11 November, 2009

730


Isnin lepas , pB berpeluang mendengar ceramah yang bertajuk
"Keluarga Intim".
Lokasi nya di Cyber Jaya.


Penceramah nya pula ialah orang yang femes amos macam biskut tu.
Selalu sangat wajah nya kita lihat di TV3.
Bukan Fadilah Kamsan tetapi
CR HJ HUSHIM BIN HJ SALLEH



Antara yang disampaikan :

  • Semua manusia akan ada STRESS.
  • Tahap stress manusia berbeza - beza antara satu sama lain.
  • Cara manusia menghadapi stress juga berbeza beza.
  • Apabila kita ceria di rumah , kita akan ceria di pejabat. Ianya berkait rapat antara satu sama lain.
  • Apabila kita tak gembira , tahap produktiviti kita akan menurun.
  • Stress diperlukan didalam rumahtangga atau pun pejabat.
  • Kita perlu menganggap stress itu sebagai satu alat motivasi.
  • Menurut WHO , manusia diukur dengan lima tahap ukuran
  1. IQ = Kekuatan Mental
  2. EQ = Kecerdasan Emosi
  3. SQ = Kecerdasan Sosial
  4. SQ = Kecerdasan Rohani
  5. FQ = Kecerdasan Fizikal

Mengikut kata Hj Hushim , sekarang ni ada macam macam cerita dalam rumahtangga.
Ada suami yang kawin lain , ada anak 2 , isteri pertama baru tahu. Yang peliknya , isteri pertama tu hairan , macam mana suami ni boleh kawin lain , sebab tiap tiap malam , suami dia tak pernah tak balik rumah. Tiap malam , ada jer tidur dengan dia.

Hj Hushim cakap , apa susah sekarang nie. Hotel kan banyak. Apartment pun ada keliling pejabat. Nak projek bukan nya lama pun. Waktu makan tengah hari tu pun dah cukup untuk penuhi keperluan masing masing.

Katanya lagi , ramai suami suami yang datang berjumpa dengannya . Bercerita tentang hubungan sulit. Nak kawin , takut isteri pertama larang. So , buat hubungan terlarang. Dalam kes ni , isteri tu jugak yang dapat dosa. Bukan suami dan mitress tu sahaja. Berdosa sebab melarang suami tu beristeri lain , sedangkan suami tu mampu.

Katanya lagi , kita orang perempuan ni suka mendengar kata kata romantik dari orang yang kita sayang. Sebab tu , kita orang perempuan suka tanya "Abg , abg sayang kita,tak?? Kita suka kalau suami kita tunjukkan kasih sayang , tapi orang lelaki ni susah nak tunjuk . Kalau dapat suami yang jenis open minded , ala ala orang putih tu , bersyukurlah. Bila ditanya kenapa lelaki susah untuk pamirkan kasih sayang , Hj Hushim cakap sebab cara didikan ibubapa mereka.

Actually kan , banyak benda yang dia bagi , dah lah banyak , laju lak tu. Sampai pB tak sempat nak salin. Hu hu hu.

Tapi dari apa yang pB dapat petang tu , untuk melayari bahtera rumahtangga bukanlah senang macam buang sampah merata rata tu. Perlu pada kesabaran , saling percaya mempercayai , tolong ansur , faham memahami keperluan masing masing.

Tapi kan , senang cakap dari buat. Nak praktik tu , ayaaaaaa manyaakkk susahhh wooorrr. Kena pulak sebelah pihak jer yang ada daya mencuba.

Apa apa pun , pB seronok hari tu. Masa balik , sampai sesat ke diri. Jalan mana entah pB masuk. Tengok tengok sampai Kg Sri Meranti. Sib baik sampai gak umah.




8 comments:

Anonymous said...

So macam mana ada perubahan ke dalam diri mu pB...buat le perubahan sikit... -make ur friends close not ur enermies by MAFIA'KL-

ckLah @xiiinam said...

Suka cara ustaz ni bercakap..

Anonymous said...

Setiap perkara yang baik kearah kebahagian suami-isteri dan keluarga mudah2an mendapat hidayah dan petunjuk dari Nya Allah swt, insyaallah...-make ur friends close not ur enermies by MAFIA'KL-
p/s; Hi anon...diatas..! dah takde ke signature sendiri...u used my sign ok...-MAFIA'KL-

en_me said...

hensem ghitewww.. ehehe

Kakcik Seroja said...

Masa ofis kakcik buat Team Building dulu pun, gunakan khidmat BTBM ni gak.. memang best..

risanur said...

mesti menarik ceramah tu sampak akak pB boleh tersesar memikirkan kaedah utk mempraktikkannya...

Hanisumayyah said...

Yerlah saya setuju apa ustaz tu cakap....muka ustaz ni manis macam sentiasa tersenyummm jer...

Maiyah said...

kalo ceramah mmg minat nak dgr :)

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...