06 April, 2010

841

Bila aBear "tak dok dhumoh" sebab out station seperti sekarang ni :-


1) pB kena bangun awal (biasanya aBear yg bangun dulu).


2) pB kena sediakan duit anak anak kesekolah (hi hi padahal aBear dah tinggalkan , kerja pB cuma ambik dan letak atas meja jer).


3) pB kena bersiap awal (biasanya jam 7 lebih baru nak bersiap-siap).


4) pB kena hantar Nurin ke sekolah agama (biasanya aBear yang hantar).


5) pB kena ambil Nurin kat sekolah kebangsaan diwaktu petang (biasanya aBear yang ambil).


6) pB kena hantar Arifah ke kelas tambahan di Bandar Puteri (biasanya aBear jugak yang hantar dan ambil).


7) pB kena pastikan semua pintu dan tingkap dah berkunci sebelum masuk tidur (biasanya aBear yang akan check semuanya).


8) pB kena tidur peluk bantal sebab aBear tak ada kat sebelah.


Alahaiiiii ....
Minggu ni seminggu dia berada di Kuantan.
Letih ler bila aBear tak ada nie ....

17 comments:

kakcikseroja said...

Dah kena cenggitu.. mahu tak mahu kenalah buat, ya tak pB? :)

pB said...


KAK CIK SEROJA
Tular.. suka tak suka kena buat jugak ler ....

zareda said...

same here ler PB. Kalau cik hubby tak de berpeluh peluh pepagi.. mana nak get ready anak, kereta kunci rumah segala bagai

KV said...

kikiki

Kunang-Kunang said...

Salam PB,

Tugas yang PB kena buat masa Cik Abear PB out station, dah kak ani lalui dulu. Memang mencabar sungguh jawatan ibu dan isteri ni.

Masa anak sekolah dulu, pukul 10.00 malam masih pandu kereta dijalan sebab ambik anak balik tution.

Adry said...

Salam ziarah...

sekarang semua kena buat sendiri... hhehehehe... sabar jer la...

Adry @ http://www.adrysabry.com

aintsuperwoman said...

mujor la seminggu, kalau sebulan??? adoyaiii...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

peluk bantal yang tak tahan tu.dah lama abe kita tak o/station.hihihi.memang susah kalo suami gi o.station ni.

pB said...


ELISSMIE
Baik jugok gie out station ni. Bilo balik, sakan melepaskan rindu. He he he

pB said...


AINTSUPERWOMAN
Kalau sebulan , tak tau lerrr... Tapi kalau sekali sekala dok jauh lama lama, seronok jugak. Bila mula mula berjumpa , hati dup dap dup dap ... menahan rindu...


he he he

pB said...


ADRY
Sekali sekala, tak per. No sweat orang kata ...

pB said...


KUNANG KUNANG

Dah lama dia out station. Tu yang rasa tak syiok sikit tu. Malas yang bebenor nyer.Mlm ni kak lang tution. Jam 10 mlm baru habis.


Tadi mintak kebenaran nak gie hantar kak lang dengan motor, aBear jawab "JANGAN BAHAYAAAAA". hu hu

pB said...


KV
Hihihi

pB said...


ZAREDA
Dulu , masa anak anak kecik lagi letih. Angkut beg berisi susu , pampers. Tapi sekarang , anak dah besar , so ringan lah sikit walaupun aBear out station.

Mak Su said...

tak berapa best ek... be strong pB :)

pB said...


MAK SU
pB kuat sokmo...hi hi hi...Tks Mak SU

Yunus Badawi said...

Pengorbanan org lelaki akan hanya dirasai apabila mereka tiada huhuhu

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...