26 January, 2012

1119

Agak - agak kalau buat kat Malaysia nie , ramai ker yang akan masuk bertanding ???????









JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.

Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.

Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN

8 comments:

pizli.mw said...

Ramai jugak yang akan masuk. Tapi ada orang2 yang kita tak kenal jugaklah kut.

kasihibu said...

hrmmm....cuba dekat sini kan? ada sambutan ke tidak yek?

Unknown said...

bagus juga buat macam ni kan.

dear anies said...

kalu bc je seme boleh tp kalu msk tajwid, tarannum etc maka ramai yg fail rs nyer

Kakzakie Purvit said...

pB... alangkah bagusnya kalau pemimpin negara kita nampak dan mencemburui apa yg mereka lakukan di sana.

sekadar satu coretan said...

Bagus jugak kalau ada mcm tuu...Baru la tahu siapa yg sebenarnya yg layak..

MOKCIK AZWA said...

kalau kat Malaysia..kalau pertandingan berkaraoke ramailah yang ikut bertanding hehehe

Eliss said...

mesti ramai yang tak berani..bolehlah menang tanpa bertanding :)

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...