26 April, 2010

(857) Pengalaman di Spaoh , Sarawak (BHGN 1)

Dari Bandaraya Kuching , kami singgah di Kota Samarahan sebentar.
Berkumpul anak beranak di salah sebuah rumah saudara pengantin perempuan.
Kami dijamu makan sebelum bertolak.


Tepat jam 130 tengah hari , kami bergerak dengan menaiki
sebuah avanza dan sebuah van.
Rombongan kami seramai 14 orang.
Perjalanan memakan masa selama 5 jam.


Singgah sebentar di Bandar Serian.
Dengar cerita , ikan terubuk dari kawasan Serian berkualiti tinggi.
Tak sempat nak meronda pun , sebab kami berhenti sebentar sahaja.
(Berhenti untuk membuang apa yang patut).

Jauh perjalanan luas pengalaman .
Jalan rayanya nampak cantik , tapi beralun alun.
Free free jer dapat menunggang kuda di sepanjang perjalanan ini.

Untuk sampai ke Kampung Bungit , kami perlu menuju ke
Sri Aman dahulu.

Dari Sri Aman kemudian kami ke Betong , dan
kemudiannya menghala ke Pekan Spaoh.

Trade mark nak masuk ke Spaoh ialah Tugu Ikan Buntal.
Setiap bulan lapan , disini diadakan Pesta Buntal.
Mengikut cerita penduduk kampung , isi ikan buntal memang sedap.
Peringatan : Jangan dimakan ikan buntal yang bermata merah.
Itu beracun.


AKAN BERSAMBUNG LAGI

10 comments:

kakcikseroja said...

Salam pB..

kakcik pun dah sampai ke Spaoh ni.. InsyaAllah mungkin awal bulan Jun nanti kakcik akan ke sana lagi :)

risanur said...

jauhnye perjalanan dari satu tempat ke tempat yg lain...memang benar la jauh perjalanan luas pandangan...kalu tak luas gak tak tau la nak cakap apa...hehehe...

pB said...


RISA
Salam Risa. Memang jauhhhh. Padahal kalau balik Kl'tae , jauh lagi, tau. Tapi mungkin sebab keadaan jalan raya yang kurang berkualiti , tu yang menyebabkan perjalanan itu rasa begitu jauh.

Tapi , seronok tetap ada di dalam hati.

pB said...


KAK CHIK
Salam kembali.

pB ada hantar email pada Kak Chik ... Dapat tak ?

Nak ke Spaoh lagi bukan enam ? Untuk apa pula tu ??

Hisshh, nyibuk lar pulak pB ni, kan.

atty's said...

salam pb..owh baru tau ikan buntal leh makan ..

kak ina kl said...

salam pb..wah bestnya dapat gi jejalan kat seberang laut..mesti best kan.


alahai kesian si nurin tu..orang dah minat dia..tak tak sukalah pulak..

zue said...

mmg seronok kannn jalan2 ke tmpt org.

MOKCIK AZWA said...

Waduh2...biasa la itu kena menempuh perjalanan jauh menaiki 'kuda' kalau ke Sabah Sarawak...hehehe

Memang jalan raya kat sana kureng sikit...bila ditanya dengan JKR...katanya kualiti binaan sama saja dgn semenanjung, tapi disebabkan bentuk muka bumi Sabah Sarawak menjadikan jalan cepat rosak tambah2 kalau dilalui oleh lori balak...cian kami kann..

Tak sabar tunggu part 2....

Kunang-Kunang said...

Salam PB,

Best yer sesekali dapat menjamu mata dengan pemandangan yang cantik-cantik. Jauh perjalanan luas pengalaman.

Kak ani pernah sampai di Sarawak tapi setakat kucing jer, itu pun kerana urusan rasmi semasa bekerja dulu.

hazila said...

pB,
Banyak ke buah tangan dari Sarawak?

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...