Seringkali kita dengar dimana mana ceramah rumah tangga , atau pun kita baca mana mana buku yang berkaitan dengan rumah tangga , akan ada kenyataan ini
"Barang mana suami itu tidur dalam keadaan marah kepada isterinya , maka pastilah makhluk yang ada dilangit murka kepadanya sampailah suami mahu redha kepadanya".
Biasanya ayat ini dibaca apabila pihak penceramah membincangkan isu hubungan intim antara suami isteri dimana apabila suami berkehendakkan pada isteri , namun isteri menolaknya tanpa ada sebarang alasan yang munasabah.
Persoalannya , bagaimana pula kiranya si isteri pula yang tidur dalam keadaan marah kepada suaminya , atau kecik hati kepada suaminya di atas angkara perbuatan suaminya di siang hari.
Kemarahan pada sang suami dibawa hingga ke waktu malam. Adakah suami juga akan dimurkai oleh penduduk langit ?? Atau adakah si suami langsung tidak perlu menanggung apa apa dosa.
Entry ini tidak ada kaitan dengan tuan punya blog. Tuan blog cuma ingin bertanya pendapat, itu sahaja.
16 comments:
pb...suami yg marah tu kena fikir gak...kat akhirat nanti tuhan marah dia tak...tanggungjawab dia pda isteri dah laksana...lagi banyak soal siasat yg akan suami hadapi...
Pok Mae tok leh nok jawab kerana ilmu tok cukup.
err... hamba pun tak dapat menjawab soklan tersebut kerna kekurangan ilmu didada.
Kerana itu suami pun kena minta maaf selalu kat isteri. Kerana mengguriskan hati ni tak kira siapa tetap ada dosanya
Salam pB,
saja singgah d sini..sbb dah laaamaaa tak menyinggah..tetiba tgk topik berat..ermmmmm..jap nak fikir dulu..hehe
xngaji lagi ilmu tue lagi kak...hehehhe
ni pun pernah berlaku pada isteri yang menulis komen ini..hikss
E.L.I.S.S.M.I.E
Rasonyor semuo isteri pernah mengalami masalah ini , termasuklah tuan blog nie.
~O~
Lepas ngaju , tolong sampaikan , kay
SALLY
Salam Sally. Lama tak nampak Sally. Hopefully Sally dah fully recovered. B strong n stay focus, k.
Kalau dah habis fikit tu , drop lah a few line. Kita share sama sama.
PB, DR ridhuan tee nok mari lagi ke kajang tu....30/11 ni...nok ikut dok? Ceramah tajuk "Jihad"...mungkin kita buleh tanya jugak persoalan ni ke dia hehehe
ermm saya sokong persoalan pB. Tapi jawapan yang sahih, apakata kita rujuk pada yang lebih arif...Wallahua'lam.
salam ziarah... sifat derhaka bukan hanya ada pada isteri tapi pada suami juga siapa yang bersalah tetap berdosa disisi Allah walau pun suami kerana mencederakan perasaan isteri ianya sudah berdosa apatah lagi fizikalnya...Allahualam.
Bermaaf-maafan dengan suami....setiap kali selesai berjemaah bersama....semoga hubungan sentiasa intim...
CKLAH
Memang yang sepatutnya begitulah. Tapi kalau pasangan tu jarang jarang solat berjemaah , lagu mana ????
NAZ
Terimakasih diatas penerangan tersebut.Harap-harap kemusykilan ini terjawab sudah.
A.C
Naz dah tolong jawab. Maknanya dua dua punyai tanggungjawab yang sama. Cuma kdg kdg tu rasa macam tak puas hati sebab kalau dalam ceramah asyik nak kenakan isteri jerrrr.
KAK WEAR
Nanti Kak Wear tulung tanyo deh
POK LI
Tapi orghe Jatae ni EGO dio besarrrrr
MR PENYU
Maka , sama samalah kita mencari ilmu dan jawapan untuk persoalan itu.
POK MAE
Keno gie carik Tok Guru nie
AZANI
Bukan mudah nak jadi suami yang baik. Dan bukan mudah juga isteri nak masuk syurga.
perbuatan yg mana2 pun kalo Allah x redho, kedua2nya berdosa.
Post a Comment