1138

Alhamdulillah



Kami mendarat dengan selamatnya. Semasa dalam penerbangan , kami telah di beri 2 borang yang perlu diisi. Kalau tak silap pB borang pengesahan duit (ini perlu diisi oleh seorang @ ketua keluarga sahaja) dan satu lagi borang ialah borang imigresen (ini perlu diisi oleh setiap ahli keluarga). Jenuh menulis sebab kumpulan pB sahaja dah ada 8 orang.

Gambar ini diambil dari blog Masviona.Com

Tak dapatlah bergambar di dalam kawasan mendarat sebab hujan lebat. Semua penumpang dijemput oleh bas yang disediakan oleh Air Asia.
Airport Bandung kecik sekali sih .... Kaunter untuk pengesahan pasport hanya ada dua kaunter sahaja. Tidak dibenarkan untuk mengambil photo di kawasan ini. Rugi sekali. Kalau tidak , buleh tengok berapa panjang kena beratur. Sampai ke luar .

Nearly 40 minit jugak untuk kesemua ahli keluarga lepas dari kawasan pengesahan passport ini. Keluar airport , supir sudah sedia ada menanti. 


Kenderaan yang disewa ialah sebuah van Isuzu ELF. Tapi disebabkan ahli kumpulan kami ramai , maka-nya kurang selesa sedikit. Agak berhimpit-himpit sedikit. Riuh rendah dengan suara anak - anak . 

Keadaan di Bandung nyaman dan sejuk sekali . Perubahan waktu antara Bandung dengan M'sia ialah 1 jam. Kalau di Bandung jam 6 petang , di Kuala Lumpur pula jam 7 petang. Senang cakap , Bandung cepat gelapnya. Jam 530 petang dah seperti jam 730 petang. Dan kalau jam 6 pagi , seperti jam 8 pagi cerahnya.

Di sana , jam 430 pagi dah masuk waktu subuh. Awal tu kalau nak banding dengan di Malaysia nie.

Keluar dari airport , terus cari tempat makan. Kesemuanya dah kelaparan terutama sekali adik pB. Supir @ Sam bawa kami ke sebuah restoran makan padang @ Restoran Sederhana. Keluar jer dari kenderaan , sudah ada penunggu yang menanti. Masing - masing begitu sibuk menunjukkan barangan jualan dan mengekori kami . Nasib baik , langkah mereka berhenti apabila kami masuk ke ruang restoran.





Boleh lihat para-para peniaga dapat menghampiri kami dan memujuk agar membeli.
Bila berada di sini , hati harus menjadi keras.



Para pelayan restoran akan menghidangkan kesemua lauk pauk yang mereka ada , dan kita perlu pilih lauk pauk mana yang kita suka. Jangan disentuh atau rasa kalau kita tidak mahu memakannya , kerana sekali disenduk atau dirasa , ianya sudah dianggap sudah makan. Perbelanjaan untuk makan malam @ malam pertama ialah dalam lingkungan 350 Ribu Rupiah @ RM 130 (untuk 15 orang). Berbaloi kan. 

Comments

pizli said…
Kenapa saya baca macam orang Indon yang tengah tulis ye? Hahaha gurau je..
MOKCIK AZWA said…
Terkenang pula masa gi Bandung tempohari..kami dah plan pergi sekali lagi tahun depan,insyaAllah...
MA said…
Saya belum pernah sampai Bandung lagi...tapi insya Allah akan sampai juga nanti. Baru beli pakej kat Matta Fair baru2 ini, nak gi dgn Kakak.
m.u.l.a.n said…
ha ahh.. kalo bab ngisi borang, malas betol.. dah le flight kadang getar2..

syok nya time makan2 kat sana.. sedap kan..
pB said…

m.u.l.a.n

aBear tulung tengok jer... hu hu hu

Pengalaman makan di sana tak berapa best. Nanti pB cerita lagi.
pB said…

M.A

Semoga perjalanan MA selamat. Pergi dengan kakak , mesti seronok tu.

M.A ,

boleh tak invite pB ? Rindu nak baca blog MA.
pB said…

AZWA

pB pun dah ada buat plan untuk ke sana lagi. Tapi kali ini dengan adik-adik ipar sahaja. Anak-anak tinggal dengan aBear.
pB said…

PIZLI

Iya ker ? Tak perasan lar pulak....
DrSinga said…
senang dapat makanan halal kat sana ..
tak macam kat Bali..
Kakzakie said…
Betul... kalau dah sentuh kenalah bayar. Mereka hidang memang banyak saje buat kita tempted...
Daddy Ziyyad said…
cantik juga interior restoren Sederhana tu...
-gedek! said…
UG was here....

:P
~ yus ~ said…
wah akak, jalan2 Bandung satu keluarga rupanya....

seronok nampaknya tu...:)
wahhhhhhhhhhhh
bestnya ke negara orang

ayu nie nama jer ada pekerja indon..
tapi kaki tak sampai2 jejak ke sana..

ayu suka nasi padang..
sebab ada rojak indon..
nyami...
tempe goreng..
hahahahhaha

nanti, ada rezeki, entry PB ini sedikit sebanyak boleh ayu gunakan bila kesana..
thanks ya
Irfa said…
sgt berbaloi la rm130 utk 15org
mana dia tahu kita dah rasa sikit lauk tu?hehe
Sorry sidetrack sikit....MA, dah offline?
wahida said…
love nasi padang soooo much!! paling rindu dgn sambal hijau dia...wallah!!

restoran sederhana ni kat mana2 di Indon pun ada, senang, mudah, cepat, murah dan sedap!! like!!
Eliss Mie said…
aduhh sihhh.. kelate indon :p sedapnya berjalan...bila laa nak berjalan retek ni.
Rai Ourkizuna said…
bagusnya konsep makan yang begitu ya..kira murah la..kalau kat malaysia kalau tak cecah tiga pat ratus tak sah rasanya..
al-lavendari said…
memang sangat murah berbanding di Saigon.

saya pernah makan dua tigak kali kat sini. memang sedap terutama lauk "jangek" dan gulai jeringnya.

restorannya pun sangat bersih dan layanan baik.

hari tu dah masuk sini tapi tak dapat nak komen.
[PCL] said…
wow..bestnya mkn hangin..pesan antarin makanan bole ngak ?

Popular Posts