20 June, 2011

1030

Salam











Nak cerita sikitlah apa yang berlaku pada 15hb Jun 2011.
Hari terakhir pB di Shah Alam.





Bangun pagi tu , rasa one kind jer.
Dalam hati dok bagitau 'alangkan bagusnya kalau hari ni tak tiba.
Tapi mana mungkin itu berlaku.
Hari tetap tiba .





Drive slowly ke pejabat.
Sepanjang perjalanan , lagu kat radio macam tau tau aja.
Lagu sedih jer .


Menyampah betul.





Sampai sampai pejabat , pejabat BERGELAP.
Tak ada bekalan elektrik,pulak dah.


Pun macam tau tau jer ....


Tiga kali trib sepanjang hari tu.
Tak pernah pernah berlaku pun.



Tak boleh bercakap sikit , mesti hati jadi sebak.
Dengan partner sebelah , langsung tak bercerita.
Kalau bercerita @ bercakap , mesti nak nangis.





Breakfast pagi tu , ada member dari another section belanja.
Kita orang makan kat Kedai Kopi tepi Tasik Shah Alam.
Sib baik boleh sembang sembang sambil gelak gelak lagi masa tu.





Bila masuk ofis , ada satu akak ni dah tengah prepare untuk majlis farewell.


Buat kat pejabat jer.
(Yg tak syok nyer bila bos bos besar pun join gak).
Tak leh nak hu Ha hu Ha.





Sepanjang majlis tu , pB banyak diam.
Awal awal lagi dah bgtau kat bos , tak nak ada apa apa ucapan dari pB.
Memamg masa tu dah tak boleh bercakap dah.
Memang sahdu sungguh.

Alhamdulillah , ramai gak member member dari bahagian lain yang join.
Mata memang bengkak semacam jer.

Bila dah nak kul lima , try gak lah ketawa ketawa.
Tapi kat luar jer ketawa , dalam hati menangis.

Masa bawak kotak berisi barang peribadi keluar dari pejabat,
baru rasa macam real bukan mimpi.
Baru macam baru terima kenyataan lah pulak.

Masa says GudBye pada partner pB tu , wah mengalahkan tengok cerita sinetron indonesia.
Dua dua menangis bagai nak rak.
14 tahun bersama.
14 tahun dok bergumbira bersama.
14 tahun dok ber'stress' bersama.
Lama giler tuuuuu


On the way balik umah , pun masih lagi dok nangis.


Esoknya , masa kat pejabat baru , bila call partner lama tu , still lagi sebak.
Bukan pB sorang , termasuk dia jugak.


Alahaiiiiiiiiiiiiii

19 comments:

Zareda Norman said...

kejap aje tu.. pelan pelan ok...

MULAN said...

14 tahun tu lama kan pb... moga persahabatan kekal abadi..

zino said...

normal tu bila berpisah....tak lama lagi ok la tu...

Kakzakie said...

Bukan suatu jangka masa yg singkat. Kalau masa itu baby baru lahir sekarang mesti dah dapat menilai mana yg baik & buruk.

Lifes must go on. New environment, new colleagues and new spirit!!

bujal X said...

melelh air mata baca entri nih~~

MOKCIK AZWA said...

14 tahun memang sungguh lama. Payah nak buat keputusan utk meninggalkan comfort zone tapi akhirnya kita kena juga buat keputusan itu. Tak apa, tak lama tu..within few weeks dah dapat sesuaikan diri dgn keadaan tempat baru..

HappyIrfa said...

14 tahun..lama tu.takpela..14 hari akak sedih2 nanti okeyla tu :-)

part bawak kotak kuar opis tu paling syahdu kan?

Pak Zawi said...

Salam pB,
PB pindah mano pulok?

gedek! said...

belog boleh jadi pelepas rindu!

pB said...


GEDEK

Harap harao gitulah.

pB said...


POK AWI

Salam


Pindoh ko CyberJaya

pB said...


IRFA

A ah... Bab kotak tu memang syahdu. Tapi barang kak pB banyak lagi kat situ. Saja cari alasan untuk ke sana lagi

pB said...


AZWA

Lama berfikir dan bertanya kepada ramai orang.


So, bila kita nak jumpa??
Cyber to PutraJaya tak jauh mana pun

pB said...


bujalX

Alahaiiii

pB said...


KAK ZAKIE

Betul tu akak. pB setuju dengan komen akak

pB said...


Bro Zino

Insyaallah , sekarang dah bertambah baik

pB said...


MULAN

Lama mmg lama. Harap sangat tak putus sampai bila-bila

pB said...


ZAREDA

Insyaallah, hari ni dah bertambah baik dari semalam

ku-cit said...

touching la baca citer PB ni...apa2 pon gd luck ditempat baru

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...