02 December, 2009

744

Dua post untuk satu hari .
Tu diaaaaaa
Dalam tak ada mood atau tak ada idea


TENGAH GERAM NIE.
MEH BACA NAPER pB GERAM


Sekarang kan cuti sekolah.
Anak yang no 3 tu , tahun depan dah nak UPSR.

Masa nak cuti sekolah hari tu , pB dah pasang niat nak hantar Arifah ni ke kelas tambahan.
Daripada dia dok perabis masa dok bergaduh , dok tengok telebisyen , dok main game kat pB , baiklah dia masuk kelas.

Asah mana yang tumpul tu.
At least , masuk darjah 6 nanti , tak ler ketinggalan sangat.

Dalam dok melilau - melilau kat area umah tu , ternampak ler papan tanda tentang kelas tambahan.
Bila tepon , dia bagitau

Yuran Rm 305.
Kelas hari Selasa , Rabu dan Khamis.
Jam 2 petang hingga 4 petang (2 jam sahaja)

Alahai , mahal tu.
Untuk sorang RM 305.
Dah lar masa macam tak kena jer.
Saper nak hantar.
Kalau nak guna kenderaan mereka , ada .
Tapi kena tambah lagi enam puluh rial.

Masa balik Kota Bharu baru - baru ni , pB dok ushar ushar jugak lah.
Nampak ler satu banner nie.
Ada pusat tution kat Jalan Telipot.
pB berminat sangat , lagi pun Arifah pun tak kesah kalau duduk kat kampung.
Dia lagi gembiraaaaaaa

Yang menjadi masalahnya , kalau hantar tution kat KB , siapa yang nak tolong hantar.
pB tak ler tanya Tok Ayah , sebab pB dok agak mesti Tok Ayah sibuk .
Yelah nama lagi dia masih bekerja.

Kat umah MIL tu , tak ada pulak yang sukarela nak angkat tangan bagitau sanggup masa pB dok hint hint.
Silap pB jugak dalam hal ni , tak tanya direct pada FIL dan MIL.
Kalau tanya , mereka mesti sanggup.


Semalam , dok bercerita dengan TOk Ma.
Tok Ma kata Tok Ayah boleh tolong hantar dan ambil.

So , pagi tadi
pB saja saja lah call Pusat Tution yang Jalan Telipot tu.
Terkejut BADAK SUMBU pB dengan bayaran yang dikenakan

Kelas 3 jam sehari ( 2 petang hingga 5 petang).
Kelas hari Sabtu , Ahad , Isnin , Selasa , Rabu dan Khamis. Jumaat jer cuti.
Bayaran HANYA LIMA PULUH EMPAT RINGGIT UNTUK SEMINGGU !!!!!

Nak sangat hantar ....
Tapi baru jer balik ....

Yang buat pB geram tu ...
tengok lah perbezaan yuran tu ...
MACAM LANGIT DENGAN BUMI TUUUU !!!!!

9 comments:

Mr PenyuBiru said...

yg 305 tu tuk semiggu ke? kalu tuk seminggu memang mcm lagik ngan bumi aa.

tulipurple said...

perghhhh..satu perbezaan yg ketara..sy pun tgh fenin nak pilih tadika anak dara..tu br tadika..huhu.

naz ilyn said...

salam... tuler bezanya dikampung dan di bandar... kalau kat bandar ni semuanya duit didulukan berlainan benar kat kampung kata orang masih ada lagi niat yang baik disebaliknya tapi faktor-faktor lain pun kena diambil kira juga... jadi pandai-pandai ler.

maiyah said...

tulah.. sy pun nak antar anak ke tadika tapi bayarannya mahal tul.. tapi nape kat kwsn bndar jadi camtu

... said...

Salam. Kadang-kadang kita kena tanya pada orang yang menghantar di tempat yang mahal berkenaan. Mungkin ada sebab tempat tu mahal, kalau tidak, orang tidak akan hantar anak belajar di sana. Orang lain pun macam kita. Susah nak belanja duit, jika pulangan tak berbaloi...

aNIe said...

Uiks!! Kenapa mahal sangat tu PB...budak tu baru nak amik UPSR...anak akak yang PMR dulu pun...tusyen 3 jam sehari..2 hari seminggu...4 mata pelajaran baru RM160 je...cekik darah betul...

Rohaniah said...

PB, cuba kita try ajar sendiri, mana la tau kot-kot lagi ok ker hehehe..k.we lloni pun tengah dok ajar anak no. 2 tu maths sebab dia lemah sikit maths tu....sbb depa semua dah dpt buku utk next year, so guna buku teks depa jugak utk ngajar, plus beli buku workbook contoh2 soalan UPSR...insyaAllah, buleh PB...

Uncle Lee said...

Hi PB, waaa, mest ada mood to blog, ha ha.
I love the colour of your blog page...
so you enjoying the holidays now....
Have fun, best regards, Lee.

xiiinam said...

ckLah tak pernah ajar hantar anak tuisyen UPSR...masa cuti, biar mereka bercuti...ulangkaji sendiri sikit-sikit je

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...