24 January, 2010

782







Pagi tadi , for breakfast , simple simple aja .

Ambik roti gardenia , sapu garlic majerin , letak atas ceper , bakar.
Dapat garlic bread.

Bukak mushroom soup setin , tambah air dan panaskan.
Waaalahhhh siap sepuyuk kecik sup mushroom.

Ambik telur , masukkan dalam bekas untuk buat telur separuh masak.
Tak sampai lima minit , dapat half boil egg.



Dan juga penuhi permintaan si nurin , minta di buat steam corn.
Steam jagung dalam microwave , masukkan majerin dan gaul dengan sikit garam.




Tak sampai setengah jam , everything serve on the table.
Dan tak sampai setengah jam kemudian , semuanya licin.



Psst...
teringat pada member yang beli bekas untuk buat telur masak separuh kat Tesco tempoh hari . Dah rasmi ker belum ?? Atau masih lagi berbungkus cantik benda tu...

16 comments:

maiyah said...

hr ni bekpes roti canai

AZANI said...

salam pB
bfast pantas ringkas dan sesuai ...terutama yg always on the move.

OO said...

hari ni breakfast mee goreng black pepper..

Purpleheart said...

kecur air liur baca.. simple apa tuu.. mewah tul bekpesnye..

~0~ said...

aku sedang lapar..erkkk

hazila said...

Banyaknya menu breakfast, kalau tau boleh tumpang semangkuk...

Pak Man laksam said...

Kat kampung tak pernah jumpa brekpes macam tu......ubi kayu masak stim ada la.

tchersally said...

pB,
acu tra ajar Sally lagu mano nok wak telor separuh masak tu..sokmo terlajak jd telor 3/4 masak..haihhh..

pB said...


MAIYAH
Roti canai pun sedap. Kuah dal campur gula sikit...

pB said...


AZANI
Sekali sekala pekena nasi berlauk pun sedapppp.

Cornflakes dengan susu , tu simple gak.

pB said...


OO
Mee goreng lada hitam ??? Kalu pB buat , budok budok ni mesti tolok tepi sebab demo tu tok makae pedassss...

pB said...


PURPLE HEART
Simple sebab cara masaknya mudah dan tak ambil masa lama.

pB said...


~O~
Jangan lupa makan tau. Jangan biarkan perut tu masuk angin

pB said...


HAZILA
Meh ler. Puchong ~ Shah Alam , tak jauh pun.

pB said...


POK MAE
Sedap tuuuu... Lagi sedap dari roti bawang putih.

pB said...


SALLY
Biasanya sukatan air tu pB ikut garisan bekas tu. Tapi tengok saiz telur ayam tu jugak. Kalau telur ayam tu besar , air tu lebih lar sikit.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...