876

pB cukup pantang kalau bercakap orang guna "Engko" "Aku".
Bagi orang lain , mungkin perkara ni perkara biasa .
Tapi bagi pB , memang pB tak boleh nak tolerate langsung.
pB rasa kasar sangat kalau ber 'Aku' "Engko" tu.
Bagi pB , hanya yang rapat - rapat jer boleh ber'Aku' 'Engko' dengan pB.

Baru jer bergaduh dalam talifon dengan satu person nie.
Kita cakap elok elok , dia tak mau dengar.
Lepas tu , dia siap cakap Aku , engko ...

Memang berdesing telinga pB.
Saja betul nak cari gaduh.

Kita ni internal customer awak , bercakap lah elok - elok.
Kita mintak pun dengan cara baik - baik.

Bukan masalah pB kalau awak tu dah banyak kali bercakap dengan pelanggan awak.
Dah kerja awak. Buat ler kerja awak tu elok elok. Awak tak tahu masalah team saya. Yang awak tu cuma tau duduk kat bilik aircond. Kejab kejab call saya tanya progress team saya.

Memang pB hangin satu badan tadi. Letak talifon tanpa cakap apa apa pun kat budak tu. Bila pB check nama budak tu kat address email , no staff pun tak ada lagi. Budak baru masuk kerja barangkali. Sungguh kurang ajar.

Comments

xiiinam said…
Dalam blog pun saya tak pernah guna 'ko' dan 'aku'.....


Kerana saya tek kenal pun siapa orang itu di luar maya...
e.l.i.s.s.m.i.e said…
alamak..eliss suka laa guna aku ngan ko ni..rasa mesra gitu :)
kakcikseroja said…
hmmm.. pB kena kasi ajar sikit dengan itu budak, kot.. :)
maiyah said…
sy pun guna dlm sembang bersahaja dlm blog sy, kalo mungkin pada keadaan yg lain mungkin x elok pakainya.. tgk tempat dan keadaan.. sy bahasakan diri dlm cite sbg aku tp kalo sy komen ruangan org len sy guna perkataan saya.. ermm.. mungkin gak ada yg x suka kan
relevan said…
Koi gitu juga pb..ganti nama jarang koi gunakan sebagai aku..kadang kadang tu koi guna i you saja..
Webmaster@Echam said…
Tapi saya mmg guna aku ngan engko tu....
achik said…
err saya beraku engko ngan org yg rapat dan sebaya.. ;p
Sally said…
Bab bahasa ni terpulang pada keadaan, latarbelakang dan keakraban kita dgn pihak yg satu lagi..mcm sally pulak sgt tak bole terima pelajar membahasakan sesama rakan2 dgn perkataan 'nate', 'bengong' dan ada lah lg perkataan2 yg sangaaaatlah membingitkan telinga..
Yunus Badawi said…
Saya dulu tak berani guna perkataan 'aku' sbb emak akan cilikan mulut. Tapi bila rakan2 blogger yg rapat dah guna ko dan aku, saya pun ikut juga guna panggilan tu utk yg rapat tu aje.

Dgn pB masih tak selesa nak guna ko dan aku hehehe
risanur said…
risa pun hanya guna kau dan aku dengan kekawan yang betul2 rapat saje...kalu kekawan tu lebih suka pakai perkataan saya, awak....

moga kak pB banyak2 bersabar...karenah org macam2...
AuntieYan said…
Salam pB,

Auntie pulak, sejak kecil mak larang cakap 'aku'. Kalau mak dengar antara kami cakap 'aku'...mak cilikan molot tu.(dasatkan orang dolu2)

Auntie juga tak selesa kalau 'beraku engkau'...adalah sorang dua kawan yang 'beraku engkau' dengan Auntie. Auntie lebih suka gunakan gantinama nama sendiri, atau gunakan 'saya' atau 'I' saja. :-)
atty's said…
kty mmg guna pakai perkata aku or engko..tp selalu kalo kty dah rapat..
cam dlm blog mmg guna aku ..sbb blog kty anggap diari kty..
kayteeze said…
Tie pun memang tak biasa dengan aku engko ni.. rasa kasar betul. Tapi bila dah kahwin , bersama dengan ipar-ipar... lama2 terpaksa membiasakan diri. Tapi, Tie lebih suka guna nama je...
Kunang-Kunang said…
Salam PB,

Sabar banyak2.

Memang kadang budak2 yang belum kering cap jari ni dia orang belum tahu langit tinggi rendah dalam pekerjaan.

Popular Posts