27 January, 2011

973

Salam


Dalam ramai ramai anak pB (5 pun ramai ker?) hanya dua orang sahaja yang berkulit cerah. Si Kakak dan juga sibongsu nie @ Adam. Yang lain tu , semuanya hitam manis. Tak kisahlah kan , asal kesihatan baik dan jadi anak yang solehah.

Masa pregnant siKakak, memang boleh dikatakan hari hari pB makan epal merah. Dan bila mengandung Adam , pB banyakkan minum susu kambing dan juga air soya.

Semalam , masa dok dukung Adam , saja mulut ni gatal dok berkata2

"Wah.... putih anak mama ni nyer ...."

Kebetulan masa tu , Tok Ma ada dok depan depan pB.

"Apa nie , puji anak sendiri , tak baik lah" , marah Tok Ma


.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terus terdiam


Salah ker puji anak sendiri ???????


___________________________________________


Ini cerita lain tentang Adam. Asyik cerita pasal Adam jer.



Hari ni , kesian Adam. Merah muka muka , meneran.
Sembelit rupa rupanya 'hero' Mama nie ....



Nak kata pB salah makan , rasanya hari hari makan benda sama jer.
Minum air , pun banyak (sebab nak susu banyak).


Mungkin kah sebab Adam tak minum air masak.
Tapi , kalau dah menyusu badan , rasanya dah tak perlu lagi minum air masak.
Tak gitu ????

14 comments:

Anonymous said...

Eh... kena beri.

Air masak bagus, selain dari itu mulut dan lidahnya akan bersih.

Kekadang dia pun haus, jadi berilah air masak setiap kali lepas menyusu. Bagi sikit jer.. sesudu (hati-hati, takut tersedak lak!)

Eliss said...

lewat tahu kak pb dah selamat punya anak bujangan yang ganteng..sorry kak pb..dah balik puchong ko??

WRA said...

k.wear nok gi melawat PB nanti, insyaAllah kalu tak dok aral. Nok tengok anok jate sore tuh hehehe...nati PB miss call k.wear deh sbb henfon k.wear hari tu hilang, semo nombor ikut hilang jugok...

Air masok meme keno bui jugok, sikit pun jadi...kalu air filtered lagi bagus hehehe

Bapak said...

salam,

senario Adam lebih kurang sama ngan Ilhan.kuat menyusu sampai kena top up sikit ngan susu formula.

awal2 kelahiran, Ilhan pun x pandai juga direct breast feeding tapi bila dah berusia hampir sebulan akhirnya alhamdulillah masalah tu selesai.

tapi kena latih hari-hari.risau gak nak bagi puting susu, takut dia keliru.(pernah jadi kat Khalish dulu...)

mula-mula bagi Ilhan susu guna sudu je pastu baru beli puting susu yang menyerupai puting original jenama Mam.

Zareda Norman said...

otg tua tua mmg pantang kita puji puji baby.. maklumlah babyni wangicomel.. bukan kitajer suka.. takut takut makhluk yang tak nampak pun suka juga.. kalau mak zar tu, masa ika baby, kami nak balik malam malam siap dicontengnya muka baby ika dengan bontot kuali bagi tak comel.. biar tak de yg mgikut baik.. Wallahualam..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah, A'ah kebetulan bila minum air soya selalu... ketika mengandung, InshaAllah kulit baby putih melepak, gitu lah anak pertama auntie..he he he

AuntieYan said...

Salam pB,

Pasal memuji kecomelan baby ni, betul macam kata Zar..orang tua-tua memang pantang. Kalau kat tempat Auntie, orang tua-tua bila datang melawat baby akan berkata..."alahai, huduhnya baby ni" yang sebenar dimaksudkan adalah..."comelnya baby ni"...ha!..ha!...gitulah adanya.

Auntie dah macam lupa pasal penjagaan baby, maklumlah baby Auntie sekarang dah nak masuk usia 19...(baby ke hape, kan?)

Masa anak-anak Auntie kecik dulu, selain daripada minum air masak, Auntie jugak bagi minum apple juice..beli dalam botol kecik-kecik tu yang untuk baby...tujuannya supaya dia tak ada banyak kahak...

