25 April, 2012

1138

Punyalah lamo nok sambung crito gie ko Bandung tu.
Pah saghi , saghi ....
Raso-rasonyo pung , banyok doh bendo hok tok ingat.
Keno recall slow-slow ini terutamo detail pasal duit.
He he he .....

(Kali ni kito crito guno dailek klatae, deh).
Mitok maaf pado hok ado maso'aloh tok brapo pehae.
Baco slow-slow .....
Kalo ado hok tok faham , buleh tinggal komeng.
Insyaallah , pB jawab satu-satu .....

.
Kita sambung kisoh atah Gunung Tangkubang Perahu ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ambik gambar pagi tu , masing-masing control ayu, control macho , control power. Sejuk ketar Allah sajo hok tahu. Berlago gigi ....

Nok lari kor sejuk , pB gie lah ko pejabat pelancongan (lebih kurae-lah). Situ , ado tour guide dok tunggu. Krijo tour guide ni ialah bowok mano mano rombongan hok nok turun nok tengok kawoh dengan lebih dekat. Kawoh Domas.


Upoh dio , untuk satu kumpulae hok seramai 6 orghe , dio ambik IDR 300 ribu untuk satu jam. Mulo-mulo sero tok sir turun , tapi raso rugi pulok. Maghi jauh-jauh , tapi tok gie tengok dekat-dekat. So , pB pun setujulah.


Perjalanan nya sejauh 1.2 km untuk turun ke bawah sahaja Maso mulo-mulo dengar tu , tak dok lah sero gapo-gapo lagi. Pahtu , TG (tour guide) tu kato dalae maso satu jam , buleh settle. Makanyer , bermulalah pengembaraan kami turun.



Nok turun ke sinilah.
Napok dekat jah , kan .....
1.2 Km turun ke bawah .....



Lupo nok royak , sebelum turun tu , belilah buoh strowberry n resberi. Demo kato , tanae dekat-dekat tu. Masyaallah , manis giler. Sedap tu . Semua macae teruja sebab makae buoh hok manih leting. Suko-suko sebab buoh strowberry kat Cameron pun tok semanih nie.

Maso nok turun tu , TG royak , setiap sorang dari kita (yg dewasa) akan ada dua orang 'pembantu' yang akan ikut kita. Kalau kita laju berjalan , dia laju. Kalau kita lambat berjalan , dia pun lambat. Kalau ktia berhenti , dia pun akan berhenti.


Sedang dengar taklimat.
Dengar tapi tak berapa faham.
Nampak tak 'pengikut' yang akan follow kita orang .

Ini gambar sebelum pengembaraan bermula. Semua senyum.


Perjalanan menggunakan trek yang telah sedia ada. kalau tak silap pB , kat kawasan ni , cuma Pokok Manirasa sahaja yang mampu hidup selepas peristiwa gunung berapi. Daun mudo pkok ni duleh buat ubat , untuk wanita. pB raso, masam masam sikit rasanya.

Nok kato mencabar , tak dok lah mencabar sangat treknyor. Nok kato senae lenae , 'nawok' @ bohong lar pulok. Nok turun tu , keno guna anok-anok tanggo hok ado. Mulo-mulo tu , ok lagi. pB fail bab nie. Malu kor mok ayoh aBear , sebab demo tu lagi gagoh dari pB. Tengok - tengok pB duduk blakae skali pah tu dengan Tok Ma. Hok laing , laju pah kor depa.


Tengok anok-anok tanggo tu. Kalau tok silap pB , lepah 15 minit , lutut pB hok beloh kanan tu sakit. Memae tok leh nok lipat lutut doh turun. Bilo nok lakoh anok tanggo tu , kaki kanae tu keno luruh , pah tu baghu turun kaki kiri. Sekso weh , sakit lutut nie. Brapo kali berhenti nok buleh kor sapa ko Kawoh Domas tu.


 Mereka sedang menunggu pB dan Tok Ma.
Ini baru suku dari perjalanan.
 Arifah dengan Afiqah.
Afiqah.
Pokok ni memang hot spot.
Rasanya semua yang turun akan bergambar dengan pokok nie.
Ini isteri kepada adik pB.
Yang tinggal di MuO @ Muar .
 Adik kesayangan pB.
Yang baju merah tu .
Kami cuma dua adik beradik sahaja.
Kak Nani , MuO tu Muar.

