kurang sikit... mcm nasi lemak antarabangsa dulu amat sedappp sekarang pun dah kureng.. tapi masih jugak cm makan sbb fevret hubby kul 12 mlm pun kami berembun makan kalau dia teringinnn

seoul station tu nampak sedap tapi tak dpt le cm nak cuba makan sbb hubby rasanya TAK MUNGKIN akan masuk kedai mcm tu..tak reti dia makan steamboat tu...nasibbb

pB said...


CHE MA
Biaso doh lar , dulu sedap. Bilo doh femes , jadi kurae sedap...

Bakpo dio tok suko?? Sedapp..
Kalu dio tok sir gie , kito gie duo jah lahhhh ...

Buleh ?

Zareda Norman said...

PB, zar rasa sejak NLTanglin ni pindah kat kedai, nasinya dah taks edap macam bawah pokok dulu.. zar pun dah lama tak makan ansi lemak.. maklumlah diet hehheheh

maiyah said...

wah jenjalan honeymoon ngan juadah lagik :D

tulipurple said...

best best best...!

Otromen Taro said...

Tokey nasi Lemak Tanglin tu islam, nama dio Zainal Abidin,main badminton sekali dgn ambo..

Acu tra nasi beriyani gam kat tempat parking dpn pitu gerbe Ibu Pjbt Polis Bkt Aman tu. Dia jaul atas lori putih jah kat tepi public toilet. Napok ramai sungguh ore duk make time smaye jumaat baruni. Puyuk laut pulok besar2.

pB said...


OTROMEN TARO

Wah.. demo aktif bersukae ghupo2nyor.

Bukae senae nok buleh gie tu..
Tapi tak po , nanti pB suruh aBear g tra dulu.





TURLIPURPLE
Nie dah bersalin ker belum nie???





MAIYAH
Sekali sekala.

Pak Man laksam said...

Sungguh berkualiti hari cuti tu.....

Zaki said...

bila la boleh jalan-jalan berdua2an macam ni gretek....

AZANI said...

ulasan backlog....satu hari nnti kita pun nak cuba...sedap nampak ...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...