05 September, 2011

1061

Setelah lama bercuti , semangat kerja seperti biskut masuk angin , lemau semacam jer.


Kena pulak , bila tiba di pejabat , banyak betul kerusi kerusi yang tiada penghuninya.
Masih bersambung cuti , rupa-rupanya .....



Pengalaman beraya , sama seperti tahun tahun yang sudah.
Perjalanan pergi dan pulang , alhamdulillah dipermudahkan Allah.
Tidak menempuh kesesakan di jalan raya.

Anak anak juga diberi kesihatan yang baik.
Begitu juga pB dan aBear.

Kenduri aqiqah yang dirancang , juga alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Dari dua ekor kambing biri biri bertambah kepada tiga ekor.
Pun syukur kerna tidak berlaku pembaziran.



Kesimpulannya raya tahun 2011 berjalan dengan lancar.
Duit pun mengalir deras seperti derasnya air terjun selepas hujan lebat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gaji lambat lagi :(

4 comments:

uncle gedek said...

Duit?

sudah lama jadi sejarah....

bujal X said...

ui~~sampai 3 ekor kambing~meriah~~

risanur said...

slmt hari raye kak pB...
nak tunggu gaji mmg agak meletihkan huhu...hampir 20 hari lagi...

Anonymous said...

Alhamdulillah selamat sudah kenduri aqiqah baby Adam...maaf tak dapat bersama... baru balik putrajaya malam tadi.

cm

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...