03 May, 2010

865

Salam semua


Kisah PERTAMA



Jumaat lepas , pB cuti ya kawan kawan. Paginya bawa Tok Ma ke Hosp Putrajaya. Syukur , tiada apa apa yang perlu dibimbangi berkenaan dengan kesihatan Tok Ma. Semasa di sini , ada pula yang memberitahu bahawa vaksin H1N1 ni boleh diperolehi secara PERCUMA di klinik kesihatan.

Ada beberapa klinik kesihatan yang menawarkan perkhidmatan ini seperti Klinik Kesihatan Seksyen 17 Shah Alam , Klinik Kesihatan Pandamaran Pel Klang dan juga Klinik Kesihatan Precint 8 , PutraJaya.


Dari hospital , kami terus ke klinik kesihatan pula. Drop Tok Ma di situ , pB terus patah balik ke Puchong. Ambil kakak dan kak ngah dari rumah dan juga kak lang di sekolah. Memang kelam kabut sebab risau tak cukup masa , kebetulan hari tu kan hari jumaat . Takut kaunter tutup .


Sampai di klinik , baru dapat tahu yang vaksin tu hanya diberi kepada yang berusia 18 tahun keatas. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiii. Rasanya nak meletup depan kauter tu. Masa daftar Tok Ma , tak ada pulak diberitahu syarat - syarat ini.


Dah nama lagi klinik kerajaan , hampir dua jam jugak lah , menunggu untuk bertemu pegawai perubatan. Pelik gak , kenapa perlu jumpa pegawai perubatan . Tidak boleh ker terus ke tempat 'cucuk' tu ????


Selesai segala urusan , hampir jam 12 tengah hari. Memang dah tak larat dah. Sebab tu pB pun cutiiiiiiiiii. Lagi pun , aBear pun ada kat umah. He he he. Baru sampai dari Tampin.


Kisah KEDUA


Alhamdulillah , anak buah pB dah 'check out' dari Hotel Ampang Puteri pada hari sabtu yang lepas. Terus balik Muar. They all ada singgah umah , ambil pakaian yang balance - balance , yang anak anak sedara , langsung tak masuk umah pun. Minggu nie , mereka bertiga di'kurung' di dalam rumah. Minggu depan baru mula bersekolah semula.


KISAH KETIGA


Hari ini , sejak jam 12 tengah hari , network down. Sumething happen kat Kelana Jaya. Whole application tak leh nak access termasuk lah internet. Sib baik , ada member yang baik hati. Di berinya pB pinjam 'celcom broadband'. Boleh ler update blog pB hari ini.


Tadi sebelum update blog , pB dok layan cerita Indonesia. Sodap jugak. Cerita ini rasanya baru jer ditayang di pawagam. Full action punya story. "Merantau Warrior". Banyak aksi silat. Yang tak best , last - last hero yang mati. Alahaiiii






Memang seronok lar hari ni , sebab tak ada kerja. Tapi esok , tengok lah. Rasanya nak bukak blog sendiri pun tak sempat. Talifon pun mesti tak berhenti berbunyi. Alahhhaaaaiiiiiiiii

8 comments:

Eliss said...

sabar ajerlah.hahaha.hero mati?mesti frust giler.

Relevan said...

Sekarang semua blogger nampak sibuk saja..semua punya urusan yang penting penting belaka..

Kakcik Seroja said...

kakcik pun belum datang mood seronok masuk ke pejabat.. huhuhu..

Yunus Badawi said...

malu bertanya sesat jalan. Dgn hospital ni kena tanya jelas2. Kalau tak mcm tulah jadinya.

Tadi saya bawa emak saya ke klinik. Dia masih belum sembuh sepenuhnya dari sakitnya hari tu. Masih tak lalu makan. Tadi bila cek darah, kencing manis dia tinggi. Doktor baru kata kalau dah kena kencing manis kena sentiasa makan ubat.Sebelum tu tak suruh pun ambil ubat kencing manis tu kalau dah habis huhuhu

Tepi Sungai Batu said...

Sibuk betul nampak nya.
Pak man yang baca ni pun dapat merasakan nya.....

MOKCIK AZWA said...

Baru tahu dekat presint 8 ada klinik kesihatan huhuhu...mokcik tak sanggup tunggu, selalu gi doktor private. yang lucu tu, last two weeks mokcik gi, dia cadangkan pi klinik kerajaan...pulaksss...

nway, klu suntikan utk 18 tahun ke atas...tok ma memang layak la kena suntik kan.. kecuali anak2 la.

apa pun get well soon pada yang tak sihat, termasuk diri ku juga...aminnn

risanur said...

tak suka bila tenet bengong...rase cam tak best je utk hari tu...rasa nak wat keja pun malas je...betapa kuasa internet mempengaruhi kehidupan manusia skrg...

Mak Su said...

tensen gaks bila kita dah sampai kat situ, tup tup tak leh sebab hanya utk 18 tahun ke atas

merantau warrior best, aksi silat yg seolah2 sparing real giler, tapi frust sbb hero mati :(

anyway, best! naper tak dak crita melayu yg best macam tu...?

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...