04 November, 2009

723


Hari tu , pB tengok Orpah Show.

Isu : Why Man Main Kayu Tiga ???

Jemputan Oprah malam tu , seorang penulis .


Menurut kata penulis ni (by the way , writer ni sorang lelaki)


Dalam hidup lelaki , dia perlu ada


1) LOVE


2) SOKONGAN/SUPPORT


3) SEKS



Kalau salah satu ni , tak ada , maka lelaki akan mula mencarinya walaupun dia sudah beristeri atau punyai kekasih.


Love , semua orang tahu apa itu love. Begitu juga hubungan intim . Sokongan itu pula , katanya datang dalam pelbagai bentuk. Memberi pujian juga merupakan sokongan.


Contohnya :


Our man buat kerja or projek kat pejabat. Dan he's doing a really good job. Bila dia balik ,dan dia bercerita , dan isterinya buat tak tau jer , or did not say something nice , maka dia akan sedikit kecewa. Then , bila dia ke tempat kerja nya , dan ada awek awek yang puji dia diatas kerja yang dia buat tu , itu pun boleh menyebabkan dia beralih arah.....


Pendapat pB pula ,


wanita pun perlukan tiga perkara diatas. Kalau salah satunya hilang , besar kemungkinan juga , wanita itu boleh bermain kayu tiga.

Tak gitu????

18 comments:

Eliss said...

rasanya mcm tu laa kan..kan perempuan dan lelaki tu saling berkait :)

Anonymous said...

Sorri pB mencelah...bagi pompuan atau isteri bukan kayu tiga....tapi main luar..

Boleh ke kalau kita nak buat cam tu pB..kita pun rasa macam nak buat macam tu gak..hubby mcm tak faham je apa rintihan hati dan perasaan kita..Dia nak kita je faham dia.Bila nak kita kena bagi..tapi apa yang kita dapat tak sehebat mana pun..sedih sangat..Kerja bersama tapi bila kuar dia je yang boleh..kita ni jadi pengunggu rumah gan anak-anak.

Kalau kita buat tenguk macam mana dia rasa...

..isteri sepi...

Unknown said...

btol2...saya sokong pB...hehehe

tulipurple said...

bak kata nabi,keluarga bahagia ada taa'wun di dlmnye....give n take,tepuk dada tanya iman.
sis,kalu dia main kayu tiga...kita main kayu 13...ok tak?huhu...

Kakcik Seroja said...

pendapat peribadi kakcik.. yang ketiga tu kurang diperlukan berbanding dengan yang pertama dan kedua... :)

Hanisham Ab Halim said...

erkkkk.. rase nyer mmg camtulah...

Maiyah said...

skrg mmg takde yg pelik lagik

lelaki n pompuan sama aje :D

Mother of Two said...

setuju!!!!!!! tapi ntahlah..semoga keluarga kita dan pembaca yg lain terhidar dari perkara2 yg mendatangkan dosa2 besar

aNIe said...

Hmmm...oleh sebab itulah...suami dan isteri mesti memahami hati dan kehendak masing2...

Kalau suami main kayu 3...isteri pun main kayu 3...alamatnya nanti musnahlah masyarakat kita...

IKHWANI said...

Sekalo singgoh sokmo ssini tapi baco sajo jah, hari ni braso nok tulih duo-tigo patoh..

Apa yang telah di-mentioned kan dalam oprah tu betul blako..

dan kita sebagai isteri pun sama jugak sebab dalam Al-quran kata suami dan isteri ni saling melengkapi...

Ujian dalam hubungan suami isteri ni sentiasa ada sebab syaitan kan tak suka tengok rumah tangga yang aman damai sedangkan dia dah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia. Kalau runtuh lah sebuah rumah tangga, seronoklah syaitan.

Jadi, ujian bagi setiap rumahtangga tentu tidak sama...

hubungan suami isteri ni termasuk dalam hubungan sesama makhluk dan hubungan sesama makhluk ni mesti ada Khaliq (Pencipta yakni Allah) yang menyatukannya..

