29 April, 2010

862

PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.


Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

7 comments:

Yunus Badawi said...

Kalau tak boleh simpan pisang dalam beg, simpan dalam seluar boleh tak? hehehe

~adeQ~ said...

huhuhu...bagus cikgu tuh...sangat berkesan....

Ummi said...

betul tu PB, ummi tak ada simpan dendam pun kat orang yang suka cari pasal kat tempat cari makan ummi, ummi lalui dengan tenang, dan Alhamdullilah dah nampak perubahan, sorang kawan diaorg dah kena buang keje, sorang lagi dok tengah cari kerja dan orang yang paling kuat cari pasal dengan ummi, dah mula senyum dan tegur ummi

tapi yang ummi peliknya, kenapa ini terjadi ye? dan pagi ni bila sampai opis, orang yang kutuk ummi kata bos ummi paling sayang kat ummi sebab tak pernah dengar students complaint pasal ummi lansung, yang lecturer lain banyak dengar complaint tu yang ada kena buang dan warning :)

ishhh, ishhh pelik, tapi hati ini makin membuak2 nak pergi cari kerja lain tak nak kerja kat sini dah, enough is enough :)

doakan ummi ye PB

Kakcik Seroja said...

perbandingan yang menarik! :)

rumah kuning said...

Pb, minta izin untuk copy en3 ni dlm blog saya. Menarik sangat...

CikguZue said...

salam pB,
pernah baca kisah ni tapi tak ingat di mana. namun mmg byk pengajaran utk kita semua agar membersihkan hati drpd sifat2 mazmumah. t.kasih pB.

Sally said...

hmmm..berkesan..tp sayanglah pisang2 tu bazir la plak kan..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...