06 July, 2011

1036

Salam

Sejak pindah ni rasanya tak pernah lagi cerita pasal tempat baru ni,kan.

Dah nak masuk sebulan dah pB bekerja kat CyberJaya nie.
Apa yang menarik kat sini??

Tak banyak tempat yang menarik pun.
Shopping kompleks pun tarak.
Kalau nak shopping kena pergi Alamanda.
Seven Eleven pun rasanya tak pernah nampak pun.


Tempat makan pun tak banyak.
Memang tak boleh lawan Shah Alam lar.
Nak makan apa , semua ada.

Kedai makan kat sini cuma ada kat area Streets Mall dan Stesen Bas.
Itupun tak banyak kedai nya.
McDonald's pun tak ada.


Cuma yang seronoknya , perjalanan dari rumah ke pejabat cuma mengambil masa 15 ~ 20 minit sahaja.
15KM sahaja perjalanannya.
Tol pergi dan balik , RM 3.20.
Itu jer yang best.


Persekitaran kerja pulak ,
hmmmmmmmm

Agak susah nak suaikan diri sebenarnya.
Masing masing di sini lebih kepada engko engko aku aku (pendapat pBlah).
Kurang mesra alam.
Nak kena pB tegur dulu , baru nak bercakap.
Kalau tidak , semuanya dok mengadap pc jer.

Pantry ada.
Cukup lengkap.
Itu no komen.


Dan yang paling pB tak suka kat sini , penggunaan pc.
Pagi ni pB dah naik angin dah pasal pc nie.













Esok pB bagitau kenapa pB mengamuk

12 comments:

kucingorengemok said...

cyberjaya ada restoran saba lorrr, kalau saya pindah keje situ, cukup sebulan konpom naik 5 kilo!

bujal X said...

sabo je la~~he~~

Mak Su said...

naper ek? dihadkan ker?

kat tempat keja maksu yg baru ni, susah nak cari kedai makan. huhuhu

pB said...


MAK SU

PC ni guna streamyX. Tak ada apa pun yang dihadkan.


Tak pa MakSu. Bulan depan dah nak posa dah.

pB said...


BujalX

Akak harap @ berdoa agar keadaan akan bertambah baik. Insyaallah

pB said...


K.O.G

Akak tak berapa GEMOR nasi arab nie. Tiga bulan sekali , boleh ler

Ramona Ramli said...

kak..ikut jln putra perdana..nusa putra. x payah byr tol.

Ibu n Abah said...

pB...
Memang cyberjaya tu tak banyak tempat mcm shah alam...
nantilah kot....
tapi kedai makannya kira okaylah..
ada Papparich/Seri Penang/Naasi Kandar...

pB said...


IBU n ABAH

Harap sangat sangat lepas ni , kawasan CBJ ni maju macam Shah Alam.



Macam macam ada



Ini Bank Islam pun tak ada

pB said...


MUM2H

Memang tak ada tol , tp jalan tu banyak traffik lite , rasanya

kad0k. said...

keje kat cyberjaya ke kak?dekat je kita..saya kat putrajaya..precint diplomatik..dekat area2 maiden tu..hehehe

Arena said...

Kak PB,

Dulu saya dok kat Putra Perdana. Ed kalau balik kejer memang ikut jalan Pulau Meranti tu lah. OK, takde toll dan convenient jugak. Hala pegi tak yah la jenuuh kena pusing. Tak berbaloi. Takpe, kami kat opis ni takde tempat makan langsung. Kantin pon tarak. Memang susah bab makan. Nak buat camana.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...