 Berhenti di pertengahan jalan.
Sambung makan buah strawberry dan rasberi.
 pB dengan adik aBear.
Dia pun ada blog.
Blog dia : mystorypic.blogspot.com
 Aqilah dengan Adam.
See Adam suka makan strawberry.
 Suka dengan permandangan kat sini.
Hilang kejab rasa sakit lutut.

aBear dah sampai dulu di Kawah Domas.
pB masa ni , entah kat mana mana lagi.
.
.
Rasanya dekat dengan satu jam jugak perjalanan , baru kesemua ahli kumpulan kita sampai di Kawah Domas ni. Kat sini , bau belerang tak lah kuat mana , dan suasana sejuk sudah berubah kepada panas. Tapi tak lah panas ting-ting. Badan pun dah berpeluh-peluh.













Di sini , kami mengambil kesempatan untuk berehat. Merendam kaki di dalam kolam air panas sungguh sungguh dapat menghilangkan sedikit rasa sakit lutut pB. Budak - budak tak yah cakap lah , kan. Gembira sakan. Dah lah tempat tu berasap semacam jer.

Kaki direndam , kaki diurut guna lumpur. aBear siap 'pengikutnya' tolong urut betis. Kita orang yang perempuan ni tengok aja lah. Dalam 30 minit jugak kami di sini, dan bermulalah pengalaman yang tak seronok.

Pengikut-pengikut itu sebenarnya ada tujuan lain. Mereka menjual cederamata seperti key chain , fridge magnet dan juga gelang magnet.
Bila kita menolak utk membeli barangan jualan , mereka merayu-rayu. Dah lah masa perjalanan turun tu , kita dapat mengetahui semua cerita sedih mereka , mestilah dalam hati timbul perasaan belas kasihan.

Bila kita bertanya ttg harga barangan  , mereka suruh kita 'buka harga'. Bila kita 'buka harga' kita , mereka tak setuju. Bila kita dengar harga barangan yang mereka tawarkan , nasib baik tak jatuh pengsan dalam kolam air panas tu. Tinggi benor harga yang mereka letak. Disuruh-suruhnya kita tawar menawar. Nak bagi sahaja @ sedekah tanpa membeli barang , mereka kata mereka tidak dibenarkan menerima sedekah dan apabila mereka naik semula keatas , semua barangan jualan akan diperiksa termasuklah duit - duit yang ada pada mereka.

Rupa-rupanya barangan mereka itu bukan barangan sendiri tapi barangan koperasi. Dan dari setiap hasil jualan  , mereka hanya dibenarkan membawa pulang sebanyak 10% dari harga jualan. Dan bagi setiap 'pengikut' bila sekali mereka turun , mereka tidak akan dibenarkan lagi turun untuk bulan itu. Giliran tiba pada bulan hadapan pula. Macam menindas sahaja ... Kesian kan.

Sebab kesian lah , pB , aBear dan adik ipar pB yang duduk di MuO tu , menanggung kerugian. pB beli key chain sebanyak 10 keping untuk harga RM50. Dan seutas gelang magnet pun dengan harga Rm50. aBear dan adik ipar , lagi banyak kena "PAU".


Nanti sambung pasal makan di Restoran Daun.

19 comments:

Irfa said...

mula-mula baca macam best je,dah fikir kalu gi gak..nok turun eteh pah ke bawoh.tapi bila baca ending..tok mano la napok gayo..sampai rm50 utk keychain..gilo mahal.kita pulak jenis mudoh siye

lagi?hehe..cepat sambung

achik said...

akak pun terkena cam saya hari tu.. patutnya x turun dari situ pun xpe.. ada jalan yg lebih dekat.. tapi takpe la nak turun tu pemandangan memang cantik2 kan.. *ayat sedapkan hati*

member saya beli keychain tu.. beli sbb kesian.. sekali gi pasar baru, jumpa keychain yg sejibik sama lagi murah.. geram je..

saya beli 'gading'.. diorang mark up sampai 600 ribu tapi sudahnya jadi 150 ribu.. gi sana tak kena pau mmg x sah..

MA said...

Mahalnya keychain sampai 10 utk RM50...Tip nak get the best price bila kena mcm ni di tempat orang, tak kira la di Indonesia ke Thailand ke Hong Kong ke...tawar pada harga 1/3 dari harga yg diorang bukak tu..contoh if dia kata 100k rupiah, mintak 30k aje...then buat2 jual mahal...pastu tawar menawar lah. Then kena buat satu table pertukaran wang - i.e kalau rp 100 berapa in rm so kita tak confuse sbb ribu riban kan?...

I dpt tasbih batu gunung tu (mcm magnet tu) for rm16..satu. Tu pun I rasa dah mahal. Masa dia offer tu dlm rm 30.

