03 December, 2009

746



Ada yang dah tahu ,
Ada yang belum tahu ,
So , now pB nak bagitahu lah.

Anak - anak dah besar ,
pB muda lagi (kata orang lah kan , bukan kata pB)
So , boleh ler kalau nak beranak lagi.

aBear pun suka.
Nurin pun suka.

Rezeki tu di tangan Allah.
Dia yang Maha Mengetahui.
Kita ni hamba DIA jer.
Apa yang DIA bagi kita kenalah terima dengan hati yang redha.

Anak anak , empat empat pompuan.
Kalau boleh , yang no lima nie , nak ler heronyer.
Asyik dok beli baju renda renda , kaler pink.
Nak gak merasa beli t shirt dan seluar tiga suku.

Bila dah nak no lima ni , kena lah pandai pandai merancang.
Website mana tak masuk.
Petua mana tak ikut.
Tang petua tukar senduk tu jer yang belum.

Sekarang ni nak cuba ikut kalender cina lar pulak.
kalender dah ada dah.
Tks pada Tee yang susah payah emailkan kelender tu.

Yang jadi tak pasti tu tang cara nak mengikut kalender tu.
Ada yang bagitau kalau hari lahir kita lepas raya cina , umur kita tu kena tambah 1 tahun.
Ada yang kata , tak yah buat macam tu. Tengok jer pada umur kita tahun tu.

So , sekarang pB nak cuba lah nak kaji tentang kesahihan kalender tu.
Nak kena mintak ler tolong kawan kawan .

YB , Oren , saper saper yang ada anak kecik tu boleh ler tolong pB.

Berikan umur masa melahirkan anak.
Jantina anak yang dilahirkan.
Hari lahir anda sebelum atau selepas raya cina.

Tolong nyer ...


Bukan ler pB nak percaya sangat akan kalender tu , cuma nak mencari peratusan kesahihan kalender tu....



17 comments:

tulipurple said...

uishh...mcm menarik kalender ni,tp tak paham camner nak guna.
sy jeles ngan sis yg muda2 laie anak dah besau pjg..bestnye.apa2 pun good luck,moga dpt hero plak nnt..ameeeen!

Che Ma said...

Insya Allah akan dikurniakan hero pulak, cubalah mana-mana petua kalau nak tak salah mencuba yang penting ada keinginan utk pregnant... bila pb cerita pasal nak pregnant teringat bestnya 9 bulan pregnant dan saat2 nak deliver baby... momen paling indah dalam hidup tapi agaknya semua itu tinggal kenangan...dah dinasihatkan pencen ha..ha..

Che Ma said...

Insya Allah akan dikurniakan hero pulak, cubalah mana-mana petua kalau nak tak salah mencuba yang penting ada keinginan utk pregnant... bila pb cerita pasal nak pregnant teringat bestnya 9 bulan pregnant dan saat2 nak deliver baby... momen paling indah dalam hidup tapi agaknya semua itu tinggal kenangan...dah dinasihatkan pencen ha..ha..

~0~ said...

rajin tol pb wat kajian...

Webmaster@Echam said...

pB,
Pada saya plak nak dpat jantina apa ni kita berbalik pada ajaran kitab lama. Tok guru saya pernah ajar saya dan anak dia seramai 5 orang selang seli lelaki dn perempuan. Nanti email saya kat hanisham79@gmail.com....

Erna said...

salam pB..

akak suke sangat kalau ade orang kate nak anak lagi..mude2 ni beranak la..kalau dah berumor nanti macam2 masalah datang...akak ade 3 hero..yang memula je tak tau..yang ke 2 dan tiga kira subor dan ikut suhu badan je..saperti saranan doktor..entah kenape en abg suka nak dapat lelaki dulu..dah dapat 3 dah tua pulak dah...takde la kawan maknya...beli baju untuk cucu sedare je la...yang berenda2 dan kaler merah dan pink

TokNabe said...

Abg ipar saya..ketiga2 anaknya pompuan, kawan saya pula ketiga2 anaknya lelaki. masing2 berusaha nak dapatkan jantina sebaliknya.

Kita merancang Allah yang menentukannya. Tak apa walaupun semuanya perempuan...insyaAllah nanti semua menantunya lelaki.. :)

aNIe said...

