10 August, 2010

917

Salam semua




Terima kasih pB ucapkan kepada semua kawan kawan yang telah meninggalkan komen , menghantar pesanan ringkas dan ada juga yang menghantar email .


Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri pB.



Terharu hati pB , seriyesly.



Hari ini pB nak tunjuk gambar madu pB.






Mesti ada yang cakap , alahai dengan kamera ni pun nak rasa sampai begini. Macam dirobek robek , konon. Apa laaarrrrrrrr.

Yang sebenarnya , aBear outing ke Port Deksen pada sabtu dan ahad lepas. Dan pB tak leh nak ikut sama , ada tetamu di rumah. Tak kan tuan umah dua dua tak ada. Tak syiok lar kan.

Dan aBear pun tak leh nak kansel sebab dia salah sorang orang kuat masa outing tu.

pB tau pB tak patut pun cemburu dengan aktiviti aBear ni , sebab aBear bukan lah buat benda salah dan dia bukanlah bercanda dengan perempuan lain. Tapi tu lah , hati dan perasaan ini bukan boleh di ramal - ramal , dan perasaan cemburu tu bukan boleh dipadam padam begitu sahaja.

Perasaan yang pB rasa tu bercampur aduk sebenarnya . Nak marah ada , cemburu ada , menangis tak yah cakap ler. Dok sorang - sorang jer mesti menangis. Teringat jer dia dok berseronok , mesti timbul semua perasaan negatif tu.

Bila hantar sms , aBear lambat balas , lagi lah datang perasaan tu. Bukan tak cuba tak singkir semua perasaan tak elok tu , tapi tak berjaya. Tu yang keluar entry Madu tu. Sebab malam tu , pB betul betul rasa pB berkongsi kasih dengan kamera tu.

Gila kan ? Mungkinkah sebab jiwa orang mengandung ni lebih sensitif.

Tak tahulah ....

Tapi , sengsara sungguh seminggu dua sebelum aBear ke PD tu. Itulah kisah yang sebenarnya.

pB bermadu dengan camera



14 comments:

Kakcik Seroja said...

Aduhai pB...

biasalah - emosi perempuan mengandung ni... macam-macam. Apa2pun, selamat menyambut Ramdhan dan selamat berpuasa. Lambat lagi nak bersalin, kan? :)

hazila said...

Selamat Berpuasa pB

Mak Su said...

cinta hangat di jiwa ;)

Anonymous said...

Kak pB,
Kak.. ekau ado raso nak kono belasah ngan kamera tu tak? hahaha... aduhai.. risau tul den ni.. huh..

Apapun.. Selamat menyambut Ramadhan kak.. hehe.. sonyom jo.. jangan nangih-nangih laie yo..

MOKCIK AZWA said...

Nasib baek peknen...hehehe, maka alasan beremosi itu boleh diterima waka waka

ida napi said...

pB,
paham sgt perasaan pB masa nieh..perasaan yg mmg x leh nak dielak langsung..

Anonymous said...

syukur alhamdulillah...rupanya madu dgn camera...eheheh

Zaitun said...

Selamat berpuasa.

Ordinary Superhero said...

Salam Ramadhan Mubarak to you and family.

ibundo said...

selamat meyambut ramadhan bulan yang penuh berkah..

yushida03 said...

errr.. ini macam pun ada ka.. isk ada, ada..

<-- stok baru berani reply setelah duk baca jer entri2 sebelum ni..

kucingorengemok said...

buat saspen yo kak pb, hehe... takpe lah, bawak budak memang sensitif :)

Dr Singa said...

cissssssss.......
pB try jatuh cinta lak kat eos tu...
dijamain tak boleh lupa...
percayalah....
silap2 kena beli 2!

NURAZZAH8 said...

Salam pB,

ANAK akak yg baru form 3 nak PMR ni sejak awal tahun dok merayu mengecek suruh belikan DSLR ni...itu pun dia selalu duk usha usha kat internet... akak buat tak dengar jek... sbb dia nak periksa PMR tak lama lagi..kalau belikan pun (huih..manalah ummi dia ni mampu) for sure nanti dia tak belajar...asyik membelek benda alah tu jek...!!! tapi dia pandai ayat..dia kata..ummi kalau dia periksa PMR dapat 9A ummi dia tak mau hadiah lain..dia nak hadiah camera tu!!! hah...ambik ko.... terkedu ummi dia...!!! hahaha...tapi akak cakap..."ummi tak janji ek!" ...

memang rasanya kalo dah jatuh cinta dengan camera DSLR ni ..tak kisah benda lain... mmg patut pun pB duk cemburu...hehehe...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...