12 November, 2010

954

Ada sorang abang kat pejabat pB nie.


Allah uji dia macam macam.
Tapi dia redha dan sabar.


2 dari 4 anak dia , sakit thalassemia.
Tiap tiap bulan , dia berulang ke PPUM untuk masukan darah.


Baru -baru ni , isteri dia diserang penyakit lupa.
Nasib baik tak serius.
Tapi dua tiga kali jugak lah , dia terpaksa ambik cuti kecemasan
sebab tiba tiba isteri dia jadi macam 'mamai' gitu.


Dan yang terbaru , anak dia yang no 4 ni pula
disahkan demam denggi pulak. Dan dimasukkan ke HTAR Klang.



pB respect sebab dia , sebab dia penyabar dan tak cepat melatah.
Tak sekali pun pB dengar dia bersunggut atau marah pada takdir.



Kalau lah terkena pada pB , entah lahhhh .....

6 comments:

mummysyafie said...

mest dier tenang kan...

wahida said...

Ya allah...besarnya dugaan dia...katakan pada dia...penyakit itu menghapuskan dosa2 kecil...banyakkan berdoa..

Hanisham Ab Halim said...

Sabar dan redha tu salah satu cara utk menerima sesuatu dgn hati terbuka. Anak pertama saya seorang OKU. Masa mula-mula dapat tau dia macam tu mmg jadi HANG. Tak tau nak buat apa sbb risau fikirkan masa depan dia seandainya kami tiada suatu hari nanti. Alhamdulillah lepas berfikir dgn rasional akhirnya kami boleh terima dia. Dah besar pun skang ni. Umur dah 5 tahun. Tapi dia mmg ade Syndrom SOTOS. Kat Hospital KB ada 2 kes Syndrom ni. Kes yang ke 2 kes anak saya.

Ada sesetengah ibu bapa yang tak boleh terima anak2 camtu. Ada setengah tu yang langsung tak layan anak2 OKU walaupun anak tu darah daging sendiri. Paling sedih bila ada ibu bapa yang ade anak ni boleh tinggalkan dgn datuk dan nenek dgn alasan taknak budak tu. Masya Allah, dahsyat sgt. Saya cerita ni berdasarkan kepada pengalaman kawan keatas kawan saya. Bukan bertujuan mengaibkan tapi sbg pengajaran kepada pembaca semua.

Kes berlaku di KL. Si A dan Si B berkahwin dan dikurniakan seorang anak OKU. Kehadiran anak tu diorang tak boleh nak terima sbb dia Syndrom Down. Apa diorang buat ialah tinggalkan anak diorang ni dgn Ibu Bapa diorang. Jika dilihat kepada layanan Mak Ayah kepada budak Syndrom Down ni amatlah menyedihkan.

Kawan saya yang ceritakan tu pun boleh menangis depan saya bila kenangkan apa ayah budak tu buat kat anak dia. Anak dia nak bermanja tapi dia tolak anak dia supaya tidak dekat dgn dia. Bila habis dgr cerita tu buat saya terfikir. Apakah nasib anak itu selepas Tok dan Nenek dia meninggal nanti. Adakah akan dihantar kerumah anak2 cacat atau dibiarkan sendirian tanpa dipedulikan.

WRA said...

mungkin sebab dia boleh terima semua itu lah ujian2 demikian diberi pd dia...Allah nak angkat darjat dia tu...kita pun gitu jugak...setiap ujian yang dtg anggaplah kerana Allah kasihkan kita...

Kalu k.wear lah, k.wear suruh dio ikhtiar mcm2 caralah...sbb k.wear belajar doh pasal thalassemia ssemo ni keh...hmmm

Tie said...

Oh... terasa sangat.

Kita ni dah ada anak-anak normal, bila mereka degil atau protes, dah mula rasa tak sabar, inikan pula mereka yang ada anak-anak istimewa atau punya masalah kesihatan...

Insap betul!

ckLah @xiiinam said...

Allah mengetahui segala di sebalik ujian itu...Moga kita sentiasa tabah dengan apa saja ujian...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...