15 October, 2010

938

Lepas raya , dah empat kali 'spoting' dan sekali 'bleeding'.
Rasanya yang bab bleeding tu sebab sabtu tu sibuk sangat kat dapur.
Dok mengangkat periuk berat gituk.

So pagi tadi , pergilah ke Hosp. PutraJaya.
Nak gie hospital swasta , office tak cover.
Insuran kesihatan pun tak ada.
So , hospital kerajaan jer lah yang mampu.

Bawak surat dari klinik swasta.
Sampai sana jam 730 pagi.
Ambik nombor kat kaunter pendaftaran.
Dapat nombor 2004.
"Angka 2" untuk berjumpa dengan O & G.

Tunggu punya tunggu , asyik nombor lain jer yang dipanggil.
Hampir 40 minit barulah , dipanggilnya no giliran 2004.

Kerani baca surat , dapat lagi satu nombor.
Sila bawa ke kaunter O & G.

Masukan buku merah , surat rujukan dan juga no giliran.
Tunggu lagiiiiiiiii.

Lepas sorang sorang masuk.
Yang mana ada surat rujukan atau perlu jumpa doktor,
masih lagi lekat di kerusi.
Nak bangun gie makan , takut nama dipanggil.
Tunggu jerlah.
Sib baik pergi dengan aBear , at least boleh ler dia gie beli makanan.

Dapat tahu , Jumaat , pakar @ che puan doktor ada meeting.
Biasanya 9.30pagi baru selesai.

Tunggu dan tunggu lagi.
Jam 10 30 baru , misi panggil.

"Dr dah baca surat Puan. Dia akan jumpa Puan hari Selasa 19hb".



Perasaaan pB ........



Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tension sungguuuuuuuuuuuuhhhhh.

Balik umah terus tidur.
Tapi tak leh tidur lama lama sebab terpaksa ke pejabat.
Tak jumpa doktor , mana dapat MC.
Cuma dapat time slip jer.


Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii

9 comments:

Kakcik Seroja said...

Jumpa dr pun belum tentu dapat mc.. kakcik dah pernah mengalaminya. :(

~adeQ~ said...

mcm tu lah kak...hospital kerajaan....sebab ramai orang kan...sabar jek lah....

MOKCIK AZWA said...

ayooo...tu la pasal mokcik bencinta nak pergi hosp. gomen nie...huhuhu

:: HUSNA :: said...

tu yg malas nk checkup kt klinik gomen. mau nk kena amik cuti 1 hari...

Arena said...

Warggghh, tensionnya kak PB..

Mak Su said...

rehat byk2 ya pb.... itu jer yg maksu mampu katakan...

risanur said...

risa tahu betapa tensionye kak pB...tunggu lama sampai tak gi makan, alih2 kena datang lagi hospital...risa pun mcm gitu jugak...stiap 3 @ 4 bulan...kena byk bersabar bila nak jumpa doktor kerajaan ni...

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Emmm..udah gitu sistemnyer.. Kena ramaikan doctor ler patutnya ek...

umeboshi said...

sabar byk2 k.pb. moga selamat semua nye...amin!!!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...