09 December, 2010

962

Masya allah , dah nak naik berkulat blog pB nie.
Hujan hujan camni , lagi ler senang tumbuh kulatnya.



Dulu , sebelum pregnant , rajin sangat update blog.
Tapi sejak pregnant ni , mood nak update ni jarang benar datang.
Sib baik , pB masih lagi rajin melawat blog kengkawan.



Apa yang happening dalam hidup pB ???



Sabtu lepas , temankan Arifah ambik pereksa kat SMA Syamsul Maa'rif Pulai Chondong.
Terkejut sakan , sebab tak sangka begitu ramai yang berminat nak masuk sekolah agama ni.
Tempat kosong cuma ada 160 untuk 4 kelas.
Tapi yang mintaknya hampir 250 orang.



Alhamdulillah , semalam keputusan dah keluar.
Anak pB berjaya mendapat tempat disitu.



Ahad , hujan tak berhenti seharian.
Merendah bandar Kota Bharu dalam hujan.
Mencari kelengkapan sekolah anak anak.
Beg sekolah , kasut sekolah dah settle.
Baju sekolah pun dah tempah.


Ni nak cerita satu kisah.
Kisah Nurin nak beli pensel box.


B4 balik KB , pB adalah bawak dia ke Popular Book Shop kat IOI.
Dia punyalah terberkenan dengan satu pensel case nie.
Belek belek , tengok tengok harga pensel case tu hampir mencecah RM20.
Mahal tuuuu.
Maka , pujuk lah ....

"Nanti mama cari yang lain . Yang ni mahal sangat".

Sib baik , Nurin ni jenis hati lembut.

Ahad tu (di KB), masa meronda cari barangan sekolah ,
terjumpalah pensel case yang Nurin dok berkenan tu.
Sebijik , serupa.
Dengan gambar , dengan warna , dengan coraknya.
Cuma yang lainnya harga.
Jauh berbeza sangat sangat.

Harga di KB cuma RM8.90
Alahaiiiiii.

Isnin merendek lagi Bandar Kota Bharu.
Dalam dok sarat sarat ni , gigih lagi tu.


Selasa , balik semula KL.
Tinggal kesemua anak anak di kampung.


Dalam perjalanan pulang , berlaku satu kejadian ajaib.
Pertemuan yang menggembirakan.
Pertemuan yang luarbiasa.

Kalau nak tahu , silalah klik link dibawah ...

PERTEMUAN AJAIB.


Cara penceritaan tuan blog ini lebih menarik dan real .

18 comments:

sally said...

:) hehehe..blom habis sengih Sally..over la la pulak kan...hehe. Tahniah anakanda berjaya masuk ke sekolah agama tu..sejuk perut mama dia masa ngandung dulu kan..? Waaa..makin keraplah pB kelik KB lepas ni..

Ibu n Abah said...

salam pB,
best ada entry baru...
akak selalu masuk rumah pB tapi asyik nampak nombor 961... ari ni dah tambah nombor.. 962..
seronok kan jumpa rakan blogger....

ckLah@xiiinam said...

Salam pB. Semoga sihat ya...sambil menunggu hari.

~ yus ~ said...

Wah! Seronok nampaknya berjumpa teman blogger...

kakchik said...

salam kak pB. huhu, kelik kelate tok ghoyak pun.... kakchik dok ingat ko kak pB doh bersalin doh, ghuponya ado sebule lagi. mesti sarat bena.

kotok kale lagu mano... lah hok mahal gitu mo tu? KL RM20, pah tu hok di KB RM8.90 tu beli ko dok?

ok, now, nok gi baco cerito perjumpo'e kak pB nga saing tu.

Kak Anie said...

PB.. seronok dan teruja bila dpt berjumpa kali pertama. dan bila dah jumpa kita asyik mencari peluang untuk berjumpa lagi kan...

Semoga PB sentiasa sihat dan ceria bersama baby ...

KAMATO said...

seronok baca cerita ni....unik

risanur said...

tahniah anak kak pB dapat gak masuk sekolah agama tu...

mmg pertemuan yg ajaib...tahniah sekali lagi...

Hamizah said...

tahniah..
kalau ada rezeki bulih kito jupo, pB..
taun depe blk msia..

DrSam said...

Alhamdulillah anak dapat ditempatkan ke sekolah agama. Sejuk hati. anak-anak saya ni pun memang minta nak balik kampung dan tinggal di rumah atok diaorang masa cuti sekolah, tapi mak bapanya lah pula risau takut kesunyian :)

pB said...


DrSam
Masa kecik kecik dulu, tak mau kalau ditanya. Tapi sekarang ,bila dah besar ni, pantang ditanya ,hendak aja dok dikampung.

pB said...


HAMIZAH
Insyaallah. Kalau ada area tu ,masa tu , boleh lah kita berjumpa.

pB said...


RISANUR
Terima Kasih. Harapannya jangan tak sampai sebulan , dia mintak balik , dah ler....


Mula mula tu , ingatkan just nak bagi bagi lampu jer. Tak sangka sungguh boleh bertentang mata pula tu.

maklang said...

rindu kat pB...kta pun tak pernah bertemu...bila lah gaknya...

pB said...


KAMATO
Memang unik cara kami berjumpa.





KAK ANIE
Doa doakan agar pB kuat semangat nyer , Kak.





KAK CHIK
Sudah semestinya dibeli. Kalu tok beli, rugilerrr.

Kak Chik , kak pB nok mitok no contact. Nanti email , deh.

pB said...


YUS
Nanti kalau pB ke Batu Pahat , kita jumpa jumpa nyer.





ckLah
Salam kembali. Terima kasih. pB pun doa-doakan agar ckLah dan kengkawan lain sihat sihat sepanjang cuti sekolah nie.





AKAK TOO
Kita , bila pulak nak bertemu ??? Puchong dengan Bangi , tak jauh mana pun.

pB said...


SALLY
Hehe hehe. Masih dok terbayang bayang lagi. Lepas ni , tiap kali lalu kat Bulatan Benta tu , mesti ingat pada Sally.

Esok , kawe kelik lagi. Kali ni dok sana sapa 2hb January.

AuntieYan said...

Salam pB,

Tahniah anak dpt masuk Sekolah Agama.

He!..he!...best betul kronologi pertemuan pB dengan Sally...:-)
Gitulah, kalau nak jumpa pertama kali ni ada satu macam 'feeling' le ngalahkan nak jumpa boifren!

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...