26 January, 2011

972

Salam


Terimakasih diatas semua komen komen mengenai petua untuk menambahkan susu.



So far , pB dah mula minum air kurma. Susu kambing , memang hari hari minum. Tok Ma pun semalam dah beli lobak putih. Dan tengah hari tadi , dah mula makan lobak putih tu.


DrSinga , apa nama ubat tu?? Boleh pB minta aBear cari kat farmasi.



Mencabar jugak bila ada anak lelaki ni. Hari hari nak kena tuam. Kalau tak tuam , takut nanti datang penyakit 'angin pasang' (nauzubillah). So far nampak ok jer. Perut Adam pun jaranglah kembung. Ada gak standby ubat kembung tu. Baby ni kalau kembung perut , akan asyik meragam. Betul tak mak mak kat luar sana ....



Adam memang kuat menyusu. Celik mata jer , terus nak menyusu. Tapi timbul lak satu masalah baru.

Adam macam lebih prefer menyusu dari botol. Kalau breast feeding , Adam seperti susah nak 'mencari'. Kalau dah ada dalam mulut pun , dia masih lagi meronta-ronta. Alahaiiiii. Anak yang lain , tak ada pulak masalah begini.



Nik Ha , baru ni ada tinggal komen , yang bagitau ada puting susu yang seperti puting original. Apa brand? Dan mana nak cari??



Kesian sangat pada Adam bila dio dok meronta ronta begitu.
Rasanya berat badan Adam dah meningkat sikit. Maybe dah 3 kg. Kulit kulit yang mengelupas pun dah hilang. Alhamdulillah , bintik bintik merah di muka pun dah hilang. Kena selalu cuci selepas menyusu.



Ini pulak kisah Kak Lang. Semalam ada dia call. Sound so sadddd. Hujung minggu ni tak boleh balik umah lagi. So far , dah direst dua minggulah , dia terpaksa stay di asrama semasa hujung minggu. Susah nak contact sekarang , sebab hp yang ada ditangannya terpaksa rela diserahkan kepada warden. Cuti raya cina ni pun , Kak Lang tak balik ke rumah di Puchong nie. Cuti sekolah cuma 3 hari. Nak suruh dia balik pun kesian. Buat penat badan jer. Terpaksalah tunggu cuti sekolah bulan tiga ni :(



Dah nama duduk asrama , mesti ada masalah air. Nak tak nak , Kak Lang terpaksa bangun jam 430 pagi untuk mandi, Kalau terlewat sikit, bilik air penuh dan air kurang. Lepas mandi , tidur semula dan bangun jam 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Kesian sungguhhhh...

Kalau ikutkan hati dan perasaan , memang pB nak ambik dia semula dan sekolahkan dia di area Puchong ni jer.
Alahaiiiii



Dah kena stop menaip, Adam dah bangun.

13 comments:

attyfir said...

kseiannya kak lang.kita sbgai ibu mesti tak sanggup tgk anak kita camtu kan ..

tp demi masa depan kak lang.takpe..
smoga kak lang tabah ..

risanur said...

baby lelaki mmg kuat menyusu kak pB...hope baby adam akan sihat selalu...

dugaan untuk kak lang...kena la berkorban sikit dan hidup berdikari sbb mama jauh...jgn nangis ye kak pB..

Mulan said...

laaa... kesian kak lang..

pb, kalau baby sokmo dipakaikan seluar panjang & stokin, pastu lomor minyak angin/vicks ke betis belakang & tapak kaki tiap kali lepas mandi & sebelum pakai seluar panjang & stokin tu.. insyA takde la kembung..

Anonymous said...

Salam PB,

Semoga adam dan ibunya sihat sentiasa.

gadisBunga™ said...

salam pB,

saya cuma reti baca je. nak bagi cadangan mmg tak dapat le lagi... :D

aza ni said...

salam pB
semoga ibu dan anaknya serta pB sekeluarga sihat walafiat..

dulu anak kecil saya tuamkan guna kacang hijau balut dalam buntil.. minyak talon standby..

Anonymous said...

