16 January, 2010

772

Katakan

Anda kenal sepasang suami isteri. Kedua mereka itu kawan kita. Dan kita telah mengenali mereka berpuluh tahun. Walaupun tidak lah serapat kuku dengan isi , namun kita mengetahui keadaan kehidupan rumah tangga mereka.

Anda mengetahui masalah mereka. Dan anda memahami masalah yang mereka hadapi. Namun begitu , anda hanya mengetahui masalah itu apabila salah seorang itu bercerita kepada anda. Kawan anda juga telah memberitahu kepada anda , apakah jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh satu lagi pihak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan kawan anda pernah berkata , kiranya pasangannya berbuat demikian , rumah tangga mereka akan kembali harmoni dan akan terus mekar kasih sayang mereka.

Persoalaannya

Apakah yang perlu anda buat ?? Perlukan anda masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka? Perlukah anda memberitahu kepada pasangannya cara cara penyelesaian yang perlu dia buat untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga nya? Atau anda mengambil jalan mudah iaitu hanya lihat dan terus lihat tanpa anda berbuat apa apa ?

Apakah jalan yang terbaik untuk menolong kawan anda itu ??

7 comments:

Bapak said...

nasihat kawan kita tu beritahu sendiri cadangan penyelesaian tersebut kepada pasangannya.

merekakan suami isteri, tiada yang lebih rapat daripada hubungan suami isteri. bila ada masalah kenapa saling menjauhi...

aza ni said...

salam pB,
susah juga...macam inilah..kalau dah ada yang minta pandangan,sampaikan pada dia penyelesaiannya, biar di sampaaikan pada pasangannya...

Maiyah said...

bg cadangan yg baik apa salahnya.. kalo bahagia krn usaha kita.. dpt pahala gak tu

FaAtip said...

kadang2 bukan senang pasangan nak berbincang. Mereka dah buntu. Masa nilah mereka perlukan orang ketiga yang mungkin boleh menolong. Tak salah kalau nak menyampaikan hasrat salah seorang dari mereka. Sambil2 tu boleh lah nasihatkan sikit2.......mana tau, dgn prihatin kita rumahtangga mereka kembali bahagia...... :)

ibundo said...

pendapat yang baik mungkin boleh membantu. mana tahu?

Sally said...

yes perlu..Sally juga mau yg sama kalau d dlm situasi itu..that's what friends are for..

Mulan said...

walau susah utk diluahkan, rasanya baik dinasihati agar suasana bisa dibaiki..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...