Pagi ni punyalah kelam kabutnya ....
Bangun awal , 6 pagi dah sedar. Cheh , bangun jam 6 pagi pun nak riuh. Orang lain bangun pukul 5 tak bising pun. pB bising ler sebab pB jarang bangun jam 6. Biasanya jam 630 am baru jaga.
Pagi ni nak ke LCCT hantar Tok Ayah. Tok Ayah mai sini hari khamis lepas. Flight Tok Ayah jam 11 pagi. pB punya plan jam 730 pagi. Tok Ayah dok ingat jam 8 pagi baru nak keluar umah.
On the ke LCCT pulak , mengalami kesesakan jalan raya. Ada lori air batu terbalik. 2 lane jadik satu lane. pB kalau nak ke LCCT , pB ikut jalan belakang jer. Tak ambik Highway PLUS tu pun. Ikut PutraJaya , lalu depan PICC then arah Bandar Salak Tinggi. Safe sikit duit tol.
Selamat sampai LCCT jam 900 am. Bye bye , cium cium , peluk peluk terus patah balik hala ke Puchong. Tak leh tunggu lama sebab techinician Panasonic nak datang umah. Peti sejuk buat hal lagi. Padahal bulan 6 hari tu dah masuk workshop. Bulan ni sakitnya datang semula.
Sempat singgah minum jab kat kedai mamak kat Puchong Utama. Sekeping roti canai share tiga orang. Bukan sebab kedekut tapi sebab rasa macam dah rushing sangat. Selera makan pun dah kurang.
Sampai umah , techician tu dah ada dah. Dok operate perut peti sejuk tu. Tapi , katanya hari ni dia tak leh nak buat sebab ais terlalu tebal. Peti sejuk tu perlu dioffkan dahulu dan biarkan ais tu cair baru dia boleh bukak all the isi perut. Kalau dipaksa-paksa , dia risau nantikan ada pulak usus usus yang putus.
Bila dah jadi macam tu , kena pulak transfer semua barang dalam peti sejuk tu kedalam frezer. Tak kan nak tinggalkan macam tu pulak. nantikan tiga hari empat malam , Tok Ma tak berhenti bagi ceramah percuma. So , kenalah simpan segala neka barang tu dulu.
Masa tu dah jam 1030 pagi.Lewat lewat memang lewat lar masuk pejabat. Sib baik perjalanan dari rumah ke pejabat , tak sangkut. Selamat sampai pejabat jam 11 pagi. Punch dan isi borang lewat datang ke pejabat.
Jab lagi , pukul 12 tengah hari , nak keluar ke CyberJaya pulak. Ada seminar kat situ. Actually seminar tu tak ada kaitan dengan kerja pun. Ceramah tu lebih kepada kekeluargaan. Penceramahnya ialah Haji Hushim B Haji Salleh. Dan tajuk nya pula ialah 'KELUARGA INTIM".
So , better stop dulu sebab dah pukul 12 tengah hari. pB see u all esok nyerrrr...
Chowwww chinnnn chowwwww
11 comments:
Selamat mendengar ceramah pB :)
nak mintak tukar baru tu agaknya peti tu..hehehe
nak minta hok yg baru lah tu fridge nya
Semoga bertambah keintiman nya.
cam best je tajuk ceramah tue
bagus tajuk tu, moga dpt manafaat :)
pagi ni ramai yg masuk opis lambat sbb lori ais yg terbalik tu lah..
sib baik saya x lalu jalan tu
aduhhhhh....sakitnya..
ingat nak ambik cuti tapi sayang lak kat cuti tu...
biarlah lambat pun tak pe masuk pejabat..sebap ada alasan lori ais terbalik...
New KID..
Uiks!! Sibuknya ari ni...patut lah bangun 6 pagi...hehehe...
Psst..! Akak pun bangun 6.30 tau...tapi kalau sesekali bangun 6.00 mesti heboh jugak...hahahah
hak hak hak ore bangung 5.30 tok gege pun....
salam pB;
Best lah tajuk ceramah tu.
Bila banayk travel ni, kita memang akan temui banayk peristiwa tak disangka.
Post a Comment