Kalau ada hubungan suami isteri yang renggang, itu petanda sama ada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali telah renggang hubungannya dengan Allah.

Maka, kalau kita nak perbaiki hubungan antara suami dan isteri, baikilah dulu hubungan dengan Allah.

Semaklah solat kita yang menjadi tiang agama tu dah cukup lengkap atau pun asyik dok buat solat kombo je. Solat kombo ni biasanya orang yang sengaja lewat2kan solat zohor nya supaya dia tak buang waktu, lepas tu boleh terus solat Asar. Astaghfirullah...

Semak dalam rumah tangga kita banyak ke perkara mungkar yang kita sama2 buat??

Kita suami isteri selalu ke bangun solat malam memohon pada Allah??

Ada tak kita suami isteri bersolat jemaah di rumah?

Macam mana dengan Al-Quran?? Adakah kita suami isteri menjadikan tadarrus al-Quran sebagai amalan di rumah?

Suami pulak, rajin ke berjemaah ke masjid, mendengar ceramah2 ilmu??

adakah isteri2 hanya menjadi penunggu program astr0 yang tak habis2 tu? hinggakan terlena pun masih dok pegang remote Astr0????

Makanan yang kita beli adakah betul-betul halal???? atau syubhah??

Muamalat (jual-beli) kita yakin kah kita betul2 islamik?? Atau kita selalu dok tenyeh kad kredit yang menyokong sistem riba??? Lebih malang kalau kita beli makanan dengan membayar dgn kad kredit. Dah lah hutang, tambah pulak dgn riba. Lepas tu makanan tu jadi darah daging kita? anak2 kita??

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita baik yang kita anggap elok mahupun sebaliknya merupakan "didikan" daripada Allah. Terpulang pada kita untuk menghalusi masalah tersebut. Akal Allah dah bagi, gunakanlah dengan sebaik-baiknya...

TIDAK ADA JALAN KELUAR SELAIN KEMBALI KEPADA ALLAH DAN MENGADULAH HANYA PADA ALLAH, JANGAN KITA SENGAJA PERGI CARI ORANG KETIGA LEPAS TU BERLAINAN JANTINA PULAK BIARPUN ORANG TERSEBUT SEORANG YANG KITA ANGGAP BANYAK ILMUNYA..

Banyak lagi lah kalau nak bincang topik ni. Apapun, marilah sama2 kita berdoa supaya Allah jauhkan cubaan yang berat2 melanda rumah tangga kita. Ameen.

p/s: sekadar berkongsi apa yang dibaca.

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man setuju dengan pendapat OO tu. Kalau tengok rancangan Oprah tu tak dapat ilmu yang berkaitan dengan Islam ni. Tengok tu boleh, tapi lepas tu bandingkan lah dengan apa yang di suruh dalam Islam.

Che Ma said...

sekadar pandangan cm - suami isteri kena juga jadi best and good friend to each other... jangan hanya jadi suami atau isteri takut akan timbul ruang-ruang kosong dlm hati... we must talk, share, laugh, cry, together... alamakkkk betul ke... tapi itu yg cm rasa selama 12 thn yang lalu...

endiem said...

setuju dengan OO .

WRA said...

PB, jom gi dengar ceramah rumahtangga pulak hari Jumaat malam (esok malam lah tu) ni...mesti best jugak...hehehe

NONIE AZIZ said...

Setuju ngan OO...

adanz said...

panjang betui komen2 disini, lebih panjang dari entri.

apa2pun pB, suami isteri kene ada peranan dua hala dan kene sedar peranan masing2. saling memberi dan menerima!

AuntieYan said...

Salam pb,

He!..he!...bernas-bernas belaka komen-komen di atas tu.
Auntie tumpang dengar nasihat tu. :-)

Irfa said...

GITU PULOK..MAce2lah alase

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...