24 December, 2009

754

Kata nak PAUSE.
Tapi dah nama lagi blogger tegar , mana boleh cuti lama lama.
Mesti gak nak update walaupun sependek mana pun n3 tu.

Terima kasih pada yang tinggalkan komen masa pB tengah ting tong ting tong tu.
Terima kasih pada yang menghantar email.
Terima kasih pada yang menghantar sms.
Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri pB.

Tak keseorangan rupanya pB di alam ini.

Tahap kesihatan tidak memuaskan sejak dua menjak ni.
Sakit tulang belikat menjadi jadi.
Mengurut sudah.
Makan ubat pain killer pun sudah.
Tampak koyok pun sudah.
Tapi nampaknya sakit tak hilang hilang lagi.

Kalau lah kesakitan ini dapat menghapuskan dosa dosa kecil pB , pB redha.

Nampaknya kita dah sampai ke penghujung tahun 2009.
Pelbagai kejadian , peristiwa yang berlaku dalam hidup pB.
Ada yang menarik.
Ada yang gembira.
Ada yang sedih.

Biasalah , nama lagi kehidupan.
Kalau tak ada peristiwa peristiwa yang begini , kita tak akan tahu sama ada kita ini kuat atau pun tidak.


Mulai esok , pB akan bercuti.
Masuk kerja semula , insyaallah selepas segala urusan persekolahan selesai.
Tahun hadapan,
Kakak dan Kak Ngah akan berada di Tingkatan Dua.
Kak Lang akan menghadapi UPSR.
Dan Nurin akan masuk ke Tahun Satu.


Setakat ni , persiapan persekolahan sudah siap dalam 70% rasanya.
Kasut sekolah , stokin semuanya dah siap.
Baju sekolah Kak Lang dan Nurin, tengah dijahit oleh tukang jahit yang pB upah.
Baju Kakak dan Kak Ngah masih elok.
So, pakai jerlah dulu.
Buku - buku , 50& dah dibeli.
Yang lain kena tunggu apabila sekolah dibuka. Dah habis stok.


Pertukaran sekolah agama Arifah pun pB telah selesaikan.
Alhamdulillah , tiada sebarang masalah yang timbul.


Esok , tarikh keramat.
Esok , Adik pB akan berpindah ke Muar.

pB akan ikut sekali.
Tolong mereka mana yang patut.
Tolong tengok , hi hi hi.

Setelah sekian lama , kita orang dok 'bertempek', akhir terpaksa juga berpisah.
Kalau boleh pB tak mahu adik pB tu dok jauh jauh dari pB.

I will miss him dearly.
Kalau masa sebelum pindah , boleh dikatakan tiap tiap minggu kita orang akan berkumpul.
Kadang kadang tu , hari hari jumpa.
Sebab rumah kita orang bukan jauh mana pun antara satu sama lain.
pB kat Puchong Perdana.
Dia kat Saujana Puchong.

Tapi mulai esok ........
Susah lah sikit.
Bukan sikit lah , tapi banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.


I will miss him , really really miss his family and him.

Oklah , better stop here.
Kang ada pulak yang kata , pB tak buat kerja.
Asyik dok belek blog jer.
Lagipun , bahu ni dah start berdenyut denyut semula.
Rasa macam nak cabut buang kejab bahu ni .



So ,
Happy New Year .....

18 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aduhai , kesian plak dgr.

semoga sihat2 selalu la kak!

tulipurple said...

semoga semuanya sejahtera utk sis dan keluarga...sihat selalu.
takper sis...absent makes heart grow fonder :)

pB said...


TULIPURPLE
Kak pB pun harap begitu jua untuk family Tulip.

Harap harap rindu ini terubat jua akhirnya.
Adik tak tau pun , apa yang kak pB tengah rasa nie.
Malu nak bagitau kat dia

Che Ma said...

thn depan seme anak dara pb dah masuk sekolah ye... kejap je masa berlalu kan.. wah persiapan dah tahap 70%... cm baru beli beg sekoloh ja... banyok lagi la nok keno beli nih

adik pb pun mesti rasa sama dgn kakak dia cuma dia tak tunjuk... tok ma pun mesti sedih jugak... bak kata org tua-tua bila berjauhan rindu makin terasa...

HappyIrfa said...

itu kisah kakpb yg 2 beradik.
kami ni 4 bradik 2 duk nilai,1 duk labu dan 1 kat senawang..semua dekat2.camnerlah kalau duk jauh2 agaknya.

oghe said...

pB ni dari dulu sampai sekarang tak abis2 dengan pain killer...

tak bagus utk kesihatan....

hazila said...

Selamat Bercuti....

MULAN said...

oohh... get well soon pb.. and selamat bercoti..

Pak Man laksam said...

Selamat bercuti.....

umeboshi said...

k.pb!!!
salam. lama kiter tak jenguk 'umah' ni. dah nak bercoti pjg le ni ek? coti baik2. take care!! moga sakit2 k.pb tu cepat sembuh...amin!

xiiinam said...

pB;
Pin killer boleh menjejaskan kesuburan.....tengok dosnya jugalah!

maiyah said...

hrp pb kool k;)

Yunus Badawi said...

tolong makankan mee bandung muar utk saya hehehe

JMR said...

teruskan life dgn semgt yang membara..hidop pB..hikhik:-)

happy new year:-)

DrSam said...

selamat memulakan lebaran baru. Bersakit-sakit dahulu, persediaan untuk sakit yang lebih besar.

TokNabe said...

Nak masuk tahun baru ni banyak benda nak urus terutama budak2 yg nak bersekolah... yg baru nak masuk sekolah, itu yg paling banyak nak urus.

oooo..pindah muar, drive dlm sejam lagi tu boleh sampai Air hitam, boleh tengok pasu2 lawa. :)

kakpah said...

salam pb. Tak sehat ke..

Kak Nora said...

salam pb. Selamat menyambut tahun 2010.Semoga bertambah sihat.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...