PB...akak tak tau lah pasal kalender2 ni...sebab dulu2 rasanya takde ni semua...

Okay...akak ada 3 laki2...

Jom tgk akak punya...

No. 1 ...lahir masa akak berumur 22 thn...jantina...lelaki...lahir lepas raya China...

No. 2 ...lahir masa akak berumur 24 thn...jantina perempuan...lahir lepas raya China...

No. 3 ...lahir masa akak berumur 33 thn...jantina lelaki...lepas raya China

& last...lahir masa akak 40th...jantina lelaki...lepas raya China...

No. 3...lahir

maiyah said...

sy lagi le tak tau :D

Mazudi said...

Salam,

Masa anak dua dulu ada satu kawan cadangkan kalendar cina tu. (Anak pertama dan kedua saya selang setahun, dua dua hero, tu sbb dia bagi kalender tu). Tapi saya tak sempat study pun sebab tiba tiba dah ada "pembuahan". Yang ketiga tu pun lelaki jugak.

oren... said...

mcm tak paham jugak kalendar nih...

mira, saya lahirkan dia masa umo 26 tahun..

muhd, saya lahirkan dia masa umo 29 tahun..

naufal, saya lahirkan dia masa umo 30 tahun..

bb syifa, saya lahirkan dia tahun nih, umo 32 tahun..

semuanya lahir slps raya cina..so, camana tuh? betui ka kalendar nih?

cuma 1 yg saya ingat, masa pregnantkan bb syifa, mira berdoa setiap malam agar dikurniakan bb girl..takmo bb boy sbb the boys yg ada nih, lasak yg amat..saya pon mmg takmo tahu jantina bb, hinggalah pada hari dia dilahirkan, mmg girl..syukur sgt2..

kesimpulannya, doa anak kecil juga boleh dimakbulkan Allah..

harap impian akak nk dpt baby boy akan tercapai..

Rohaniah said...

PB, kalu ikut kalendar ni, semua betul kecuali anok no. 5 k.wear jah...

dulu k.wear rajin jjupo jugok kalendar cino nih, dan ada ore buat program pun pakai kalendar nih...so that tak yah refer kalendar dah tapi masuk komputer jah...tapi tak tau kat mana dah program tuh...lamaaaa dulu masa k.wear belum kawin...

DBI said...

salam pb

saya n my misi dah study kalendar ni masa kerja kta wad bersalin di salahsatu hospital di sabah..setiap pesakit yg masuk nak beranak..kita jangka jantina anak berdasarkan kalendar ni... seingatnya sangat accurate +-98% tepat.

selamat mencuba

DBI said...

salam pb

saya n my misi dah study kalendar ni masa kerja kta wad bersalin di salahsatu hospital di sabah..setiap pesakit yg masuk nak beranak..kita jangka jantina anak berdasarkan kalendar ni... seingatnya sangat accurate +-98% tepat.

selamat mencuba

Farah said...

kak PB, saya pon kira pakai kalendar cina ni..mmg betul, dia ikut umur ibu masa pembuahan tu..kiranya macam saya lekat masa umur 28, pembuahan bulan march (sebab bila test positive tgh bulan 4, lepas besday saya ke 29 tu dah 5-6 minggu dah..so mmg berbuah masa bulan march la kan masa umur still 28..haha)

ni next time kalo saya nak cuba pregnant anak pompuan pon mmg nak guna kalendar cina ni jugak..hehe..

MQ - http://www.homemakerdiary.com

Bapak said...

adik-beradik Bapak seorang je perempuan manakala adik-beradik Orang Rumah Bapak, seorang je lelaki.

nasib kami tak tahu lagi tapi yang sulung ni lelaki.

kalendar cina macam interesting...apapun semoga hasrat pB & family tuk dapat anak lelaki tu tercapai. Bapak doakan..

Mybabah said...

Salam PB. Saya ada satu petua yang praktikal pada diri saya dan isteri tetapi tidak semestinya praktikal pada orang lain. Kami telah menyusun anak kami dari lelaki-perempuan-lelaki-perempuan-lelaki-perempuan-lelaki. Tujuh semuanya. Jika nak tahu petua tu emel saya di samsudin.jidin@yahoo.com. Kat sini tak boleh kerana info bertaraf 18sx. Itupun kalau minat nak tahu. Orang lama beb!

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...