22 December, 2011

1110

Pada 10hb , acara "Melawat Malaysia 2011" diteruskan.
Kali ini , dekat sahaja. Cuma 40 minit perjalanan dari rumah ke destinasi,
menggunakan jalan raya biasa.

Kawasan peranginan yang dimaksudkan ialah
Port Dickson.



Adam behave sangat - sangat dalam perjalanan.
Alhamdulillah , jarang meragam hero kecik nie.

Keadaan cuaca yang baik sekali.
Suka sangat ambil gambar awan sekarang nie.
Kadang-kadang , dalam awan boleh nampak bentuk 'haiwan.


Keadaan apartment satu bilik yang memuaskan.
Punyai ruang dapur untuk memasak.
pB lihat ramai pengunjung yang datang membawa kelengkapan memasak seperti
rice cooker dan lain lain lagi.
Kita orang cuma bawak maggie segera jer ....

Ohh...lupa , kita menginap di Corus Berjaya Apartment.
Memang ramai sungguh pengunjung pada hujung minggu .
Hinggakan tak cukup tempat letak kereta.
Ada setengah pengunjung terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan raya besar.
(Ini telah mengakibatkan mereka di saman pihak traffik)
(Amaran telah dikeluarkan oleh pihak apartment , sebenarnya)

Ada apartment satu bilik ,
Ada apartment dua bilik dan juga tiga bilik.



Adam yang keletihan setelah berendam di dalam kolam.
Agak tidak selesa sebenarnya , kerana kolam penuh dengan kanak-kanak dan pihak yang meneman.
(Kolam bersaiz sederhana besarnya)

Pada sebelah malamnya , kami sekeluarga makan di Restoran Seri Mesra , Teluk Kemang.
Tiada gambar makanan ...
K.O.G yang rekemenkan restoren ni melalui blognya.
Nak kata sedap sangat , tak lah sangat.
Sederhana sahaja.

Sepanjang perjalanan dari apartment ke Teluk Kemang , sesak teruk kerana ada pasar malam
(lokasi pasar malam , lupa lar pulak)



Permandangan di pagi hari kedua , kami berada di sana.
Acara pagi , kanak kanak mandi manda di pantai.
pB tak dapat serta kerana sudah punyai sintom-sintom selsema.

Tengah hari ahad , kami ke Kem Terendak ,
menghadiri kenduri di sana.

Malamnya , kami makan malam di Cowboy Palace ,
berhadapan dengan PD Marina World Resort.
Menu utama nasi dengan ayam panggang.
Seekor ayam panggang , kalau tak silap berharga RM16 (kecik jer).
Air yang ada disediakan cuma ada air anggur / air sirap.
Makan pun guna pinggan polisteren, begitu juga dengan cawan.
Lagi power , sudu garpu pun plastik .....
Hu hu hu .....

On the way balik apartment , singgah lepak lepak di tepi pantai.
Tapi satulah , yang pB suka , pantai pantai kat Port Dickson ni bersih.
Sangat sangat sesuai untuk lepak lepak bersama keluarga.

Jumpa lak orang jual yong tau foo.
So , apa lagi ...
jom makan lagi ....

Kebetulan malam tu pulak berlaku keajaiban Allah.
Gerhana Bulan ...
Sambil lepak , sambil tengok bulan .....




Kat bawah ni , masih lagi gambar gambar anak anak bermain air.
Tak puas puas...
Kalau boleh nak berendam , aja kerjanya ....










aBear melayan anak - anak.
pB cuma bersantai di tepi pantai sambil 'menembak'.






Gambar Adam pada hari terakhir
Cuti Cuti Malaysia di
Port Dickson ......


Mak Andeh ada bertanya , pB pakai kamera apa?

Semua gambar - gambar ini diambil menggunakan
Canon 40D
Kalau gambar yang lawa-lawa tu , aBear lah yang ambil.
Kalau pB , gambarnya biasa-biasa aja.

16 comments:

zino said...

lama tak bercuti kat PD ni...

Irfa said...

igt sabtu ahad ni nak gi PD sblm hantar kakak balik kg

wahida said...

oh, rindunya ngan PD...pernah keje kat PD sampai bertemu jodoh ngan org sana...hehe...

pada saya pantai PD tak lah bersih mana, pantai dia byk tertumpah minyak dari kapal2 yg lalu lalang, pas tu kebersihan pantai tak terjaga, byk botol2 arak yg pecah sana sini...sayang sgt...masa pegi PD baru2 ni saya dan suami rasa kecewa sgt, dah tak mcm dulu pantai dia...huhu...

kak ina kl said...

wah jauhnya perjalanan kamu kali ini..akak cuma gi umah orang kawin. tertunda cuti-cuti malaysia disebabkan imran tak baik lagi.

ada gak anak lelaki akhirnya, comel pulak tu

Rumah Kuning said...

cubit pipi adam sikit boleh tak? comel....

pizli said...

Menariklah.. Gambar2 pun cantik :D

KAMATO said...

huh... cuti sakan

MOKCIK AZWA said...

Cutenya gambar Adam yang last tu hehehe..pandai posing dan dia. Teringat masa pertama kali jumpa PB..anak2 daras tu masih kecik2 lagik..kini dah besar2 dah.. kejap jer masa berlalu kan..

PD memang best utk tempat nak bercuti2an tapi kata bos azwa (orang Seremban), bab makanan tak berapa sedap.. tak tahu la betul ker tak..

AuntieYan said...

Salam pB,

AY pun dah lama beno tak ke PD, sejak anak=anak dah beso ni, sush betul nak berjalan...depa takmo ikut, nak jalan berdua rasa tak seronok pulak kalau tak ada yang ikut...

Alahai! comelnya Adam!!! com sikit!!!

kinna said...

teringin nk bwk anak2 cuti2 tp dok alah tak abeh2..huhu..

adam sgt comel!

klcitizen cikgunormah said...

cantik2 gambar tu ... :)

DrSam said...

minggu lepas baru balik dari PD. Yong tau fu tepi pantai tu memang boleh tahan sedap. Lagi sedap sebab makan berteman angin sepoi-sepoi bahasa tepi pantai.

Uncle Lee said...

Hi PB, Happy new year to you and family.
Best regards.
Lee.

MULAN said...

happy new year pb...

happy, healthy & dirahmati always..!!

DrSinga said...

teruskan belajar menembak!!

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bila laa nak gi pd pulak ni.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...