04 March, 2011

982

Salam Jumaat



Dah masuk hari ke 3 pB bekerja.

Hari pertama , memang lemau.
Macam biskut masuk angin.
Tak buat kerja pun.
Asyik dok merayau kat blog kengkawan.
He he he
(baru nak warm up , orang kata).


Hari kedua , dah mula panas.
Jalan lah kerja sedikit.
So far , mujur nombor nombor handphone team ingat lagi.
Yang tak syokkkk , kena pindah pejabat.
Dari Seksyen 18 ke Seksyen 11.
Sungguhhhhhh sungguhhhhh tak sukerrrrr.
Perpindahan bulan April , katanya.



Hari ini , hari ketiga.
Sib baik , report kerosakan tak banyak.
So , boleh ler update update blog.
Report jer tak banyak , tapi call masuk tak berhenti henti.


Itu pasal kerja.
Pasal Adam pulak.


So far , alhamdulillah , ok duduk dengan pengasuh.
Tapi yang tak syiok , bila balik umah , asyik nak meragam jer.
Tak habis rajuknya lagi.
10 minit ok , 20 minit meragam.
Susah tul hati pB.

Ada aBear , boleh ler bergilir gilir memujuk.
Minggu depan , aBear out station.
Masak pB sorang sorang.

9 comments:

Ummi said...

abear oustation, PB bergilir pulak dengan Tok Ma atau dengan kak long dan kak ngah hehehe

anak-anak bila kat rumah pengasuh diaorang baik aje, tapi bila balik rumah, mulalah macam-macam :)

Eliss said...

alahai..sian adam..oh, dekat la kalo nak date ngan kak pb..hadiah adam tak bagi lagi..bila dpt jumpa erk...

Anonymous said...

Biasa anak tu meragam sebab nak manja-manja,kerana seharian dengan pengasuh.. :)

open said...

ha'ah, bleh la gilir2 ngan tok ma, kak ngah atau kak long..

zue said...

dah lama sgt cuti...tu yg mood kerja lum dtg lagikannn.

tgh kerja mesti ingatkan adam.

baby meragam tu mmg perkara biasalah pB...kena byk brsabar.

cm said...

alahai Adam... dia meragam sbb dia tahu ibunya tak banyak lagi kerja di pejabat....

KakNi said...

Oh PB, gitu lah resam nyer ada baby, tapi hati mesti hapy bunga2 penuh love gitu, ye tak?

Mulan said...

sabor pb... camtu la ada anak kecik kan..

opis baru lak ya.. kesian pb..

Zareda Norman said...

nanti lama lama biasala adam tu

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...