956

Salam

Selamat pergi dan selamat kembali.
Sampai semula di Puchong hari sabtu tengah hari.
Bertolak dari kampung jam 7 pagi.
Alhamdulillah , jalan tak lah sesak mana pun.
Tapi yang tak syok nyer , che aBear kena saman.

Polis tu tahan atas kesalahan memotong double line.
Double line ni kalau line nya dua panjang dan tak putus putus kan.
Tapi double line yang polis ni cakap ialah line panjang yang dah samar samar
dan kat dalam double line tu ada single line yang putus putus.
Memang lah tak puas hati kan.
Ague ague , last last dia bagi gak saman.
Tapi saman sebab tak memakai tali pinggang (padahal semuanya pakai pun).
Alasannya nak cukupkan kouta untuk hari itu.

First time balik kampung tak naik pasar Siti Khatijah.
Memang kali ni , balik kampung tak gie mana mana.
Perut dah memboyot ni , letih sokmo.

Raya , so far ok jer.
Pun first time beraya tak ke rumah mak sedara , pak sedara.
Kesimpulannya balik raya haji tahun ni , memang tak kemana mana.


Ohh lupa , kita orang daftarkan anak yang no tiga tu sekolah kat KB.
No tiga ??? Kak Lang tu ler.
Dia kan baru dapat keputusan UPSRnya.
Keputusannya ok ok aja.


Dia yang nak , kita tak paksa , tau.
Sekolah menengah agama kat Pulai Chondong.
Sekolah dalam kawasan kampung.
Jauh dari hinggar binggar kota raya.
4hb ni ada exam untuk kemasukan.
Doa doalah agar Kak Lang berjaya.

Masa balik ke KB , 7 orang.
Bila pulang ke Puchong , cuma 5 orang.
Dua lagi tinggal di kampung.

Insyaallah 3hb ni , kalau larat , pB akan pulang lagi.
Yelah anak nak pereksa , mestilah nak bagi semangat,kan.
Tapi itu semua , kena tengok keadaan fizikal pB lah.

Comments

kakcik said…
Salam pB...

semoga pB masih kuat untuk menjengah anakanda nanti. :)
jedi said…
semoga pb kuat...hehehhe
Yunus Badawi said…
Salam pB,

Kalau kita rasa tak buat salah tapi kena saman mmg bengang. Saya pun pernah kena mcm tu. Kereta depan yg jelas2 potong kat double line tiba2 kita yg tak potong ni kena tahan lalu disaman.
Ha'ah...moga sampai hajat pB nak bg semangat kat anaknya tuh.
Madam Sooyaree said…
salam pb, kita mintak izin link kan blog ok :)
Hamizah said…
pulai condong tu kapong sayo..sekolah tu tepi rmh sayo..c2lah sayo sekolah maso dulu2..masuk u jugok akhirnya..hehehe
oren said…
insyaAllah, demi anak2, mesti kuat punya..
"MULAN" said…
jaga diri ya pb....
e.l.i.s.s.m.i.e said…
salam kak pb..jaga diri molek..mcm mana laa rupa perut boyot tu erk??hehehehe

lama tok jupo...

eliss tok kena same sebab abe bowok 110 jah.

Popular Posts