08 January, 2010

762

Ada sapa sapa ingat lagi tak n3 pB pasal niat pB nak mintak tukar / keluar dari department pB sekarang nie.


Borang tu memang pB dah hantar pun pada hari pB tulis n3 tu. Tapi masa pB hantar tu , Assistant General Manager pB yang punyai kuasa untuk meluluskan permohonan tu tiada di Malaysia. Dia sedang mengerjakan ibadat haji ketika tu.


So ,borang tu sampai ke tangan pemangkunya. Yang tak syok , pemangku tu tak berani nak sign @ nak luluskan permohonan pB. Alasan yang dia bagi ialah semua tu berkaitan dengan tenaga kerja. Dia risau kalau dia luluskan , perancangan Manager yang tengah buat Haji tu lari.
So , borang tu masih lagi ada pada kerani pB.


Masuk kerja dua hari lepas , Assistant Manager pB @ kawan pB tu , tanya kan pada pB perihal pertukaran itu. Sebab AGM tu , dah mula kerja .


"Masih berminat ker nak proceed atau nak batalkan rancangan pB tu"
Hmmmm ...



Yang sebenaaaaarnya pB sayang nak tinggalkan department ni. Kerja tak lah sesukar mana pun. Just layan komplen pelanggan , agih kerja pada repair team dan buat report. Sekali sekala kena uruskan fail-fail untuk ISO. Tak perlu hadiri apa apa meeting kecuali pagi pagi kena roll-call. Sambil buat kerja , masih boleh tengok astro , baca blog kengkawan , tulih entry dalam blog dan juga ada masa untuk main game. Heaven gituuuuukkkk. Relationship pB dengan team dalam department ni pun ok jer.



Perjalanan dari rumah ke tempat kerja pun tak lah jauh mana pun. Dalam 30 minit dah boleh sampai.Kalau ada hal , isi borang dan terus keluar. Memang syurga dunia kan.


Tapi something happen dan perkara tu yang buat pB rasa tawar hati nak kerja kat department ni lagi. Nak datang kerja pun dah tak rasa happy dah. Dok dalam pejabat pun , rasa tension betul.


So , pabila boss @ kawan pB tanya 'cam ner jadi tak tukar'


Jawapan pB :



pB bagi masa untuk diri pB sebulan. Kalau dalam sebulan , keadaan pB masih sama dengan dengan keadaan hari ni dan hari sebelumnya , pB akan submit borang pertukaran tu. By this time , pB dah tak kisah kat mana pB akan dihantar bekerja.

Hopefully pB dapat gembira semula.

8 comments:

oPiE said...

Terlebih dahulu sorry gangu N3 pB.Sebenarnya saya ni hanya pemerhati,peninjau dan juga pembaca N3 pB saja.memang tiap-tiap hari saya buka dan baca tak pernah pun 5 hari waktu berkerja saya tak buka dan baca N3 pB.
Ok berkenaan dgn N3 762 tergerak hati saya untuk memberi pandangan dan pendapat,tu pun kalau diterima pakai lah.

Macam ni..setiap masalah dan benda yang berlaku tu mesti ada sebab dan musababnya kan dan juga mesti ada jalan penyelesaian nya,cuma macam mana cara kita nak selesaikan tu terpulang samada cara baik atau pun tak.Masalah pertama dah selesai cara pB tangani memang betul dah.tapi dengan masalah kedua pabila pertama berlaku pB kena tangani dengan betul gak ibarat kata tarik benang dalam tepung,tepung tak bersepah benang pun dapat.

Bagi cara pB ni saya rasa tak payah lah nak memperjudikan nasib kerja tu dengan memohon pertukaran kerja.Memang betul kalau kita tak buat kita tak tahu kalau kita tak cuba kita tak rasa.Masalah yang pB alami tu sebenarnya tak lah berapa teruk sangat tapi tahu ianya melibat kan perasaan"maaf lah saya agak je"tapi kalau betul apa yang saya rasa tu pB patut jangan ambil keputusan mcm tu.pB patut tunggu dan bersabar hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan apa yang berlaku tu akan kembali kepada asal cuma bagi masa sahaja.

"hanya pandangan" kita mampu tersenyum jika kita pandai menanganinya.

Tu lah nasihat saya sebap benda yang manis dalam hidup kita tak akan kita dapat buang dengan mudah dan juga hingga bila-bila akan terpahat dan melekat dalam kisah hidup kita.

Eliss said...

semoga pB dapat bergumbira ditempat baru kalo jadi.semua terletak ditangan pB.tempat baru tu jauh ker ngan rumah?

Sally said...

pB,

choose to be happy!!

Scorpion61 said...

SABOR JE LAH SEMOGA PB MAKE THE RIGHT CHOICE " DON'T WORRY BE HAPPY " -KAY JAY-

Maiyah said...

mana yg rasa elok dan slesa, moga pb akan ceria ditmpt bru

Yunus Badawi said...

Fikir habis2. Tak semesti di tempat baru itu lebih baik dari tempat skrg walaupun skrg dah tak segembira dulu. Dan jgn lupa buat solat isktiharah.

Semoga mendapat petunjuk utk membuat pilihan yg terbaik.

aza ni said...

salam pB,
saya rasa tak layak nak jawab,cuma setiap keputusan ada natijah...pilihlah yang terbaik...betul kata YB tu, solat istikharah mohon petunjuk...

Formerly known as Superwomanwannabe! said...

HIiii

salam perkenalan, baru first time nak baca..

It's a gamble actually.. the new place could be worse, mungkin lagi stress..atau pun mungkin lagi baik untuk you...kadang kadang bila dah comfortable dan seronok dalam satu tempat...masa tu lah time to move...

dan...kalau hati dah tawar dek....move on je lah....(melainkan marriage lar ,hati tawar camne, fight on!)

and hope for the best!

Good luck!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...