16 April, 2010

852



Hari ini pB bercuti. Dan semasa u all baca entry ni , pB rasa pB masih lagi dok lepak lepak kat LCCT. Bukan nak hantar Tok Ayah. Tak kan Tok Ayah baru sampai dah nak balik.


Pagi ini , pB , aBear dan Nurin akan terbang ke Negeri Sarawak. Masuk kali ini , dah tiga kali pB terbang ke Sarawak. Ayyyyaaaa , baru tiga kali pun dah nok sohor. Amender ler. Pertama kali , pB rasa pada tahun 2000. Yang tu percuma. Dan hanya pB dan aBear jer masa tu. Kali ke dua , tahun lepas. Yang ni kira vacation family. Semua pB angkut termasuk Tok Ma dan Tok Ayah. Seminggu kami mengembara ke Sarawak dan Sabah.



Dan kali ini pula , kita orang ke sana sebab adik bongsu aBear bertemu jodoh dengan orang Sarawak. To be pricise , orang Daerah Betong. Dengar cerita , perjalanan dari Kuching akan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Daerah Betong tu.(Boleh besarkan peta di atas untuk melihat rangkaan perjalanan kami)


Parent In Law , semalam lagi dah terbang kesana. Adik ipar pB yang no 4 terbang pagi tadi bersama sama dengan anak kakak aBear, penerbangan jam 7 pagi. Dan sekarang , giliran pB. Penerbangan jam 9 pagi. Jangan ditanya kenapa tak pergi sekali gus. Kenapa perlu asing asing. MissComunication antara mereka adik beradik. pB tak masuk campur.


Tak terbayang sebenarnya lagi perjalanan ini. Tak nak fikir yang bukan bukan. Nak fikir yang positif positif sahaja. Doakan perjalanan pB kami sekeluarga selamat. Doakan juga agar majlis perkahwinan ini berjalan dengan lancar dan suksess. Doakan kami nyer .


Atas sebab musabab inilah , Tok Ayah turun ke Puchong. Nak jaga cucu cucu yang tertinggal itu.Doakan juga agar keselamatan anak anak pB selamat.



I'LL C U ALL HARI SELASA, OKAYYYYY

15 comments:

rumah kuning said...

wow...sedaknyo mkn gulaa sapa srawok.lepah ni pb boleh le cerita guano ore srawak bekwoh.

ibundo said...

semuga semuanya selamat.

hehe.. ike terubuk masen takdok ke...

Mak Su said...

slamat bercuti ya pb, insyallah selamat semuanya :)

TokNabe said...

Selamat terbang dan semoga segala persiapan majlis berjalan dengan sempurna.

Anonymous said...

semoga selamat pergi dan kembali..

Guru said...

tak pernah lagi jejak ke sarawak.

semoga selamat semuanya

MOKCIK AZWA said...

yeahh...dengan adanya penerbangan tambang murah maka tak la terasa sangat kalau org semenanjung bertemu jodoh dgn orang sabah sarawak....zaman mokcik dulu cian asben....hanya tiga orang iaiatu MIL,FIL dan mak sedara dia ajer dapt datang...

Kakcik Seroja said...

berselisih jalanlah nampaknya kita.. pB balik, kakcik pula ke sana.. :)

(laluan ke 'rumah' kakcik dah bertukar : http://kakciknurseroja.blogspot.com)

aza ni said...

salam pb
semoga keluarga pB selamat
jgn lupa try umai..

ckLah @xiiinam said...

Selamat jalan...

zino said...

selamat bercuti..

maza said...

selamat pergi dan selamat kembali ke puchong gitw.. heheheh

Hjh Noralenna Abbas said...

Semoga semuanya selamat. Ameeeen.

izman said...

gi kenduripun buleh kiro sebagai melancong jogok tu. ole2 jange lupo.

KAMATO said...

moga semuanya selamat seperti yg diharapkan

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...