Strawberi dia manis kan? We all tak makan kt situ tp bwk balik ke bilik and makan. Kalau tahu manis mmg beli byk2, pasty nmpk pulak org jual stoberi kat pasar baru, beli 3 kotak..sekali masam! Cisss...

makchaq said...

Kat M'sia pun kalau orang tau kita datang melancong selalu penjual mark-up harga..
Cerita pB ni boleh buat panduan, tapi tak tau la bila makchaq berpeluang pi bandung ni..

aNIe said...

PB... tengok pada pemandangan kat ka'ah tu terasa hilang segala rasa penat...cantik sgt...

Kakzakie Purvit said...

Cantik betul - tengok budak-budak dan mak-mak budak sengih je tahu memeng seronok...:)

Kira bukan membeli cenderahati tu pB tapi macam sedekahlah juga...

sue-ab said...

Dulu penah pegi tangkuban perahu ni tp tak de la nak turun bawah tu...sebab dah berasap sangat...bau pun pering ngan belerang..duk tengok2 situ beberapa jam..esoknya kawasan tu ditutup sebab gunung berapi merapi(kalau tak silap) nak meletus..huhuhu..seram

naniasda said...

namo kak nani pun tubek di entri kali ni...terharulah! Sekali tgk gamba2 ni supo tgk channel National Geographic lah pulok. Bilolah nok sapa ssini,mmain nga gempo bumi ssano, takut ssegho nok gi.

pB said...

mulo-mulo , kak pB pun sero adventure. Tapi dea' lepah tu, nyesal tok sudoh. Pak haghi kaki sakit-sakit. Siap telan panadol bagai.

pB said...

a ah , jalan dekat tu kita ambik masa balik (nak ke kenderaan). Bila dah sampai kat van , baru SAM tu bagitau , yg dia kalau boleh tak mau kita orang turun. Tapi dia tak bilang awal-awal.

Tapi permandangan memang cantik.

pB said...

MA ,

dah terkena nak buat macam mana. Kesian punya hal. Nak sedekah , dia orang tak mahu terima.

Strawberri tu pun kena tipu jugak tu. Dia orang siap -siap celup strawberry dalam air gula. Tu yang manis - manis gila strawberry .....

Beli punya lah banyak sebab ingatkan balik apartment nak makan lagi , last-last buang gitu jer. Sebab bila lama , buah tu macam naik kulat.

pB said...

Insyaallah , satu hari nanti Mak Chaq akan sampai ...
Beli tiket masa Air Asia buat sales tu .....

pB said...

Kak Anie

memang hilang letih .
Tapi sakit tak hilang ... hu hu hu

pB said...

Budak-budak memang enjoy walaupun letih.
Mak budak , senyum dalam kesakitan tu ....
Nak duduk pun punyalah payah ....

Sakit habis segala urat.

pB said...

Tak turun pun tak apa ...

Bahaya tu ...
Sib baik tak jadi apa-apa pada sue-ab.

pB said...

Hi hi hi ...
mesti sebut ....

Permandangan memae lawa deknung.
Tak dok tempat kito lagu nie.
Kalau orghe hok jenis suko ambik gambar , memae puah hati turun.

Tawakal jah maso tu ....
Takut jugok tapi sipae dalae hati jah.

Dr K said...

cantiknya view...

standard kalau gi indon, mmg penjualnya akan tekan pelancong bila jual keychain/FM/etc....saya experience benda yg sama masa di Bali

Unknown said...

mula2 seronok baca dengan dialek kelantan, pas tu akhir2 dah kurang, n hilang pulak kak PB. Nape tak sampai habis..hehe

Alahai, diorang ni suka macam tu kan, teringat masa suami pegi Medan dia citer ada beberapa penjual ni dok ikut je dia suruh beli barangan dia. Bila kita kata tak nak, dia tetap ikut, pastu cik abng masuk kedai, dia tunggu luar kedai sampai kita kuar, pas tu kesian belilah juga. Pulak jual borong, kena beli paling kurang 10, dah dia bawa beg balik beg katanya hasil kerja tangan sendiri sebagai ole2 tapi tak suka nak guna pun. Beg dari kain batik kak PB. Macam2 diorng ni kan. Keychain 10 sampai 50 ringgt mmg mahal lah..huhu.

Nasib baik pemandangannya cantik bila dah turun tu ya..

Unknown said...

Nasib baik hati ku keras.... by hook or by crook tok se beli.... selamat duit dari kena pau.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...