Selamat mengulit anak. ;-)

KakNi said...

org tua2 mmg begitu tak bg memuji baby, padahal apa2 yg kita cakap tu adalah doa, samada memuji atau mengutuk. Asyik cakap baby tu hodoh, kalau doa tu makbul camne?

Bg lah dia minum air sikit tp sikit jer lah... ala.... awak ank dah ramai, dah berpengalaman gitu.... hahahah

oren said...

susu ibu tu dha cukup kompisi airnya..bg saya , takyah lah..kalo nk bersihkan lidah atau mulut, just lapkan kain bersih yg lembap keliling mulut..

sembelit mgkn sbb formula..sebab baby kecik sebelum usia 6 bulan mmg tak perlu apa2 selain susu ibu..atau, kalo tak minum fm, mungkin sekadar nak berubah bulan..

nih pendapat peribadi saya tu..tak merujuk kepada mana2 individu atau kumpulan..hikhikhik..

Angah said...

Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya tak perlu air masak sebab susu ibu ada 88% air.

bb kerap nak nursing most of the time sbb nak comfort je, bukan sbb tak cukup susu. Ini biasanya la ya..

cara mudah nak lihat dia cukup susu atau tak (ni untuk full BF babies) tengok najis ngan kencing dia. Kalau najis warna kuning,firm dan ada biji2 mcm bijan tu, dan kencingnya jernih. maknanya cukup la tu.

Ni pengalaman angah je kak PB.

Yang Adam prefer botol tu mungkin latching problem kot. dia tak latch ngan betul kat breast jadi bila dia hisap tak puas. insyaAllah lama2 nanti ok la. Kena pastikan bhgn aereola tu banyak masuk mulut dia.

Riefqi guna puting dr. baby je hehe..kakaknya dulu guna NUK..

Nik Ha said...

kalau sy suka puji ank sendiri utk bg dia confident & menghargai anugerah Allah ;)

kalau exclusive susu ibu mmg tak perlu air masak sbb yg saya belajar dari lactation counselor perut bayi ada lapisan pertahanan yg dia dpt dari colostrum (susu awal ibu)bila bg air masak @ air selain susu ibu ia akan menghakis lapisan tersebut.org2 tua mmg suh bg air masak. kalau kena bg air jgk better bagi air zam zam je.

kalau baby hisap botol mungkin dia akn nipple confuse & tak pandai hisap betul2 b ibu.saya guna botol MAM.lc advise guna feeding cup tp sy tak confident, takut susahkan taska, kang dia takmo jg ank kita.Alhamdulillah ank sy serasi dgn MAM no.1 utk breastmilk flow.mula2 htr taska mcm nak nipple confuse jgk sbb seharian hisap botol.kat rumah dia tak brp nak hisap direct,sib baik 2,3 hari dia boleh recognize kat umah hisap dgn ummi je ;)slps tu NO NO to bottle @ home :P nampak ummi je botol dah tak lyn

All the best kak!

Nik Ha said...

tambah lagi bab sembelit.biasanya baby susu ibu jrg sembelit.kalau keras sket taklah sampai berbiji2 keras.bila dah start mkn pun ank sy jrg sembelit.skrg je bila dah krg susu ibu liat sketla najis dia :P

Neeza Shahril said...

dok saloh puji baby sendiri... tamboh sikit.. MasyaAllah Tabarakallah @ MasyaAllah Laquwwataillabillah.. tok sey nati ada mugo jahat hinggap kor baby kalu dok sebut lagu tu... selalu kalu baby keno puji, dio jatuh sakit... nok elok dari jadi lagu tu, keno tamboh ayat tu... InsyaAllah..

Neeza Shahril said...

dok saloh puji baby sendiri... tamboh sikit.. MasyaAllah Tabarakallah @ MasyaAllah Laquwwataillabillah.. tok sey nati ada mugo jahat hinggap kor baby kalu dok sebut lagu tu... selalu kalu baby keno puji, dio jatuh sakit... nok elok dari jadi lagu tu, keno tamboh ayat tu... InsyaAllah..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...