Salam Kak PB,

Masa Yan lahir kan anak sulung @ ALYA, mak saya bagi cucu dia makan @ minum "UBAT SARAT". Ubat ni serbuk je n bagi minum kat baby yang dalam 40 hari utk elakkan perut kembung. Saya bagi ALYA ubat sarat ni masa dia dalam 7 hari dan Alhamdulillah dari ALYA lahir 07.03.2010 sampai la dia sekarang ni, tak pernah lagi kembung perut. Ubat sarat ni saya beli kat Kedai Cina Cabe di KB. Rasanya orang KB tau kat mana kedai singseh ni Kak PB :)

Tentang teat @ puting botol bayi yg sama ala2 nipple ibu tu, cuba Kak PB tengok yang brand TOMMEE TIPPEE. ALYA pun saya gunakan teat & botol susu TOMMEE TIPPEE ni utk dia since dia lahir sampai lah skrg. Teat tu memang lembut dan sekali pandang memang mcm niplle ibu. Itu sebab bila ALYA dah rasa minum susu guna teat TOMMEE TIPPEE ni, memang susah betul saya nak brestfeed dia masa dalam pantang dulu.

TOMMEE TIPPEE product ni ada kat Mothercare. Tak pun Kak PB boleh chk online coz beli online bagi saya lagi murah.

Biasanya Yan beli product TOMMEE TIPPE ni kat website :

www.littlewhiz.com
www.mybbstore.com


Selamat berpantang ye Kak PB :)


wassalam.
YAN

Zareda Norman said...

zulaika dulu zar guna puting susu brand MUMMY. mahai sikit tapi berbaloi. puting dia macam puting asli, dan mengikut bentuk mulut baby. kebaikannnya, baby tak mudah kembung, gusi baby tak jongket dan susu tak keluar kalau baby tak sedut so kecenderungan baby tercekik susu adalah sangat rendah

shafarina said...

Salam kak.


Angin pasang tu tak pernah jadi masalah. Masa Along sebulan saya dah sunatkan, Fahim sunat masa 3 minggu. Alhamdulillah tak payah risau n fikir pun pasal penyakit tu.


Pasal puting tu, akak cari jenama tommy tippee, kalau kat sini mothercare alamanda ade jual. Tapi kengkadang budak ni memilih jugak. Macam Fahim dia taknak tu sume, dia nak Fiffy jek. Murah adanya. Hehehe


Selamat mencari!

Anonymous said...

Betul tu, baby lelaki memang kuat menyusu, pastu kuat kencing. Tak larat nak tukar lampin (masa kita dulu guna lampin jer).

Dia suka susu formula sebab rasa kenyang kot, tapi sebenarnya lambat hadam. Sebab tu bila menyusu ibu agak kerap sebab cepat hadam (dan lapor).

Tapi kan... lebih baik beri dia lebih kerap susu ibu, supaya antibodinya kuat.

Anak lelaki ni masa kecil mudah dapat sakit, tak lasak macam anak perempuan. Kita dulu bagi susu badan sampai 1 tahun setengah, sebab ada adik pulak. Terpaksa bagi dia susu botol. Lagipun dia geli tengok kita nyusukan adiknya, hehe...

MOKCIK AZWA said...

PB,

pakabar? Semoga baik2 sahaja dgn Adam ya..

Mokcik pun setuju tu budak laki lagi kuat nyusu dari girl. Hadi dulu sampai mokcik dah master cara2 susukan dia sambil berbaring, kalau tak jenuh la..hehehe. Yang baiknya, dalam tempoh berpantang tu memang mokcik lost weight banyak gara2 baby kuat nyusu hehehe

kembung perut masalah biasa, tapi cuba la praktikkan petua kawan2 yang diberi, insyaAllah berkesan kan.

take care ya

oren said...

puting g saya tau, jenama dr baby, kotak kaler coklat, puting getah yg lembut kaler coklat gak..

teringat kat asrama bila cerita psl air nih..saya dulu, mmg tak kuasa nak bangun awal, nak2 plak mcm berhantu sket..so, bangun jek kul 6 lebih, masuk toilet cikgu..ahahaha..sbb sekolah satu blok jek ngan asrama..kadang, pernah gak tersermpak ngan cikgu dengan hnya tutup kepala ngan towel, sambil tangan usung gayung..hikhikhik..kalo agak2 payah sgt, tak mandi le jawapnya..

mmg mcm kesian, tp itu akan beri pengajaran dan semangat yg kental utk kak lang..

kak lang buleh..

aNIe said...

PB... dulu anak2 lelaki akan semua bertuam sehingga mereka dah pandai duduk...hampir 7-8 bulan bertuam... arwah mak marah kalau tak tuam sebab dia kata anak lelaki kena jaga lebih...takut masuk angin...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...